Celebrate Hari Bapa Di Kampung

Rodiah Amir
0

Sebenarnya tak rancang pun nak sambut hari bapa dan memang sejak dari arwah abah masih ada lagi mana pernah sambut weh. 

Tapi bila dah berkahwin, setiap kali hari bapa aku tak ketinggalan wish untuk suami. Sekadar menunjukkan penghargaan dan biar bapa kepada anak-anak aku rasa dihargai gitu.

Kebetulan minggu lepas, masa hari bapa (Ahad) aku berada di kampung. Kebetulan juga kawan sekolah aku yang kini bergelar usahawan berjaya buat promosi kek khas sempena Father’s Day. 


Celebrate Hari Bapa Di Kampung

Dah alang-alang tu aku buat tempahan sebab aku yang nak makan kek. Lol.

Kalau diikutkan hari-hari kena tunjukkan penghargaan, tunjuk rasa sayang dan tiada hari khusus untuk kenang jasa bapa. 

Mana boleh satu hari je kan? Dijadikan cerita bertambah meriah bila abang sulong aku pun balik kampung hari yang sama. Memang meriah la kami potong kek. Semestinya anak-anak paling gembira.





Kek Hari Bapa Dari Fitri Bakery (Bampizza)

Fitri ni kawan sekolah menengah aku dekat kampung. Dia kelas sebelah satu kelas dengan best friend aku. Tak sangka dia menceburkan diri dalam dunia baking. 

Berjaya pula tu. Seronok tengok dia berniaga di kampung. Selain berbakat buat dan hias kek, dia terkenal dengan pizza dia yang sedap.

Sempena hari bapa lepas dia buat promosi sebiji kek Laici saiz mini untuk 2-4 orang makan dan pizza saiz sederhana berharga RM35. Murah lah kan? Dapat makan kek dan pizza. Serius weh kek dia sedap. 

Bagi aku kalau buat kek perisa laici agak mencabar sebab bau Laici kan lembut je. Bila makan kek Fitri ni terasa la Laici dan bau tu ada. 

Cukup rasa la bagi aku, lembut pula tu. Kek dia tak mengeras walaupun diletak dalam fridge. Kagum aku.

Oleh sebab abang sulong aku balik mengejut, jadi terpaksa ubah rancangan dan tambah sebiji lagi kek dan dua keping pizza. 

Jadi total 4 keping pizza saiz sederhana dan dua biji kek. Kek kedua memang aku beli saiz besar perisa oren coklat. Baru puas hati makan.





Hukum Sambut Hari Bapa


Rasanya setiap tahun aka nada je orang bertanya tentang hukum sambut hari ibu, hari bapa dan seangkatan. 

Korang yang was-was boleh rujuk laman web Mufti Wilayah Persekutuan yang beri penerangan mendalam tentang sambutan ni ok. 

Tapi secara rumusannya, sambutan Hari Bapa mahupun sambutan Hari Ibu dibolehkan berdasarkan dua point dibawah:
  • Menganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.
  • Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.




Hargai Sementara Masih Ada

Sedikit pesanan dari aku yang dah kehilangan seorang abah, jaga la mak ayah sebaik mungkin. Hargai dan sayangi mereka. Betul orang cakap, hilang mak atau ayah seakan hilang separuh nyawa kita. 

Aku hilang arwah abah masa tahun aku di ijab Kabul. Masa tu aku mengandung anak pertama, orang cakap ganti ahli keluarga. Entahla. Arwah abah mana boleh ganti kan? 

Kenangan paling aku ingat tentang arwah abah ialah cara didikan abah yang memang garang dan semestinya ada sisi lembut terutama bila berkaitan dengan binatang peliharaan. Kami satu keluarga suka kucing. 

Memang dari kecik ada je kucing datang singgah rumah, kucing liar. Mak dengan abah akan beri makan, tak kurung pun. Lama-lama kucing tu selesa tinggal dengan kami terus jadi kucing angkat.

Sampailah aku sambung belajar di UiTM kadang-kadang akan dapat panggilan mengejut daripada abah. 

Sebagai mukadimah abah akan ingatkan supaya dengar elok-elok dan tak sedih, memang suspens teruk. Lepas tu baru abah akan beritahu, “Grey dah mati, dia sakit tua. Terlantar dekat bilik air”.

Bukan aku seorang je abah telefon, semua adik beradik perempuan akan terima berita yang sama. Kelakar pun ada tapi dalam masa yang sama sedih sebab kucing kesayangan mati. 

Bukan setakat hal kucing je, macam-macam lagi la abah akan update.

Banyak juga perangai arwah abah turun dekat aku. Aku suka silat, arwah abah Guru Silat. Dulu selalu turun gelanggang bila anak buah minta abah rasmikan pembukaan gelanggang. 

Rupa paras pun banyak aku mengikut arwah. 

Kening tebal, bibir tebal dan aku garang macam abah. Rindunya dekat abah. Semoga abah dikurniakan syurga tanpa hisab. Aamiin.

Terima kasih abah. Segala jasa, keringat, tenaga, kasih sayang, teguran yang abah curah kepada keluarga akan dibalas oleh Tuhan. Moga satu hari nanti kita bakal berkumpul juga.


Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)