Body Shaming - Patut atau tidak?

Body Shaming - Patut atau tidak? | Secara Bahasa pasarnya body shaming adalah satu perbuatan yang menjerumus kepada penghinaan keadaan fizikal seseorang. Tidak kira dalam apa jua bentuk secara kiasan (sarkastik), atau pun terang-terangan. Mentertawakan bentuk fizikal yang selalunya tentang saiz badan, ketinggian, warna kulit dan rupa paras adalah contoh yang selalu dikaitkan dengan body shaming. 

Body shaming boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tak kira siapa pun dia. Ini kerana orang yang melakukan body shaming ni kebiasaanya dia kurang adap, kurang prihatin dan terlalu selesa apabila berkata-kata.
Kesan body shaming
Body Shaming Culture

                                                                                                                                credit google image

Diah tertarik nak cerita tentang isu body shaming lepas satu insiden dimana berlaku nya body shaming bagi mereka yang peka dengan orang lain, dan sekadar berlawak bagi mereka yang rasa mentertawakan orang lain adalah satu perkara yang biasa. Insiden berlaku di majlis anugerah secara langsung dan mangsa di ketawakan secara berjemaah. 

Kolot kerana Tak terbuka dengan Body Shaming

Bagi yang anggap insiden ni satu benda kecil dan sekadar berlawak memang akan habis-habisan menganggap orang yang tidak dapat menerima lawak mereka sebagai seorang yang kolot, tak bersikap terbuka dan tak boleh di ajak bergurau. Bagi golongan ini body shaming dijadikan modal untuk mereka membuat lawak. 
Body shaming dalam Islam

Sesungguhnya perbuatan memandang remeh dan menghina orang lain amatlah dilarang dalam Islam. Terdapat banyak hadith dan ayat Al Quran yang menerangkan tentang larangan merendahkan orang lain. Antara tanda kesombongan manusia itu sendiri apabila dia merasakan diri nya lebih baik dari orang lain dan mentertawakan kelemahan orang lain. Seringkali kita buat tapi kita tak sedar perbuatan kita membuatkan orang terasa. 

Dalam surat Al Hujurat, Allah Ta’ala memberikan kita petunjuk dalam berakhlak yang baik,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik.” (QS. Al Hujurat: 11)

Yang sebetulnya tiada satu pun makhluk di atas muka bumi ini yang sempurna kerana yang paling baik semestinya Pencipta kita. Sifat mentertawakan orang dan tidak menghormati orang lain adalah titik tolak kepada persengketaan yang lebih teruk kesannya. Kita boleh meminta maaf kepada Pencipta jika terlajak berbuat dosa, tapi kalau kita terlajak berbuat dosa sesama manusia hanya kepada manusia itu lah harus kita meminta maaf dan terpulang kepada mereka untuk memaafkan atau pun tidak. 


3 comments:

  1. tak baik kalau kita menghina rupa fizikal orang lain. baik macam mana body sharp kita. jangan terlalu hina orang lain. semua kurniaan Allah.

    shu geram bila ada orang hina bentuk badan orang lain.

    ReplyDelete
  2. body shamming ni kalau tk kena tempat boleh bawa dosa. tp kalau ok boleh menjadikan orang itu stay fit balik

    ReplyDelete
  3. Memang tak patut betul mempermainkan bentuk tubuh seseorang...

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.