Ayam Masak Asam Pedas

Rasanya ini kali pertama aku cuba masak ayam masak asam pedas versi aku sendiri. Kalau versi asam pedas mak mertua dan mak sendiri amatlah berlainan. Masak asam pedas aku adalah gabungan kedua-dua resepi la kiranya. Asam pedas Melaka mak mertua dia suka buat kuah pekat, mak aku pula selalu ajar masak sedikti cair.

Kisahnya semalam singgah ke pasar malam dan ternampak sayur bendi muda. Anak bujang memang suka sangat makan bendi, jadi beli lah. Masa tu tak terfikir nak masak apa lagi. Nampak taugeh dan tauhu terus beli sekali. Tambah bunga kubis dan lada besar, semua sekali RM15. Begitu senang duit mengalir ya.



Resepi Ayam Masak Asam Pedas

Berbalik kepada resepi Ayam Masak Asam Pedas, resepi aku bebas belacan. Aku bukan pakar bab masak ni asalkan dapat ditelan anak dan suami kira jadi lah. Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk Ayam Masak Asam Pedas.

Bahan-Bahan Ayam Masak Asam Pedas
  • 10 ketul kecil daging ayam
  • 3 biji bawang putih
  • Setengah biji bawang Holand
  • Sedikit halia
  • Sedikit halba
  • Empat sudu besar cili giling
  • Daun kesum
  • Sedikit perahan limau nipis
  • Satu biji tomato
  • Air
  • Minyak untuk menumis
  • Serbuk perasa


Cara-cara memasak juga sangatlah mudah. 
  • Panaskan sedikit minyak kemudian masukan halba. Tumis sehingga naik bau kemudian masuk bawang dan halia yang telah di kisar. Tumis lagi sehingga garing. kemudian masukan pula cili giling. Kacau sehingga tumisan pecah minyak.
  • Kemudian, masukan ayam dan biar ayam sedikit mengecut. Setiap kali aku masak kari atau gulai memang akan kecutkan ayam supaya kuah tidak berbau hanyir dan jadi lebih sedap.
  • Masukan air secukupnya ikut tahap kepekatan kuah yang korang suka. Masukan tomato dan biar sehingga mendidih. Apabila kuah mendidih boleh lah masukan bendi dan masak sehingga lembut.
  • Jangan lupa perasakan kuah dan masukan sedikit perahan limau nipis serta daun kesum. Kacau sehingga ayam masak. Siap untuk dihidang dan sedap dimakan dengan nasi putih yang masih panas.


Untuk lengkapkan menu makan tengahari kami, aku masak sayur taugeh goreng ikan bilis dan juga telur dadar. Memang kena sangat menu tu sebab anak aku bertambah makan nasi. Suka hati tengok anak berselera makan.


Aku suka masak sayur taugeh simple je. Tumiskan bawang yang ditumbuk dengan sedikit ikan bilis dan goreng macam biasa. Itu dah cukup naikan rasa manis sayur taugeh tu. Selamat menjamu selera korang.




5 Comments

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Menarik...SA x pernah lagi masak asam pedas ayam...nak cuba la nanti...mana tau boleh tukar menu and mak SA ada selera makan semula kan..

    ReplyDelete
  2. saya penah buat ayam masak asam pedas. sudahnya anak2 dengan suami tak mau makan. hahaha

    ReplyDelete
  3. biasanya ikan yang masak asam pedas tapi yg ni pun mcm best. boleh try!

    Lifestyle Blog | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  4. My feveret ini.. Semua jenis asam pedaslah.. Kalau Sha buat yang ayam nie selalunya sha tambah daun limau purut..

    ReplyDelete
  5. Sedapp tu ayam asam pedas, favourite ni mesti duk hirup kuah berkali kali.. 😍

    ReplyDelete

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Previous Post Next Post