Cara Dapatkan Bantuan Keganasan Rumah Tangga

Rodiah Amir
Semakin menjadi-jadi pula kes keganasan rumah tangga semenjak dua menjak ni. Ramai tertekan dengan keadaan ekonomi dan masing-masing gagal nak kawal emosi. 

Terperanjat bila terbaca berita tentang selebriti Youtuber masakan Malaysia yang terkenal juga menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Mungkin bagi dia itu hanya perselisihan faham dalam perkahwinan sebab khabarnya laporan polis terhadap suami dia telah pun ditarik balik. Kita doakan yang terbaik sahaja. 

Cara Dapatkan Bantuan Keganasan Rumah Tangga

Pagi ini aku terbaca lagi, tentang keganasan rumah tangga melalui status Facebook Uncle Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) yang sangat aktif dalam melakukan kerja amal.




Seperti biasa, wanita dipukul suami dan lebih perit disaksikan oleh anak-anak. Setelah lebih 14 tahun bertahan dipukul suami dan mendatangkan kecederaan kepada diri akhirnya wanita ini lari bersama empat orang anaknya.


Hancur luluh aku baca kisah macam ni. Wanita terbabit dibelasah sehingga pipi pecah sehingga perlu di jahit dan kaki kanan patah. Anak-anak juga jadi mangsa dan dipukul. Bayangkan kudrat orang lelaki memukul wanita dan anak kecil. Kejam betul manusia.

Kalau ikut perkongsian Uncle Kentang, lelaki tu sudah ditangkap polis. Masa aku menaip ni darah aku naik sampai ke kepala, aku ketap gigi rapat-rapat. Aku doakan Tuhan saja beri hukuman kepada lelaki tiada otak tu.





Bagaimanakah Caranya Untuk Melaporkan Kes Keganasan Rumahtangga?

Aku kongsikan cara untuk dapatkan bantuan bagi mangsa keganasan rumah tangga. Kalau bukan korang atau korang kenal sesiapa sahaja yang menjadi mangsa tolonglah mereka. Sebarkan maklumat kepada yang memerlukan. Jasa baik korang hanya Tuhan je dapat membalasnya.

Mangsa keganasan rumahtangga boleh melaporkan kejadian keganasan terhadapnya ke: Boleh juga rujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat

  • Balai Polis yang berhampiran atau pengaduan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan yang berhampiran. 
  • Menghubungi Talian Kasih 15999
  • Merujuk terus ke hospital yang berhampiran sekiranya dicederakan


Contoh-contoh Keganasan Rumah tangga perlu korang tahu:

  1. Sengaja / cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan
  2. Mencederakan secara fizikal
  3. Memaksa / mengancam melakukan perbuatan seksual
  4. Mengurung / menahan tanpa kerelaan
  5. Khianat / merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan / kegusaran.



Kebanyakkan kisah yang aku jumpa dan banyak ditayangkan dalam drama ialah apabila pasangan terlalu sayang dan takut untuk bertindak. Wanita biasanya lembut hati dan beri peluang dengan harapan agar suami akan berubah satu hari nanti.

Hari berganti minggu, bulan bertukar tahun tapi perangai baran suami masih sama. Ada yang nekad, terus ambil keputusan untuk hentikan keganasan yang berlaku, tapi ada juga yang ambil masa untuk kumpul keberanian.

Walau apa jua keputusan aku doakan supaya urusan mereka yang di uji ni dipermudahkan. Sesetengah wanita bertahan kerana dalam otak dia mengimpikan keluarga yang bahagia dan sempurna. 

Bertahan juga kerana tak mahu anak hidup tanpa kasih sayang seorang bapa, ada juga yang malu kalau bergelar janda dan ada juga yang tak mahu digelar isteri derhaka.

Apa jua alasan, apa jua tindakan banyakkan berdoa, minta nasihat dan bantuan. Langkah pertama adalah rujuk kepada keluarga terdekat. Kadang kita tak nampak apa yang di depan mata jadi keluarga lah yang akan bantu kita. Kalau segan boleh juga rujuk ke pejabat agama.

Tags