Gtgamez Racing Gaming Chair Red Bull Review

Bersyukur sangat akhirnya kerusi GTGamez Racing Gaming Chair Red Bull yang aku beli dari Shopee sudah pun selamat sampai. Maklumlah sekarang tengah kecoh tentang parcel sangkut dan courier bermasalah. 

Risau pula aku menjadi mangsa. Elok je dia sampai minggu lepas, terus aku suruh suami aku unboxing dan pasang. 


GTGamez Racing Gaming Chair Red Bull Review

Kalau harapkan aku pasang kerusi ni maksudnya tunggu tahun depan baru boleh guna. Tak kuasa nak peningkan kepala kita suruh suami je yang cantumkan.


Aku beli GTGamez Racing Gaming Chair Red Bull iaitu Gaming Chair  GTGamez paling murah aku jumpa di Shopee. Selain Red Bull, ada Red Phoenix, Blue Shark dan 4D Black tapi harga lebih mahal. 

Ada warna merah, Biru, Hitam dan ada warna Pink. Harga asal ialah RM 799 dan selepas diskaun hanya perlu bayar sebanyak RM 199.  

Aku beli dekat Shopee je

Berdasarkan review di Shopee, kedai ni tiada masalah barang rosak bila post, delivery sedang elok dan dapat high rating dari pelanggan.




Berbalik kepada GTGamez Gaming Chair, aku beli dengan niat nak hadiahkan kepada suami sebab dia agak kerap Work from Home (WFH) di waktu PKP ni. 

Tapi kenapa perlu Gaming Chair? Beli sajalah kerusi office yang biasa tu. Sebenarnya tiada alasan kukuh pun. Saja pilih Gaming Chair sebab nampak menarik gila walaupun kami suami isteri bukan kaki game. Kebanyakkan review pun kata best. 


Review GTGamez Racing Gaming Chair Shopee

Selepas seminggu aku guna kerusi ni baru berani nak buat review dan serius aku tak menyesal ya beli. Kalau tahu beli dua terus sebab sekarang semua kedai dalam Shopee termasuk Lazada dah sold out. Sedih.

Review yang aku kongsi di sini bukanlah dari pandangan sebagai seorang kaki game ya, jadi kalau tak meet kau orang punya expectation aku minta maaf.




Bila aku beli kerusi ni aku harapkan bila duduk dalam tempoh yang lama punggung aku tak sakit, selesa, dan tulang belakang aku terjaga. 

Perkara selalu jadi bila aku duduk agak lama guna kerusi office yang aku beli di IKEA tu, seat dia bagai mencucuk-cucuk punggung, lepas tu posture badan memang akan lari teruk. 

Bengkok okey tulang belakang. Bersyukur betul, lepas hampir seminggu guna GTGamez Racing Gaming Chair ni sangat-sangat memenuhi keperluan aku. 

Gaming Chair ni besar dan sesuai sangat bila digunakan dalam tempoh yang lama.


Ciri-Ciri Selesa Gaming Chair

Gaming Chair ni boleh kita tegak kan pada 90 darjah sehingga 150 darjah ikut keselesaan dan kemudian boleh kunci supaya tak bergerak. 

Material dia adalah leather, grade leather yang mana aku tak pasti cuma taklah panas bila duduk lama. Gaming Chair ni boleh tahan tegap untuk mereka yang beratnya 80 kilogram ke bawah. 

Pemegang tangan dia pon selesa je. Material dia adalah leather dan sebab utama aku beli adalah harga dia bawah bajet yang aku tetapkan.

Jadi nasihat aku untuk kau orang yang nak beli Gaming Chair, identify dulu apa keperluan nak beli, berapa bajet, baca review dari Google dan review shop dekat Shopee. 

Atleast dapat bayangkan apa yang kau orang dapat. Ikutkan hati aku nak beli dekat kedai tapi malangnya dekat kedai harga terlalu mahal pula. 

Terpaksa la tunggu tabung penuh. Jadi tangguh niat tu sehingga tahun 2021 baru beli itupun secara online. Ada hikmah juga PKP ni kan, jimat duit aku.


Update: Setelah 6 bulan guna kerusi gaming ni dia masih ok cuma aku jadi bosan. Kualiti sedang-sedang. Kalau korang ada budget lebih sila lah beli yang lebih mahal. Aku target nak beli kerusi IKEA pula lepas ni. 

Selamat Hari Lahir - AIRIS SAFIYA

Ya ampun lambat betul aku kongsi tentang sambutan hari lahir si budak kecil yang banyak cakap dan perangai semakin meriah tak lain tak bukan Airis Safiya. 

