Tular Cikgu Rotan Pelajar Biadap Panggil Cikgu Pondan

Rodiah Amir

Tular Cikgu Rotan Pelajar Biadap Panggil Cikgu Pondan

Assalamualaikum. Hai korang. Aku baru je selesai tengok video yang tular sehari dua ni tentang seorang cikgu yang diserang oleh ibu kepada pelajar yang di rotan oleh cikgu tersebut kerana pelajar tersebut telah bersikap kurang ajar. 

Ketahui lah semasa menulis entri ni, aku sedang menahan marah teramat. Geram sebenarnya. Ketepikan isu bangsa, warna kulit atau pangkat darjat ye hadirin. Isu sekarang ini ialah biadap. 

Apabila keluarnya video begini menunjukan bahawa ibu tersebut menyokong tindakan anak yang biadap, walaupun memang kurang tepat tindakan cikgu tu merotan pelajar terbabit. Eloknya suruh je pelajar tu berdiri dekat luar kelas lima hari berturut-turut. Eh.




Salah Ke Cikgu Mendidik Atau Ibu Yang Melahirkan?

Selepas video ni tersebar aku masih belum berjumpa lagi comment yang menyokong tindakan ibu tersebut yang naik hantu lepas anak dia di rotan sehingga berbirat. Mungkin lepas ni ada kot. 

Pandangan aku, cikgu tu rotan mungkin dia dah hilang sabar, mungkin ini bukan kali pertama cikgu tu kena macam tu. Well, kita tak berada di tempat cikgu tu kan? Mana ada budak tu sebagai pelajar yang sanggup memanggil cikgu sebagai “Ah Kua” = Lembut = Pondan la kan bahasa kasar dia.

Weh zaman aku sekolah dulu dan sampai la aku dah anak tiga ni aku selalu terapkan dekat anak, cikgu tu kau kena hormat macam kau hormat ibu bapa. Kau nak menuntut ilmu dengan cikgu, blessing cikgu tu sangat penting. 

Tu yang utama. Cerdik macamana pun kau kalau tiada cikgu yang mengajar kau tak kemana, kecuali Home Schooling la

. 
Bukan Anak Kau Yang Kena Rotan

Faham je kalau ada yang kata aku tah apa-apa menangkan cikgu tu, dan aku tak kisah cuma fikir lah semula. Hari ni kau masih kuat, masih mampu lindungi anak kau bila dia buat kesalahan. 

Satu hari dia dah besar dia dah kenal dunia, masa tu kalau dia buat kesalahan adakah kau masih nak jadi tempat dia berlindung? Atau kalau kau pendek umur, siapa nak tegur dan lindungi anak kau. 

Ni mesti tak tengok cerita P.Ramlee “Anakku Sazali” jangan sampai aku ulang dialog Sazali yang salahkan bapak dia.

Aku expect ibu bapa yang rasional, yang ada adap dan meletakan akal dekat kepala akan datang dan berbincang dengan pihak sekolah atas apa yang terjadi. Bukan serang, tular dan malukan cikgu. 

Sepatutnya ibu dia kena minta maaf kerana tak didik anak dengan baik dan alangkah indah kalau cikgu dikurniakan kesabaran tahap tertinggi supaya kelak andai ada pelajar yang biadap tingkah lakunya cikgu boleh handle tanpa berlaku kekasaran.



Kes Rotan Pelajar Akhirnya Berdamai

Lepas kes ni dapat perhatian netizen dan dengan komen-komen yang panas, mestilah mendapat perhatian pihak atasan dan seterusnya mereka masuk campur untuk kawal anasir-anasir yang lebih teruk dari merebak kan. 

Katanya dah selesai pun, kedua-dua pihak dah pon saling bermaafan. Eloklah masih di bulan Syawal kan? Cikgu tu khabarnya akan menjalani kaunseling. Ok yang ni aku ternganga mulut, dan pelajar tu? Entahlah. Suruh je lah mak dia yang didik.

Cuma aku wondering la kan, apa pula nasib guru-guru yang terbeban dengan kerja, terdera emosi dan perasaan dari hari ke hari. Bukan mudah nak mendidik nak pulak zaman sekarang. 

Kalau ibu bapa sendiri pun ada yang hilang sabar dan dera anak, ini kan pula cikgu yang tugasnya ‘mendidik’ di sekolah. Mungkin ada yang cakap, cikgu kan dibayar gaji? Yang pastinya cikgu bukan orang gaji anda.

Sekian, aku bukanlah seorang guru di sekolah hanya guru di rumah.


Tags