10 Jenis Durian Popular Di Malaysia, Peminat Durian Mesti Kenal

Rodiah Amir
1
Sana sini meriah dah ramai mula jual buah durian, buat peminat durian macam aku memang asyik terliur je bila nampak buah durian tepi jalan. Setakat ni dah tiga kali suami beli. Alhamdulillah rezeki, setakat ni beli semua ok. 

Masa awal-awal musim durian bulan lepas memang terasa juga mahalnya, tapi sekarang oleh sebab banyak persaingan jadi peniaga dah mula turunkan harga.

10 Jenis Durian Popular Di Malaysia

Minggu lepas aku balik kampung di Pahang dan tak lepaskan peluang tapau buah durian bawa balik ke KL. Semestinya harga lebih murah berbanding dekat sini. Apa yang best, rezeki kami merasa buah durian D2. 

Jujurnya aku tak pernah tahu pun durian tu wujud. Adik yang jual tu kata Durian D2 susah nak jumpa dan harga dia RM20 sekilo.




Teringat makan dessert Mochi Durian Sedap di Sushi King

Weh memang ternyata sedap gila. Walaupun peminat durian tapi aku kurang gemar Musang King, tak suka kalau durian yang rasa dia pahit. D2 ni tak pahit tapi lemak manis, biji dia halus je. 

Puas la makan sebab satu biji tu isi dia agak banyak. Aku beli 3 biji besar puas hati makan pada harga RM109. Bagi aku okeh sangat dah harga dia tu. 



Masa nak beli buah durian dengan adik ni pun ada cerita sebenarnya. Masa tu adik ni buka meja sebaris dengan penjual durian yang lain, ada tiga orang masa tu. 

Dari segi kebersihan, kekemasan semua lebih kurang je tapi Allah buka kan pintu hati aku untuk beli dari adik ni. Salah satu sebab ialah dia tolong mak ayah dia berniaga.

Adik tu perempuan, muda lagi lepasan SPM kalau tak silap aku. Aku tersentuh nak beli sebab dia tak kekok nak berniaga, perasan juga ayah dia senyap je tapi bukan sombong. Jenis orang yang lurus, fokus buat kerja. Susah la aku nak explain tapi aku terharu la. Mak dia pun senyum setiap masa.

Macam menyimpang dah cerita durian kan? Ahaks. Moral dia ialah aku nak kongsi yang adik tu tak kisah dia datang dari keluarga meniaga yang cari rezeki dengan berjual di tepi jalan. Remaja sekarang (bukan semua) agak memilih kalau nak tolong keluarga.

Nak makan cendol durian meriah boleh ke Cendol Durian Runtuh Starparc Point 

Jenis-Jenis Durian di Malaysia Yang Popular, Hantu Durian Mesti Kenal!

Nak beli durian yang elok pun kena pandai pilih. Tak susah pun sebab dah ramai berkongsi tips piluh buah durian yang elok. Aku pernah kongsi tips piluh buah durian juga. Almaklumlah sebagai peminat durian, dan bila kerap beli selalu juga jadi mangsa penipuan. 

Sah-sah buah kurang elok tapi penjual tak jujur juga. Korang boleh baca tips dekat sini:

Tips Beli Buah Durian Yang Baik

Durian D200 ( Duri Hitam / Black Thorn) 
Durian D168 (IOI / Mas Muar) 



Durian D160 ( Musang King / Raja Kunyit)
Durian D175 ( Udang Merah / Ang Hee)



Durian D160 ( Musang Queen / Tekka)
Durian D158 ( Tangkai Panjang / Kan Yau)


Durian D13 ( Golden Bun )
Durian D24


 *gambar credit kepada FAMA

Durian Pilihan Aku Semestinya Udang Merah


Kalau ikut anak tekak aku, Udang Merah paling sedap, ini aku tak pernah rasa Black Thorn lagi tau. Kita kecualikan dia lah. Musang King aku tak berapa berkenan sebab ada rasa pahit. Pendek kata kalau durian tu ada rasa pahit dia tak akan masuk favourite list aku. Sorry durian Pahit. 

Kalau beli aku akan cari Durian Udang Merah, Durian Tembaga, Durian Kawen, IOI dan ikut apa yang ada dekat gerai. Biasanya kami akan minta pendapat penjual. 

Selalu doa dapat penjual yang pembersih, tak hisap rokok, jujur dan peramah. Rasanya dah meriah sana sini orang jual durian, makan memang seronok tapi kena ingat dan jaga kesihatan ya. 


Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Biasa makan durian kawen dengan IOI tu jer. yang lain tak pernah merasa lagi

    BalasPadam
Catat Ulasan