Selamat hari lahir yang ke tiga tahun. Lah dah masuk tiga tahun kamu ye anak. Beberapa minggu sebelum tarikh hari lahir dia iaitu 22 Januari aku dan suami memang dah siap explain yang dia dah nak cecah umur tiga tahun. 

Aku selalu slow talk dengan dia, tak boleh memberontak kalau tak dapat apa dia nak. Kena cakap tolong kalau nak minta abang dia ambilkan barang.

Selamat Hari Lahir - AIRIS SAFIYA

Macam baru semalam je lahirkan anak ke tiga ni. 

Yes of cos dia tak faham sangat, well tiga tahun apa lah nak expect kan. Tapi dia faham ya apa itu “birthday” “Hari Jadi”. Siap minta kek Frozen, kek lain tak nak. Ni semua pengaruh kakak suka kartun Princess sampai jangkit dekat adik.




Survey Kek Hari Jadi - Pre order Birthday Cake

Plan asal suami nak belikan kek yang pre order bertemakan kartun Frozen which is aku rasa macam membazir sebab bukan ramai pun dalam rumah ni penggemar kek fondant / cream. Kalau beli kek Butter tu laju la habis.

Tapi sebab malas bertekak aku pun survey baker area KL dan available untuk delivery. Musim PKP ni malas nak keluar rumah. Sempatlah survey beberapa IG shop dan bila kongsi harga dan kos-kos lain dengan suami, terperanjat dia.

Aku tak salahkan baker pun, bagi aku standard la dia caj sebab design kita minta ikut suka then guna barang berkualiti memang agak mahal la harga kek lepas siap. Orang lelaki jarang sangat beli kek, kebiasaan isteri lah yang setelkan.

Kek Tema Ikan Duyung 


Kek Hari Jadi Jiha Secret Bake (Jiha Bakery)

Masa survey kek di IG, banyak juga kek cantik menarik hati. Kebanyakkan kek ‘ready-made’ design dan juga harga lebih kurang je, sebab rambang mata aku pun whatsapp lah mereka. 

Rupa-rupanya ada antara mereka yang jadi agent, patutlah promote kek yang sama. Lepas habis study kedai kek dekat IG aku buat carian dekat Google. 

Dalam banyak-banyak kedai kek, Jiha Bakery berjaya menarik minat aku nak beli. Kedai dekat dengan rumah, banyak pilihan design pun cantik, harga dia berpatutan dan kek sedap di mata dan di mulut.




Lepas deal dekat whatsapp terus petangnya aku bawa Airis walk in ke Jiha Bakery untuk pilih kek. Staff dia ramah je melayan Airis pilih kek. Sebelum tu aku berkenan nak ambil pakej Combo Big Family yang aku rasa berpatutan sangat.

Combo Big Family berharga RM 155.00

Petite Cake 5” (Boleh pilih design)

Cheese tart mix Berry 1 box (25 biji)

Creampuff Choc Caramel 1 box (25 biji)

Bouquet Cadbury 1

Free candle

Nasib tak confirm tempahan sebab aku rambang mata nak pilih kek. Lagipun kami berlima je, siapa nak habiskan Tart dan Creampuff banyak-banyak tu.

Selesai beli kek tersangkut juga beli mini Creampuff dan mini Tart sebab nak rasa. Kalau sedap boleh repeat in future untuk birthday kakak dan abang dia. Alhamdulillah kena dengan tekak. Sedap.

Chocolate B40 Ala Royce pun sedap




Perasaan gembira dapat jumpa kedai yang best dan berbaloi memang tak tergambar dengan kata-kata. Over kan aku describe, tapi serius terasa la ikhlas dia buat kek dan customer service mereka bagus.




Balik je rumah Airis dah tak sabar nak potong kek. Selesai nyanyi, ambil gambar terus terkam nak makan. Tapi sebenarnya bukan nak makan sangat. Excited nampak patung Elsa je. Alhamdulillah semua happy ending. Cuma mama la tak happy ending sangat, creampuff mama yang kena habiskan sebab yang lain tak makan sangat dessert.

Nah alamat

Jiha Bakery

60, Jalan Usahawan 7, Sri Rampai Business Park, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Instagram


Gemuk la hai.

 

Ucapan Hari lahir Untuk Airis Safiya

Buat anak ku Airis Safiya yang kini dah mencecah umur 3 tahun dengan izin Allah, mama dan Abah doakan awak semakin bijak, selamat menempuh alam kehidupan yang penuh berkah dan memperoleh kejayaan dunia dan akhirat.

