Rawatan Fotona Lasers di Toscana Medi Clinic Pakar Perubatan Kecantikan

Beberapa hari lepas aku berpeluang ke Toscana Medi Clinic (TMC) yang terletak di Publika, Hartamas untuk mengetahui tentang rawatan kecantikan menggunakan mesin Fotona Laser yang tengah trending sekarang ni. Pengalaman pertama aku ke sini dan serius aku jatuh cinta. Mana tidaknya, lepas tengok hasil demonstrasi menggunakan mesin Fotona memang aku teruja nak cuba rawatan yang ada di TMC.

Kalau nak tahu jenama Fotona merupakan salah satu pemaju sistem laser berteknologi tinggi yang paling berpengalaman, diiktiraf reka bentuk, pembuatan, dan sokongan sistem laser yang digunakan dalam bidang perubatan (estetika, pembedahan, ginekologi), pergigian, industri & pertahanan).

Aku teruja nak cantik sebab rawatan menggunakan Fotona laser diakui berkesan dan tidak menyakitkan. Woah. Aku tengok dengan mata sendiri perubahan sebelum dan selepas rawatan memang kagum weh.




Semasa sesi penerangan dan soal jawab bersama Dr. Lashela Dharmadass MD (UGM) Dip Fam Med (AFPM) Dip Aes Med (AS); Aesthetic Practitioner & Director of Toscana Medi Clinic & Toscana Beauty & MediSpa, menegaskan “beauty is not only by its outer look, but also by having a healthy body and healthy life”. Nak cantik kena lah seimbang, buat rawatan dan juga jaga kesihatan.

Doktor juga kongsikan ramai pelanggan klinik beliau adalah dari kaum Adam. Doktor Lashela mempunyai 8 tahun pengalaman bidang perubatan dan pengetahuan meluas terutama melibatkan botox, fillers, threadlifts, laser, dermatology & wellness. 

Senarai Rawatan Kecantikan Fotona Laser Di TMC

  • Laser & Acne (Acne Scar Treatment)
  • Skin Resurfacing
  • Skin Rejuvenation
  • Scar Revision
  • Wrinkle Reduction
  • Skin Tightening
  • Laser Hair Removal
  • Veins & Broken
  • Capillaries Removal
  • Stretch Marks Reduction
  • Snoring & Sleep Apnea Treatment
  • Laser Vaginal Tightening
  • Stress Urinary Incontinence

Kaedah Rawatan Fotona Laser

Sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang rawatan Kecantikan yang menggunakan mesin Fotona laser, mari aku terangkan lebih sikit tentang kaedah rawatan Fotona laser. Untuk pengetahuan, Fotona mengeluarkan sistem laser estetik multi-aplikasi yang paling maju (SP Dynamis) dan laser suis Q tenaga nadi tunggal tertinggi di pasaran estetik (StarWalker).

Fotona merupakan pengeluar pertama yang memperkenalkan dua gelombang laser pelengkap (Er: YAG dan Nd: YAG) dalam satu sistem (Skinlight, 1994). Dengan gabungan dua gelombang laser dalam satu rawatan membolehkan penghasilan klinikal yang unggul.

Fotona merupakan penyelesaian pelbagai rawatan estetik, termasuk penyegaran semula kulit & peremajaan, luka urat dan vaskular, luka berpigmen & penyingkiran tatu, pengurangan rambut kekal, dan banyak lagi.



Nd: YAG Laser - Untuk Rawatan Kulit Lebih Dalam

Nd: YAG sinar laser menembusi kulit yang lebih dalam secara selektif menumpukan kepada struktur kulit yang paling dalam seperti urat dalam dan folikel rambut. Tenaga termal laser memanaskannya ke titik di mana kesan yang diinginkan dicapai.

Dengan teknologi Q-switched Fotona, tidak panas, cahaya laser diubah menjadi gelombang fotoakustik yang secara mekanikal memecah zarah-zarah yang tidak diingini, seperti pigmen, sehingga sistem kekebalan tubuh sendiri dapat menghilangkannya.

Er: YAG Laser - Untuk Rawatan Lapisan Kulit Paling Atas

Er: YAG mensasarkan lapisan kulit paling atas, yang memungkinkan pelepasan lapisan demi lapisan mikron yang sangat tepat dari epidermis. Tenaga laser diserap oleh kandungan air dalam sel kulit dan tisu dapat diuapkan. Ini menyebabkan kulit yang dirawat mengecut, merangsang pengeluaran kolagen baru di dermis. Hasil keseluruhannya ialah kulit baru terbentuk lebih halus dan lebih anjal.

