Tsunami Di Selat Sunda, Banten Anyer, Salam Takziah Buat Indonesia

by - December 23, 2018

Tsunami Di Selat Sunda, Banten Anyer, Salam Takziah Buat Indonesia | Assalamualaikum, hari ni diselubungi berita sedih dengan bencana alam Tsunami yang melanda negara Jiran Malaysia, iaitu Indonesia.  Kejadian berlaku di Pantai barat wilayah Banten, Anyer, yang terletak di pesisir Selat Sunda. Tsunami yang melanda tanpa amaran telah mengakibatkan banyak korban nyawa, kecederaan dan banyak harta benda turut musnah. 

Macam mimpi ngeri berulang kembali sebab Tsunami di Acheh yang berlaku pada 26 Disember 2004 masih belum hilang rasa traumanya. Lepas kejadian tu memang akan risau bila masuk je bulan Disember setiap tahun. 

Kumpulan Seventeen Antara Korban Dalam Bencana Tsunami Di Tanjung Lesung, Banten

Paling terkesan bila tengok di berita tentang video Kumpulan Seventeen yang tengah buat persembahan bersempena Hari Keluarga sebuah syarikat korporat Indonesia di Pantai Tanjung beach Resort apabila tiba-tiba ombak telah menerjah pentas tempat mereka melakukan persembahan dan telah meragut nyawa pemain Bass Kumpulan Seventeen, M Awal Purbani (Bani) dan juga pengurus mereka, Oki Wijaya. Menurut Ifan, vokalis yang terselamat dalam kejadian tersebut, isterinya dan dua lagi ahli kumpulan masih belum berjaya ditemui tetapi dipercayai selamat. Allahuakbar. 

Kumpulan Seventeen 
Lepas dilanda Tsunami, Ifan berkata dia telah dibawa arus dan terlempar ke tengah laut. Dia menceritakan detik cemas dia dikelilingi 20 – 30 mayat dan mangsa yang masih hidup pula menjerit meminta pertolongan. Ifan berkongsi pengalamannya dalam perbualan di telefon bersama TVOne, mangsa-mangsa yang dibawa arus ke laut sebahagian besarnya meninggal dunia. 

Dia menyaksikan dengan matanya sendiri, mangsa-mangsa yang cuba menyelamatkan diri di tengah lautan, semua orang saling menenggelamkan satu sama lain dan keadaan amat kelam kabut. Tidak lama selepas itu keadaan menjadi sunyi sepi kerana mangsa-mangsa sudah tidak bernyawa. 

Dia terapung-apung di permukaan selama dua jam dan hampir menyerah. Perkara pertama yang dibuat selepas dia selamat menjejakkan kaki di pantai ialah Ifan mencari keluarganya dan ahli Kumpulan Seventeen yang lain. Sedih apabila dia menjumpai jenazah Oki dan Bani tepi pantai. 

Kejadian berlaku ketika mereka mahu menyanyikan lagu kedua dan tiba-tiba sahaja ombak menerjah dari arah belakang. Besi dan kayu dimana-mana, air penuh lumpur dan mereka bergulung-gulung di dalam air. Tak dapat nak bayangkan betapa cemasnya melalui saat-saat getir macam tu. 

Pada hari kejadian Ifan memberitahu yang semuanya dalam keadaan baik sahaja. Ombak kecil, cuaca tenang dan tidak menyangka tsunami akan berlaku. Selalunya sebelum berlaku Tsunami akan berlaku gempa-gempa kecil sebagai amaran kecil. Berbeza dengan Tsunami yang berlaku di Banten Anyer. 

Salam takziah buat Indonesia dan buat seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat dengan bencana Tsunami di Selat Sunda, semoga kalian diberi ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi kehilangan ini. Allah Maha Mengetahui segala yang terjadi di langit dan dibumi. 

You May Also Like

6 comments

  1. Allahuakbar, sistem amaran bencana katanya rosak..sebab tu tak dapat amaran kan? Semoga semua dijumpai walaupun mungkin dah tak bernyawa lagi..

    ReplyDelete
  2. Takziah atas kejadian yang berlaku..

    ReplyDelete
  3. ya allah takutnya,, tanpa gegaran apa2 pun ,,peringatan buat kita, tak faham dorang ada apa kat pantai tu konsert ke..

    ReplyDelete
  4. semua ada hikmahnya
    Tedi datang menabung

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

SUBSCRIBE NEWLETTER