Bloglist Jemputan Sempena Ulang Tahun Kelahiran

Alhamdulillah masih diberi pinjaman untuk hidup. Dah lepas pun tarikh ulang tahun kelahiran diri sendiri iaitu pada 13 November lepas.

Baru hari ni berkesempatan menulis sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan. Lain betul perasaan menyambut ulang tahun kelahiran selepas usia cecah 40 an.

Kalau dulu teruja nak ajak suami celebrate dan keluar makan dengan anak-anak tapi sebab situasi si abang di asrama jadi segala sambutan tu kena hold dulu.

Rasa tak seronok nak makan-makan tanpa dia. Minggu ni giliran dia pulang bermalam (PB). Tengok la macam mana. Keterujaan lebih kepada nak beli kopi dan masuk kedai buku.

Tadi sempat baca semula entri blog dari tahun 2011. Tahun aku mengandung sehingga la yang terkini. Semua simpan jadi kenangan. Syukur tiada yang mengarut aku tulis.

Aku perasan juga blog nampak kosong jadi nak meriahkan blog nak letak widget – bloglist 2027 untuk tahun akan datang.

Jadi aku nak jemput semua yang masih aktif menulis dan sudi masuk dalam senarai bloglist boleh komen dalam entri ni. Tak perlu buat entri di blog masing-masing.

Niat 2027 nak cuba banyak kan masa berkongsi di blog. InshaAllah.

blog_list


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.