Penat ke Jadi Suri rumah?

Rodiah Amir
4

Dah dua bulan secara rasminya aku bergelar suri rumah sepenuh masa. Ucapan tahniah untuk diri sendiri yang masih lagi mampu survive dan terima kenyataan tanpa ada pemberontakkan atau penyesalan. 

Akhirnya episode kerjaya aku berakhir dengan penuh tragis. Nanti la satu masa kalau aku mahu kenangkan semula aku kongsi la kat sini. Apa pun yang terjadi ada hikmahnya. In sha Allah. 

Kalau dulu semasa masih menjadi pekerja, aku jadikan waktu di office adalah short getaway aku. masa di office la waktu aku ‘memanjakan’ diri aku. 

Atleast waktu bekerja aku masih boleh berehat dari menjaga anak-anak. Tapi sekarang semua tu dah hilang. 

Penat ke Jadi Suri rumah?

Penerimaan aku? agak terkejut dan aku letih. 

Kalau dulu aku hanya baca sahaja pengalaman ibu-ibu suri rumah ni meluahkan rasa penat menjaga rumahtangga, sekarang aku dah rasakan sendiri. 

Patutlah wujud nya penyakit depressi, meroyan, ibu gila dan banyak lagi. Kalau tak tahan tekanan memang akan kecundang. 

Sekarang Allah meletakkan aku di situasi aku akhirnya paham kenapa ada isteri yang sanggup tinggalkan rumahtangga dan cari kebebasan. 

Ada ibu yang mendera anak, ibu yang kemurungan dan banyak lagi. Alhamdulillah untuk setiap rasa. 


Suri Rumah vs Wanita Berkerjaya



Suri Rumah VS Wanita Berkerjaya

Masih terngiang lagi kenalan rapat pernah lafazkan yang kalau wanita yang dah biasa bekerja dan tiba-tiba dia menjadi suri rumah sepenuh masa. 

Hilang punca pendapatan dan bergantung sepenuhnya pada suami pasti akan lalui fasa kemurungan. 

Rasa kehilangan. Dalam dilemma. Kena berjaga-jaga.

Kalau tanya pada aku; aku alami perasaan rendah diri tak tentu hala. Aku jadi penakut. Aku rasa aku berbeza dari orang yang aku jumpa. Rasa terasing. 

Nak pula kalau berborak atau bertegur sapa dengan bekas rakan sekerja. Aku lebih suka matikan diri yang lama dan biar orang kenal aku yang baru. 


Cabaran Jadi Suri Rumah

Dari tahun lepas lagi aku cuba sedaya upaya dan selalu ingatkan diri yang tanggungjawab akan semakin besar. 

Aku yang dulu bukan lah yang sekarang, dulu aku masih boleh have fun tapi sekarang amanah besar yang harus aku pikul. 

Melahirkan dan mendidik tiga orang anak. Bukan sikit. Cabaran nya Allahu. Anak pertama darjah satu, anak kedua; dua tahun dan yang bongsu dah menuju 3 bulan. 

Dalam satu masa aku kena paksa diri aku terima; 
  • Aku akan kehilangan pekerjaan yang aku suka, 
  • Jadi suri rumah bermaksud 24/7 aku akan hadap benda yang sama berulang-ulang,
  • aku kena pastikan anak kedua aku tidak terabai dengan kehadiran adik dia, 
  • aku kena lebih focus fikir cara nak kembangkan business online aku.  

Perit memang perit tapi aku bersyukur Allah hantar suami jadi penguat aku. Dia la majikan aku sekarang. Juga merangkap Assistant terbaik.  Jadi Suri rumah bukanlah penamat segalanya. 

Suami tidak berkira dan masih boleh bersabar. Kadang-kadang bila aku down aku selalu cakap pada diri sendiri. 

Ini adalah masa di mana anak-anak perlukan aku, perlukan perhatian dan jagaan aku. Suami perlukan pembantu agar dia lebih focus dalam mencari rezeki. 

Bila aku kenangkan pengorbanan dan memang tanggungjawab aku, aku jadi lebih waras. Alhamdulillah. 

Aku yakin, ini pengorbanan yang berbaloi. In sha Allah kalau bukan di dunia, pasti akhirat sana untuk aku tuai hasilnya. Doakan aku kuat. Kadang-kadang pecah juga banteng emosi tu. Banjir la sekejap.


Tags

Catat Ulasan

4Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Tugasan hakiki sepanjang hayat.
    Allah akan membalas pengorbanan itu nanti.

    BalasPadam
  2. sebenarnya, kerja office atau suri rumah, semua tu atas kita bagaimana nak corakkan.
    yang pasti semuanya baik dan tak salah. Niatkan semua kerja kita kerana Allah.

    BalasPadam
  3. Jadi surirumah sepenuh masa ni memang memenatkan. Nak-nak kalau anak tu masih kecil. Mau stress ciktie yang nengoknya. Tapi ciktie memang respect sangat-sangat dekat dorang ni. Semua mampu dilakukan dengan baik

    BalasPadam
  4. besar pengorbanan tu kak, kadang bila fiir benda ni rasa tak ready langsung nak kahwin & ada anak sebab dah terbiasa hidup bebas fikir diri sendiri je

    BalasPadam
Catat Ulasan