Hukum Menyimpan Kuku Panjang

Rodiah Amir
1

Masa zaman sekolah dulu setiap hari perhimpunan adalah hari yang mencemaskan sebab cikgu akan lakukan pemeriksaan rambut untuk pelajar lelaki. 

Manakala tudung untuk pelajar perempuan, pemakaian kain dalam dan stoking serta pemeriksaan kuku. 

Masa tu berkuku panjang tu adalah satu trend. Kuku kena panjang, berkilat dan bersih. Semuanya akibat pengaruh televisyen. 

Hukuman Simpan Kuku Panjang  

Tengok pelakon dan model semuanya berkuku cantik siap pakai quetic berwarna-warni. Tergoda ok.  
Geli geleman pula nak suap makanan ke mulut tapi kuku panjang dan bakteria yang melekat mana nak nampak kan? 

Tapi ada je kawan-kawan yang masih menyimpan kuku. Nak cantik. Sebenarnya boleh ke simpan kuku ni? 

Diah terbaca satu perkongsian oleh Ustaz Farid Rashidi tentang hukum menyimpan kuku. Nama sebenar adalah ustaz ni ialah Mohd Farid Bin Hj. Md. Rashidi. 

Beliau aktif menulis di blog semenjak tahun 2007 sebagai cara menyampaikan mesej dakwah, ketuhanan dan secebis ilmu buat ummah. 

Beliau juga merupakan seorang penulis buku genre islamik, motivasi & cinta. Suka berkongsi cerita dan juga suka melukis. 

Boleh ke Simpan Kuku Panjang?

Ustaz aktif menulis di Facebook dan telah pun menghasilkan karya 3 buah buku semenjak 2011. Berikut adalah perkongsian ustaz tentang hukuman menyimpan kuku panjang. 

Selalu sangat terserempak dengan kaum hawa berkuku panjang. Sengaja disimpan panjang. Ada juga yang potong tepi tapi tengah-tengahnya dibiarkan tajam. 

Kononnya cantik bila runcing. Dia punya panjang, sampai terpaksa berusaha keras untuk tekan keyboard telefon bimbit. Salah tekan, terus typo. Nak tekan saya, jadi sayang. Jeng! 

Ada juga kaum lelaki yang simpan kuku panjang di sesetengah jari. Tak tahulah apa tujuannya. Yang saya tak dapat bayang macammanalah waktu nak beristinjak dalam keadaan kuku panjang. 

Habis calar balar. Boleh bayang tak? Dah, dah tak payah bayang lagi. 




Kuku ini kalau disimpan panjang, lebih kurang sama rupanya macam haiwan karnivor (maging). Alah haiwan pemangsa yang makan daging macam singa, harimau. Kan kuku panjang. Baiklah, mari kita lihat hukumnya.

Hukum Memotong Kuku

Fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa memotong kuku adalah sunnah daripada sunnah fitrah manusia. 

Disunatkan bagi setiap orang muslim menjaga kebersihannya dengan baik. Hukum ini sama sahaja, terpakai kepada lelaki mahupun wanita.

Dalilnya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "الْفِطْرَةُ خَمْسٌ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَنَتْفُ الإِبِطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ"

Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda: “Dari 5 sunnah fitrah ialah khitan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan memotong misai.”

[Hadis Riwayat Ibn Majah, no.292]


Juga hadis yang mengingatkan agar tidak membiarkan kuku panjang hingga lebih empat puluh hari.

وعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه قَالَ: وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ، وَتَقْلِيمِ الأَظْفَارِ، وَنَتْفِ الإِبِطِ، وَحَلْقِ الْعَانَةِ، أَنْ لاَ نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ يَوْماً. رواه مسلم.

Daripada Anas Bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih dari empat puluh hari.”

[Hadis Riwayat Bukhari, no.5889. Riwayat Muslim, no.257]

Boleh tak mahu kerat kuku, dikecualikan hanya ketika berlakunya peperangan sahaja.

Ini disebut pula dalam Kitab al-Fatawa al-Hindiyyah:

“Mengerat kuku adalah sunnah kecuali di masa peperangan, membiarkannya (ketika itu) adalah disunatkan.

Beberapa hukum berkenaan kuku yang boleh kita ambil perhatian:

• Cara memotong kuku, sebaiknya dimulakan mengerat kuku tangan kanan terlebih dahulu barulah kiri. Begitu juga untuk kaki, hendaklah dimulakan dengan kaki kanan.
Sebagaimana apa yang Rasulullah SAW selalu ajarkan agar mulakan sesuatu dari sebelah kanan:
عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: إِنْ كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيُحِبُّ التَّيَمُّنَ فِي طُهُورِهِ إِذَا تَطَهَّرَ، وَفِي تَرَجُّلِهِ، إِذَا تَرَجَّلَ، وَفِي انْتِعَالِهِ إِذَا انْتَعَلَ
Daripada Saidatina ‘Aisyah r.a: “Rasulullah SAW lebih suka menggunakan sebelah kanan dalam urusan-urusan beliau; dalam bersuci, menyikat dan memakai sandal.”
[Hadis Riwayat Bukhari, no.231. Hadis Riwayat Muslim, no.268]

• Dilarang mengerat kuku bahagian tepi, dan meninggalkan bahagian tengah hingga kelihatan tajam dan meruncing kerana ia akan menyebabkan terkumpulnya kotoran.
[Sabah al-Samarrai’ (Dr.), hlm.76. Al-Farghani, jil.3, hlm.411]

• Makruh mengerat kuku menggunakan gigi. Hendaklah menggunakan pengepit kuku. Al-Farghani menyebut bahawa mengerat kuku menggunakan gigi antara punca menyebabkan penyakit.
[Nizamuddin, jil.5, hlm.358]
Islam itu indahkan? Cantik sangat. Hinggakan bab potong kuku pun diajar Rasulullah SAW.

Hikmah Mengerat Kuku

  1. Mengerat kuku adalah bersesuaian dengan fitrah manusia yang sempurna. Ia juga adalah sunnah Rasulullah SAW. Bila sunnah, sudah pasti akan ada pahala menanti.
  2. Bila dibiarkan panjang, maka akan terkumpullah segala sisa-sisa kekotoran biarpun dah bersihkannya. Kita mana nampak kumankan? Sudah tentu akan mendatangkan penyakit nanti. Bayangkan lagi, dengan kuku yang panjang itu diulinya tepung buat kuih dan roti canai. Padukan? Diramas-ramas pula santan pekat putih berubah jadi kelabu. Bayangkanlah kita makan makanan tu. 
  3. Bila kekotoran terkumpul, menghalang untuk kita bersuci sempurna (mandi hadas dan wudhuk) hingga sampai air ke lapisan kuku.
  4. Mengelakkan orang Islam sama semacam orang fasik dan kafir dan juga semacam binatang buas.
  5. Jadi apa kata korang lepas baca penerangan ustaz ni? masih berselera nak simpan kuku panjang? Ingat jangan biarkan kuku tidak dipotong melebihi 40 hari. Bukan kuku je tau yang perlu kita jaga dan potong. Bahagian lain pun kena ambil tahu. Jadi la Muslim yang sentiasa kemas dan mengutamakan kebersihan. Baru orang suka dan selesa dengan kita. Setakat ni dulu perkongsian. 

Wassalam. 

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan