Resepi Rendang Daging Guna Perencah Rendang Faiza

Menu wajib setiap kali raya tak lain tak bukan ialah rendang. Kalau dekat kampung, mak mesti akan masak rendang ikut selera anak-anak. Biasanya, kami akan masak rendang ayam pencen ala Negeri Sembilan warna kuning dan lagi satu rendang daging berwarna oren coklat pekat.

Tahun ni tahun kedua beraya di rumah sendiri jadi rendang pun kena lah buat sendiri. Ayam pencen habis stok jadi suami request rendang daging.

 


Rasa rendang yang aku masak berbeza-beza kejadian dia mengikut perencah rendang yang aku guna tapi tak lari jauh rasa dan masih sedap di tekak suami dan anak-anak.  

Untuk resepi rendang daging kali ni aku guna perencah rendang daging jenama Faiza. Puas hati betul sebab perencah dia tak pedas jadi mudah la aku nak adjust tahap kepedasan dia.

Rendang sedap dimakan dengan Nasi Impit - Resepi Nasi Impit Segera Guna Plastik Aiskrim




Resepi Rendang Daging Faiza

 

1 kilo daging dipotong kecil. Masak dalam pressure cooker untuk lembutkan daging.

1 kotak kecil santan

3 batang serai*

4 biji bawang merah*

4 ulas bawang putih*

Halia 1 inci*

Lengkuas ½ inci*

3 helai daun limau purut. buang urat tengah dan koyakkan

2 helai daun kunyit – dihiris

1 keping asam keping

3 sudu makan cili kering kisar - mengikut kepedasan yang dikehendaki

2 paket kecil SERBUK REMPAH RENDANG FAIZA

2 sudu besar Kerisik

1 ketul kecil gula kabung – dihiris nipis supaya mudah cair

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Bahan bertanda* di kisar

 




Cara Memasak Rendang Daging

Tumis bahan penumis dan bahan bertanda* yang telah dikisar hingga naik bau.

Mak selalu pesan, tumis kena cukup minyak dan betul-betul garing supaya rendang tahan lama dan lebih sedap.

Masukkan serbuk Rempah Rendang Faiza dan sedikit air.

Masukkan cili kering kisar.

Masak lagi hingga pecah minyak.  

Masukkan daging. Biar menggelegak.

Masukkan santan dan masak dengan api perlahan sehingga agak kering

Akhir sekali, masukkan kerisik, gula, garam dan asam keping.

Jangan lupa taburkan daun limau purut serta daun kunyit.

Siap untuk dihidang.



Kalau dulu nak masak rendang merupakan satu tugas besar dan hanya emak sahajalah harapan kami adik beradik. Aku dulu selalu fikir nak masak rendang kena ada kemahiran memasak aras tinggi. Tetapi rupa-rupanya tidaklah terlalu susah. 

Kenangan Hari Raya 2021

Bagi aku, syarat dapatkan rendang yang sedap selain daripada cukup bahan-bahan dia ialah kena tumis bahan-bahan dalam tempoh yang lama. Biar pecah minyak orang kata. Selebihnya kita adjust mana yang boleh. 

Jadi kepada yang baru berjinak nak masak rendang janganlah takut. Selamat mencuba. 

2 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. wahh mudahnyaa nampak.. saya x pernah jumpa lagi rencah tu..
    menarik ni boleh cuba. jimat masa sikit hehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Terbaru Lebih lama