Panduan Beli Barang Keperluan Sekolah Pertama Kali

by - December 24, 2018

Panduan Beli Barang Keperluan Sekolah Pertama Kali | Tinggal seminggu lebih je lagi sekolah akan dibuka semula. Pejam celik memang terasa sekejap sangat masa berlalu. Barang keperluan sekolah anak-anak dah siap dibeli? Dah selesai ke semuanya? Tahun 2019 adalah tahun kedua kami berbelanja barang keperluan sekolah. Berbeza sangat keadaan dengan tahun lepas. Almaklumlah, anak sulong masuk darjah satu. Semuanya serba baru dan rasa macam semua benda nak beli. 

Tahun kedua kami lebih tenang. Dah tahu mana patut dibeli di awal tahun dan mana yang tak perlu. Cikgu pun dah kongsikan senarai buku perlu beli. Kedai alat tulis dibuka sepanjang cuti persekolahan jadi tunggu masa yang sesuai kami nak shopping buku pula. 

Diah kongsikan pengalaman kami beli barang keperluan sekolah anak dan semoga dapat jadi panduan untuk ibu bapa dekat luar sana. Apa pun setiap sekolah pastinya ada keperluan tersendiri dan digalakkan untuk rujuk pihak sekolah untuk maklumat lanjut. 

Senarai Beli Barang Keperluan Sekolah
Senarai Beli Barang Keperluan Sekolah Ikhwan

Sesi Orentasi Sekolah

Masa sesi orentasi darjah satu Ikhwan tahun lepas dibuat pada awal cuti persekolahan. Waktu tu ibu bapa dan juga murid diberi taklimat mengenai peraturan sekolah, penetapan kelas, dan cikgu akan bawa murid-murid melawat tempat asas seperti kantin, tandas terdekat dengan bilik darjah, pusat sumber, padang, dewan, tapak perhimpunan dan lain-lain. 

Untuk memudahkan ibu bapa memberi barang keperluan sekolah, cikgu telah mengedarkan senarai buku perlu beli dan barang kelengkapan lain yang murid perlu ada. Masa hari orentasi juga cikgu ingatkan dan beri kelonggaran untuk ibu bapa temani murid-murid darjah satu ke sekolah (minggu pertama persekolahan).  

Beli Barang sekolah
Fitting Session
Kami teman Ikhwan empat hari pertama persekolahan sahaja. Itu pun monitor dia dari jauh untuk pantau dia bila berada di kantin untuk beli makanan dan supaya dia ikut arahan bila balik ke rumah pengasuh. Alhamdulillah semua mudah. 

Panduan Pertama Kali Beli Barang Keperluan Sekolah

#1 Baju Dan Kasut Sekolah

Mengikut jadual pembelajaran persekolahan, murid darjah satu akan ada dua hari untuk subjek Pendidikan Jasmani & kesihatan. Murid-murid dikehendaki untuk pakai baju sukan pada hari tersebut. Jadi tiga hari murid akan pakai baju uniform sekolah dan selebihnya pakai baju sukan. Baju sukan kebiasaan boleh dibeli di Kedai Buku di Sekolah dan jika tiada stok murid dibenarkan untuk pakai baju T-shirt putih. Kasut Diah beli dua pasang untuk tempoh setahun. Stokin pula perlu tukar dua hari sekali dan Hari Jumaat kena pakai pakaian yang baru dibasuh. Kejar Pahala. 

Beli Kasut Sekolah
Sale kasut putih

Semua ni ada dekat Pusat Pakaian Hari Hari

#2 Buku Tulis (Perlu Beli) dan Keperluan Sekolah (Pilihan)

Masa pertama kali lihat senarai buku tulis perlu beli (darjah satu) memang agak menyeramkan dan terlalu banyak untuk dihadam. Culture shock sangat kahkahkah. Ada buku tulis garis satu, buku tulis petak sederhana, buku tulis garis dua biru merah, buku tulis ½ kosong ½ garis besar, buku tulis enam petak besar, buku GAPEN, dan Buku Nota Sains. 

