Kenapa Perlu ada Ramadhan Planner?

Beauty Planner
Sebagai langkah sediakan payung sebelum hujan tahun ni akak dah ready dengan Ramadhan Planner supaya Ramadhan akak kali ni terisi dengan benda bermanfaat. Kali ni akak nak kongsi sebab kenapa perlu ada Ramadhan Planner. Penting sangat ke? 

Baru-baru ni berkesempatan membeli buku Ramadhan Planner buat pertama kalinya. Jumpa iklan pun di Facebook di penghujung bulan Rejab. Promo pre order rm30 termasuk postage. Ada 8 design dan warna menarik untuk dipilih dan kak Diah telah memilih warna hitam. 

Palnner Viral

Ramadhan Planner satu keperluan?

Jujurnya masa akak beli sebab tertarik dengan free gift yang diberikan dan bukanlah merasakan yang Ramadhan planner satu keperluan pun. Dengan setiap pembelian planner akan dapat lima benda iaitu stiker, Poskad Raya, Poskad Ramadhan, 3 keping sampul duit raya dan sliding box (cover planner). Banyak kan? Berbaloi la dengan harga. 


Alhamdulillah selepas dua minggu akhirnya planner sampai ke tangan akak. Planner ni khas untuk empat bulan yang mulia iaitu Rejab- Keampunan, Syaaban- Islah Diri, Ramadan- Upgrade Ibadah dan juga Syawal- Muhasabah & Istiqomah. Sangat bagus. Seeloknya penjual buat promosi lebih awal sebab planning harus di buat se awal Bulan Rejab. 
Planner
Apa ada dalam Planner?

Ha ni semua telah dimuatkan di dalam planner yang kecil comel ni. Padat dan tepat. Sesuai nak selit bawah bantal dan dibaca sebelum tidur.

Monthly plan
Weekly plan
Infographic peristiwa-peristiwa bersejarah dalam islam. 
Info Ayat Quran dan hadis
Set goal setiap bulan
Ramadhan daily plan
Jadual waktu imsak dan iftar
Check list mutabaah Amal 
Graf mutabaah amal
6 blank page
Jadual Waktu solat
Quote motivasi setiap hari
30 days’ challenge (hafaz & write dua)
Crossword Challenge
Ramadhan Countdown
Challenge setiap bulan
Ruangan tampal gambar raya
Indeks doa dalam al-quran
Qadha puasa tracker
Meal plan
Tips khatam alquran dalam masa 30 hari
Puasa 6 tracker
Ruangan untuk tadabbur juz amma
Month review

Dalam banyak-banyak tu akak paling suka Indeks doa dalam al-quran. Mudah dan sangat membantu.
Kesimpulannya, Bagi akak tak beli planner pun tak apa asalkan dah ada plan/note book sendiri dan rancang apa pengisian Ramadhan anda. Rancang dan buat. Cuma kalau planner ni kita mudah tertarik sebab warna dan isi kandungan dia. Baru semangat tu lebih sikit. Apa yang penting kita laksanakan apa yang kita plan.
Ramadhan Doa
Akhir kata, Selamat menyambut Ramadhan Karim untuk semua. Harapnya Ramadhan dan amal kita tahun ini diterima oleh Allah. Selamat membuat persediaan.

*gambar credit google image/ Facebook

1 comment:

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.