Sambut Raya PKP 3.0 Norma Baru 2021

Rodiah Amir
Tahun kedua beraya di rumah sendiri dan tak dapat cium tangan mak di pagi Raya. Sedih tu memang sedih, tapi bila fikir kita ada potensi jadi penyebar Covid19 jadi kita redha beraya di rumah sendiri. Alhamdulillah Raya kami anak beranak masih meriah.

Anak-anak paling teruja nak sambut Raya. Walaupun beza sangat Raya dengan tahun-tahun sebelum ni, aku bersyukur Raya kami masih cukup segalanya.

Sambut Raya PKP 3.0 Norma Baru 2021

Persediaan tahun ni sambut Raya pun boleh tahan sibuknya. Sengaja aku penatkan diri supaya tak terasa sangat rindu dekat mak.

Kenangan Raya Tahun 2020 - First tak balik beraya di kampung

Oleh sebab SOP Raya tak dibenarkan menziarah, tak boleh keluar walaupun ke kubur, Jemaah solat Raya pon 50 orang di KL jadi memang kami memerap di rumah sajalah.

Terbayang kalau didenda, kena bayar RM 5,000 seorang. Hoi baik aku simpan duit tu beli emas.




Persediaan Nak Sambut Raya

Pertama kali kami cat rumah sejak kami tinggal di rumah sekarang. Lima tahun sudah, waktu awal-awal pindah kami kurang berkenan dengan cat warna pilihan tuan rumah jadi kami pasang wallpaper kegemaran.

Ruang tamu dan bilik semua kami pasang wallpaper. Jadi tahun ni kami sepakat cat rumah dengan warna biru. Warna pilihan ialah Industry Blue – Jotun.  Memang tepat pilihan sebab terasa aman je hidup.

In Sha Allah bab cat rumah aku buat entry khas kemudian.

Selain cat kami sempat shopping tukar langsir, tahun ni semua kuih raya adalah kuih tunjuk. Mood nak buat biskut hilang. Sehari sebelum puasa sempat ajak suami beli lantai vinyl dekat kedai Eco. Pasang pun last minute dan aku puas hati.

Pasang pun di bahagian dapur sahaja sebab aku bosan dengan lantai sedia ada. Berjuta-juta lemon terima kasih untuk suami sebab dia sanggup melayan.

Selain tu aku masak menu di pagi Raya ialah Resepi kuah kacang Azlina Ina, Rendang daging Faiza, beli ketupat palas dan rebus nasi impit plastik aiskrim.




Rutin Raya PKP 3.0 di Google Meeting

Dua hari sebelum habis puasa, kakak aku cadangkan untuk buat Google Meet dia pagi Raya. Masa malam raya di kala orang sibuk masak rendang aku pula sibuk buat rehearsal call semua adik beradik.

Seperti biasa, aku biasanya dilantik untuk handle perkara-perkara begini. Hampir tiga jam aku bantu anak saudara di kampung sebab ada masalah dengan Chrome. Microfont automatic turn off bila buat gmeet.

Terpaling penting anak saudara kat kampung sebab mak ada kat kampung. Nak buat gmeet di telefon tak syok sebab tak nampak semua orang dalam satu screen.  

Acara dimulakan dengan sesi bermaafan dan ucapan anak-anak yang beraya di perantauan. Sepuluh orang adik beradik jadi memang lama lah, termasuklah menantu juga buat permohonan maaf. Belum campur anak cucu tak sabar nak menyampuk nak bercakap.

Riuh weh.




Alhamdulillah all went well. Paling kelakar, semua ayat sama je.

“Mak..nak balik kampung. Nak cium mak, nak sambut Raya dengan mak”

Disulami dengan teriakan. Banjir weh banjir.

Mak macam biasa, tahan sedih. Tahan air mata tak bagi keluar. Syukur sangat ada keluarga abang yang jaga mak dekat kampung. Atleast mak tak sorang-sorang.

Lepas habis sesi gmeet, tutup laptop dan makan juadah raya. Sambil tengok TV. Walaupun mood lari teruk tapi hati anak-anak kena jaga.




Sambung sesi bermaafan dengan suami dan anak-anak. Sebelah malam pula acara pemberian duit Raya untuk anak-anak.

Itu sahaja cerita Raya 2021 kami sekeluarga. Saja coretkan dekat blog supaya boleh baca di lain masa. Masa yang lepas memang kita tak dapat nak ulang semula.

Selamat Hari Raya semua.

Tags