Sebagai mak yang pertama kali nak beli memang serabut je rasa. Confuse kena beli ikut kuantiti yang dicadangkan dalam senarai perlu beli atau tidak. Tips dia beli semua buku tulis tapi jangan beli dalam kuantiti yang banyak. Tunggu arahan dari guru kelas bila buku kena beli. Macam buku GAPEN, mula digunakan pada pertengahan tahun.  

#3 Beg Sekolah 

Masa memilih beg sekolah kami dalam dilema juga, perlu beli beg yang ada roda supaya senang Ikhwan nak tarik bila berjalan ke kelas atau tak perlu beli yang ada roda. Harga beg sekolah MAHAL ya, boleh mencapai ratusan ringgit untuk yang berjenama dan ada roda. Penentuan beg beroda atau tidak bergantung kepada banyak faktor macam sesi persekolahan, lokasi kelas dan banyak lagi. 

Untuk Ikhwan sekolah dia ada satu sesi sahaja iaitu sesi pagi. Jadi buku latihan memang cikgu benarkan murid untuk tinggalkan di sekolah. Setiap hari, dalam beg akan bawa buku teks ikut jadual waktu, bekal makanan, dan botol minuman (wajib). Itu pun masih berat. Kalau sekolah yang ada dua sesi, kena bawa balik semua buku jadi beg beroda agak membantu supaya anak-anak boleh tarik. 

Kelas Ikhwan terletak di tingkat satu, jadi dia kena angkat beg menaiki tangga dan dengan saiz badan yang kecil molek agak menyeksakan untuk dia angkat beg sekolah beroda. (beg beroda juga agak berat). Jadi beg sandang lebih praktikal. 

Kami beli beg jenama Angsa yang beroda yang hampir mencecah ratusan ringgit sebab fikirkan kualiti dan tahan lama. Rupanya jangkaan kami silap. Tapi tak apa lah belajar dari kesilapan. Beberapa bulan selepas itu kami gantikan dengan beg sandang orang dewasa. Lebih puas hati. Alhamdulillah Ikhwan ikut sahaja. Tips untuk pilih beg sekolah kena tengok sesi persekolahan, lokasi kelas murid, dan juga bentuk muka 

#4 Alat Tulis 

Perkara yang selalu menjerat emosi bila berkaitan alat tulis adalah alat tulis akan hilang di ambil kawan-kawan, pensel warna menjadi pendek akibat kerap diasah, dan kebarangkalian alat tulis bertambah bila anak-anak ambil kawan punya. Jadi, ibu bapa kena bijak untuk labelkan alat tulis dan WAJIB ajar anak untuk jaga barang sendiri. Jangan ambil orang lain punya. Jangan stress kalau alat tulis mahal diambil kawan sekelas. 

Tips untuk alat tulis ialah beli yang tak terlalu mahal dan ajar anak “kedekut”, sentiasa ingatkan jaga barang-barang sendiri. Labelkan dan sediakan stok alat tulis sebab pemergian alat tulis memang mengejut kahkahkah. 

#5 Bekal ke Sekolah

Masa dua minggu persekolahan memang elok jika bekalkan anak dengan makanan dan air minuman. Botol air belilah yang mudah dibuka dan tidak mudah tumpah. Awal-awal persekolahan anak-anak masih belum mahir nak beli makanan di kantin dan kadang-kadang tak sempat nak makan semasa waktu rehat. Pastikan anak makan supaya dia kekal bertenaga sepanjang persekolahan. 

Itu sahaja perkongsian untuk panduan beli barang keperluan sekolah. Ini semua pengalaman berharga dan manis buat diri. Jadi kena la coretkan dekat blog. Ibu bapa yang pertama kali nak melalui pengalaman anak melangkah ke darjah satu, jangan risau dan enjoy sebaik mungkin. Pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan. 

Selamat maju jaya dan selamat kembali ke sekolah untuk adik-adik. 

You May Also Like

4 Comments

  1. setakat ni mek baru beli kasut untuk amani. stokin jugak. yg lain kena tgu masuk sekolah dlu. hahahaha

    ReplyDelete
  2. bagus ada list mcm ni boleh dibuat reference

    ReplyDelete
  3. Terbaik diah kongsi tips ni.. Tak la pening dan kalut

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.