Mama dan abah akan sentiasa ada untuk kamu. Selamat hari jadi sayangku. Love you to the moon and back.

 

9 Cara Hindari Sihir Mengikut Ilmu Perubatan Islam

Amalan sihir memang dah wujud sejak dari zaman Nabi lagi. Sihir ditafsirkan sebagai amalan yang mendekatkan manusia dengan syaitan dengan meminta bantuannya. 

Dalam AlQuran juga ada diceritakan tentang perihal kisah Nabi Musa AS menentang tukang sihir Firaun. 

Rujuk  Mufti Wilayah Persekutuan

Islam menolak sihir dan mengingatkan umatnya supaya memohon pertolongan dan perlindungan hanya dari Allah. 

Walaupun kita berada di zaman moden yang serba canggih dengan kemajuan sains dan teknologi tetapi masih ada lagi yang menggunakan cara yang salah untuk mendapat apa yang dihajati.


Cara Hindari Sihir Mengikut Ilmu Perubatan Islam

Bagi aku sendiri memang pernah jadi depan mata dan aku bersyukur sangat aku belum pernah rasa dan aku tak mahu kena pon. Nauzubillah. 

Minta dengan Allah lah ye berlindung diri dan ahli keluarga. Kalau nak huraikan ada banyak sihir yang wujud dan diantara jenis-jenis sihir ialah seperti:

  • Sihir meminta pertolongan Jin dengan cara penyihir meminta pertolongan jin utk menyihir musuh.
  • Sihir melalui ilusi seperti yang sering digunakan oleh ahli silap mata. Bukan semua tapi memang wujud ahli silap mata yang menggunakan sihir.
  • Sihir dalam makanan atau ubat-ubatan.
  • Sihir pukau.

 



9 Cara Menghindar Diri Dari Terkena Sihir

Perkara penting untuk menghindari diri dari terkena sihir mengikut ahli perubatan Islam adalah dengan mengenali tukang sihir itu sendiri dan asal usul kejadian sihir tersebut.

Tiba-tiba kita jatuh sakit tanpa sebab nyata walaupun dan dirawat oleh doktor, tiba-tiba terkena santau angin. Asalnya bukan ada orang nak kenakan dia pun tapi rezeki dia di uji terkena sihir. 

Ah banyak lagi lah. Aku kongsikan cara-cara untuk kita menghindari sihir yang aku dengar dalam tazkirah di radio Nasional FM.


#1 Minta Barang Peribadi

Biasanya tukang sihir akan minta bekas makanan, gambar, pakaian seperti kain, baju, sapu tangan dan lain-lain barang yang pernah dipakai oleh pesakit. 

Jangan bagi barang-barang peribadi sebarangan ya. Elak daripada mudah percaya dan menjadi mangsa.


#2 Minta Haiwan Berwarna Hitam

Salah satu perkara tanpa sedar kita bakal menjadi pesakit yang terkena sihir adalah apabila kita pergi berubat dengan ahli sihir. 

Tukang sihir akan suruh pesakit untuk bawa haiwan dengan sifat-sifat tertentu seperti berwarna hitam, atau haiwan yang mempunyai taring untuk tujuan perubatan.

Berubat untuk sembuh tu tak salah tapi jangan salah pilih ahli perubatan. Once kita dah tahu cara yang digunakan itu salah jangan teruskan ya.


#3 Tukang sihir akan sembelih haiwan yang diminta tanpa menyebut nama Allah dan mencampakkan haiwan tersebut ke tempat yang sunyi dan tiada penghuni seperti rumah lama yang ditinggalkan atau bangunan tersadai.




#4 Tukang Sihir akan memberi azimat tertentu seperti bunjut yang dijampi dan menyuruh untuk meletakkan di tempat tertentu seperti tiang seri atau empat penjuru di dalam rumah.


#5 Menjadi amalan tukang sihir menggunakan kain berbentuk segi dan didalamnya ada huruf atau nombor semasa merawat.  


#6 Setelah selesai proses rawatan, tukang sihir melarang pesakit untuk menyentuh air dalam tempoh tertentu. Sebagai contoh; pesakit tidak boleh menyentuh air selama 7 hari atau selama 40 hari. Ustaz terangkan itu adalah tanda Jin yang berkhidmat kepada tukang sihir tersebut adalah Jin Kristian.