Painless Permanent Hair Reduction

Antara salah satu demo yang sempat doktor tunjukkan ialah rawatan Fotona Hair Reduction iaitu membuang bulu-bulu yang tidak diingini di seluruh badan. Memang ada mereka yang mempunyai hormon berlebihan mengakibatkan bulu tumbuh dengan lebat termasuk bahagian muka, ketiak, kaki, private area dan tangan.


Fotona hair reduction merupakan rawatan yang tepat untuk penyelesaian jangka panjang dan tidak menyakitkan. Rawatan Hair reduction ni sesuai untuk semua jenis kulit dan untuk lelaki dan perempuan. Penyelesaian terbaik untuk korang yang dah bosan mencukur bulu dan nak cerahkan bahagian kulit yang menjadi gelap akibat mencukur.

Teknologi Fotona 4D Facelift

Rawatan Fotona 4D Facelift adalah rawatan yang tidak melibatkan pembedahan dan berfungsi meremajakan kulit serta sangat baik untuk membantu kulit untuk:

~ Merangsang penghasilan kolagen
~ Memulihkan fibroblas dalam struktur kulit.
~ Menganjalkan Kulit
~ Mengurangkan kedutan nasolabial dan lain-lain




Terapi NightLase® Untuk Merawat Dengkur

Bila doktor sebut tentang masalah dengkur yang boleh menyebabkan kematian mengejut semasa tidur terus rasa cuak. Aku perasan diri sendiri akan berdengkur bila badan terlalu penat atau salah kedudukan masa tidur.

Terapi NightLase® Fotona adalah rawatan laser yang mesra pesakit untuk meningkatkan kualiti tidur pesakit. NightLase mengurangkan kesan apnea tidur dan mengurangkan amplitud berdengkur. Apa yang berlaku semasa rawatan ialah, laser akan mengecutkan kolagen pada tisu mukosa di dalam mulut. Cukup lembut untuk digunakan pada tisu sensitif di dalam mulut, tetapi cukup kuat untuk memberikan pemanasan yang efektif secara klinikal. Ianya ringkas, selamat dan berkesan.



Fotona TightSculpting Rawatan Untuk Lemak Degil

Aku paling tertarik dengan rawatan Fotona TightSculpting sebab aku rasa menyampah dengan lemak yang memang degil nak arwah yang payah nak pergi dari pinggang aku. ahaks. Kalau korang juga mempunyai lemak degil dan dah bosan ianya tak mahu hilang maka boleh cuba rawatan TightSculpting ini.

Perasan kan kalau rancangan turunkan berat badan, bila badan kurus tapi kulit lebihan jadi menggeleber (faham tak apa tu) pendek kata lebihan kulit la sebab badan dah mengecut. Dengan TightSculpting, kepanasan yang lembut bukan sahaja dapat mengurangkan lemak, tetapi juga meningkatkan keanjalan kulit, semuanya tanpa pembedahan atau suntikan! Jadi tak akan timbul masalah lebihan kulit.

Selain daripada rawatan kecantikan luaran, TMC juga membantu wanita yang menghadapi masalah berkaitan Vagina, rahim dan yang berkaitan. Boleh cuba rawatan Vaginal Tightening Laser dan banyak lagi. Apa yang penting jangan malu nak mengaku dan dapatkan rawatan.

Promosi Menarik Toscana Medi Clinic Dan Toscana Beauty & MediSpa

Sekarang sedang berlangsung promosi yang berbaloi untuk korang grab sepanjang bulan Julai dan juga Ogos di Toscana Medi Clinic Dan Toscana Beauty & MediSpa. Nak kelihatan cantik sebelum Raya Haji sila hubungi no yang aku sediakan di bawah. Memang berbaloi dengan harga yang dibayar. Nak tahu promosi terbaru dan info-info lain boleh tengok media sosial TMC okeh.



Toscana Medi Clinic
No 01 & 02, Level G4,
Block D5, Jalan Dutamas 1,
Solaris Dutamas (Publika),
50480 Kuala Lumpur

Klinik Buka: Isnin – Sabtu (10:00 pagi hingga 7 malam)


3 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Komen

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Lebih baharu Lebih lama