Ad Code

Cara Daftar Affiliate TikTok, Jual Produk Tanpa Modal

Tahu tak korang boleh menjana pendapatan sampingan dengan menjadi affiliate di TikTok. Kalau dulu, TikTok dikenali sebagai platform tempat orang berhibur dan mempamerkan bakat tetapi sekarang korang dah boleh berniaga seterusnya menjana pendapatan.

TikTok memperkenalkan feature terbaru iaitu TikTok Shop, platform terbaik untuk pengguna membeli pelbagai barangan, di samping turut memberikan lebih banyak peluang kepada peniaga untuk membuat pengiklanan serta menjana trafik.


Cara Daftar Affiliate TikTok, Jual Produk Tanpa Modal

Tak kisah lah korang seorang peniaga mahupun content creator, korang kena rebut peluang buat duit dengan TikTok ni. Siapa cepat dia untung. Ayuh tengok cara mudah untuk daftar affiliate TikTok. 

 

Cara-Daftar-Affiliate-TikTok



Cara Daftar TikTok Affiliate Program

Untuk content creator pula, TikTok menawarkan TikTok Affiliate Program. Jadi tak timbul isu tiada produk hendak dijual. Lagi seronok sebab tak perlu modal.

Dalam bahasa mudah untuk difahami, affiliate program adalah apabila korang mempromosikan sesuatu produk atau pun servis dan korang dapat komisen daripada produk dan servis yang korang jual.

Jom aku tunjuk cara untuk daftar menjadi Affiliate di Tiktok:

1. Login aplikasi TikTok

2. Pergi ke Tab Profile (icon orang)

3. Klik Menu (icon burger) di bahagian kanan atas dan pilih creator tools

4. Klik TikTok shop

5. Tekan Apply dan jika berjaya korang boleh tengok tab baru ditambah (icon shop)


Buat-duit-Affiliate-tiktok


Syarat untuk menjadi TikTok Affiliate products adalah anda mesti mempunyai 1000 orang pengikut dan berumur 18 tahun ke atas.

Tahniah anda boleh mula menjual dan menjana pendapatan.

Klik ‘start earning’

Sebelum menjual, kena set up account untuk terima komisen dan kemudian boleh lah mula promote.

Orang Business Kena Guna Platform Tiktok |    Cara mudah buat duit dengan TikTok |


Cara Masukkan Produk Ke TikTok Shop (Affiliate)

1. Untuk masukkan dan promote poduk ke dalam TikTok Shop, klik “add products” pilih produk yang korang nak promot.

2. Boleh semak jumlah komisen jika berjaya jual dan syarat-syarat penjual tetapkan (jika ada).

3. Selain tu, ada juga penjual yang tawarkan “free sample”. Untuk dapatkan free sample, Klik ‘Request’ – isi maklumat diperlukan dan tekan submit.


Cara-Masukkan-Produk-TikTok-Shop-(Affiliate)


4. Tunggu pengesahan dari penjual dan kena patuhi syarat korang kena buat video dan promot sample yang akan di hantar kepada korang dalam tempoh yang diberi.

Request details:

  • Awaiting Approval (Seller will respond in 3 days)
  • Request approved by seller
  • Shipping sample 
  • Video or Live posted

Agreement-Affiliate-TikTok-Shop


Untuk pastikan orang nak beli produk tu kena lah hasilkan video yang menarik. Selamat mencuba.

 

Post Navi

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. lamberrt lagi blh buat affiliate..followers xsampai 300 lagi..haha

    BalasPadam

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.