Resepi Udang Masak Lemak Ala Maharaja Untuk Berbuka

Rodiah Amir
1

Resepi Udang Masak Lemak Ala Maharaja Untuk Berbuka 

Assalamualaikum. Sekejap je kan dah nak masuk pertengahan Ramadan. Semoga kita kuat mengutip sebanyak-banyaknya pahala dengan baki yang tinggal beberapa minggu lagi. Alhamdulillah sehingga sekarang mood memasak untuk berbuka puasa masih ada.

Bukan tak mahu ke PARAM, cuma masa memang tidak mengizinkan. Hari ni aku nak kongsikan menu berbuka aku minggu lepas iaitu udang masak lemak ala Maharaja. Oleh sebab bahan-bahan nak masak Udang Maharaja tidaj cukup, jadi kita alter jadi masak lemak sahajalah. Tapi versi lain sikit. Pon masih sedap.



Resepi Udang Masak Lemak Ala Maharaja Untuk Berbuka


Kalau ikut Resepi Udang Masak Lemak Maharaja, kena masuk kan lengkuas dan beberapa bahan lain, tapi sebab tiada lengkuas di rumah jadi aku skip kan beberapa bahan dan masih sedap. Resepi udang ni sesuai kalau dah bosan masak lemak yang biasa. Aku rasa kalau gantikan ikan atau ayam pon sedap agaknya. Jom tengok bahan-bahan dan cara membuat Resepi Udang Masak Lemak Ala Maharaja:

Bahan-bahan yang diperlukan:

Udang Saiz XXL / Udang Galah 13-15 ekor
1 kotak santan KARA
1 inci Halia
1 inci kunyit hidup
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
7 biji cili padi
1 biji tomato
Asam keping
Minyak masak
Garam secukupnya

kredit: myagri

Cara membuatnya:

Bersihkan udang. Kisar halia, kunyit bawang putih, bawang merah dan cili padi sehingga hancur. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.

Kemudian masukkan santan dan kacaukan seketika. Kemudian masukan asam keping, tomato dan udang. Kacau sehingga udang betul-betul masak. Perasakan dengan garam secukupnya.

Kalau masakan berasaskan santan memang mak aku selalu pesan untuk sentiasa kacau dan guna api sederhana besar, kalau tidak santan akan berketul dan jadi tak cantik.

Dah siap, memang resepi Udang Masak Lemak Ala Maharaja memang mudah sangat nak buat. Cuba lah in sya Allah suami dan anak-anak akan suka. Selamat mencuba.



Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan