Buah Tangan Umrah Dari Mekah

Adik Diah selamat pulang ke tanah air selepas mengerjakan umrah bulan lepas. Rezeki adik dapat pergi satu keluarga. Rasa seronok dan berdoa juga lepas ni giliran Diah dan keluarga pula ke Tanah Suci. InshaAllah.

Rezeki sungguh dapat pula merasa buah tangan dari sana. Sedap-sedap coklat yang adik beri. Dah ada yang masuk dalam cart Shopee nak beli lepas ni.

Buah_Tangan_Umrah_Dari_Mekah

Adik hadiahkan coklat, sejadah, fridge magnet dan patung unta untuk si adik dan kakak. Comel dan ada bunyi. Kena tekan perut unta nanti keluar bacaan Talbiah.

Buah_Tangan_Umrah_fridge_magnet


Belgium chocolate choco stiks tu tolong lah cari dekat Shopee sedap betul ya. Dekat dalam pistachio cair dan rasa dia tak manis sangat. 

Dubai chocolate tu ikut tekak Diah biasa-biasa saja. 

Buah_Tangan_Umrah_coklat_dubai

Labbaik Allahumma Labbaik ialah bacaan Talbiah yang dilafazkan oleh umat Islam ketika mengerjakan ibadah Haji atau Umrah selepas berniat ihram.

Buah_Tangan_Umrah_patung_unta

Buah_Tangan_Umrah_sejadah_mini


Semoga murah rezeki untuk adik yang bersedekah.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.