#7 Tukang sihir juga berpesan kepada pesakit untuk mengasingkan diri di dalam bilik. Pesakit biasanya tak boleh bergaul dengan orang ramai, termasuk ahli keluarga, jiran tetangga kerana desakan daripada Jin yang berada di dalam badan pesakit.


#8 Tukang sihir menggunakan serbuk / tulisan berwarna putih dan kemudian menyuruh pesakit untuk melarutkan ke dalam air dan meminumnya.


#9 Terdapat juga situasi Tukang Sihir menyuruh pesakit untuk menanam barang di dalam tanah atau membakar atau memperasap.

 



Amalan Untuk Menghindari Gangguan Jin, Syaitan & Tukang Sihir

Selain daripada cara-cara yang aku kongsikan di atas, antara amalan untuk menghindari gangguan jin, syaitan dan juga tukang sihir ialah seperti berikut: islamituindah.com

1. Membaca Surah Al Fatihah 7 Kali setiap kali selepas solat fardu dengan niat meminta Allah membantu dan melindungi diri dari gangguan Jin & Syaitan.


2. Membaca Tiga Qul iaitu surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sebelum tidur.


3. Membaca Ayat Kursi selepas solat Subuh dan Solat Asar, sebagai pendinding diri dan juga perlindungan harta benda.


4. Membaca Surah Yasin, ayat satu hingga ayat Sembilan. Ia boleh dibaca sebagai benteng dan pendinding untuk kediaman.

 

Semoga dengan kesedaran dan juga amalan-amalan yang kita amalkan dapat menjadi benteng dan terlindung dari gangguan Jin, Syaitan & Tukang Sihir. 

Kepada Allah jua lah kita memohon perlindungan. Untuk yang di uji sesungguhnya anda adalah mereka yang terpilih. Jangan putus asa untuk sihat dan semoga terus kuat melawan gangguan.

 

Cosmoderm Perfect Balanced Series Untuk Semua Jenis Kulit

Memiliki kulit yang sihat, cantik dan berseri pastinya menjadi dambaan setiap insan. Semua itu tidak mustahil untuk dicapai sekiranya wajah dijaga dengan betul dan paling penting menggunakan produk yang selamat.

Bercakap tentang produk penjagaan yang telah diuji selamat, baru-baru ni Cosmoderm telah pun melancarkan set penjagaan kulit muka terbaru iaitu Cosmoderm Perfect Balanced Series. 



Cosmoderm Perfect Balanced Series Untuk Semua Jenis Kulit


Tak perlu susah hati lagi kerana dalam set ini lengkap dari pencuci muka, toning lotion, soothing cream, dan juga sunblock.

Apa yang istimewanya Cosmoderm Perfect Balanced series ini adalah ianya hasil gabungan dua bahan utama iaitu Calamine dan juga prebiotik. 

Set ini sesuai untuk semua jenis kulit dan mereka yang berkulit sensitif.





Sebelum ni memang dah banyak review yang aku baca tentang keberkesanan produk Cosmoderm. 

Bangga betul bila product local seperti Cosmoderm semakin mendapat tempat di hati pengguna. 

Ini kali pertama aku mencuba produk Cosmoderm dan aku suka sangat dengan warna set Perfect Balanced ni. Cantik dan ceria warna pink dia.



Kebaikkan Prebiotik & Calamine Dalam Cosmoderm Perfect Balanced Series


Benda wajib perlu diambil berat semestinya adalah kena tahu bahan-bahan yang terkandung dalam produk yang kita guna. Mencukupi dengan pengetahuan secara general okey. 

Dua bahan utama yang digunakan dalam set ini ialah prebiotik dan juga calamine.

Selalu prebiotik kita jumpa dalam minuman kultur kan? Kali ni Cosmoderm dedahkan kebaikan prebiotik untuk kulit wajah pula.





Prebiotik

Dikenali sebagai makanan untuk Bakteria Baik untuk ekosistem kulit mikro anda yang membantu, merangsang pertahanan semula jadi kulit, meningkatkan kecerahan kulit dan menyeimbangkan mikrobioma kulit.


Calamine

Berfungsi untuk merawat ekzema dengan meredakan kegatalan dan mengurangkan keradangan pada kulit, dan kerosakan dari sinaran matahari.





Step by Step Cara Guna Cosmoderm Perfect Balanced Series


4 langkah mudah perlu kau orang buat ialah:


Step 1:  Perfect Balanced Foaming Cleanser

Apalah ertinya set penjagaan muka tanpa pencuci muka kan? Pencuci muka adalah step wajib buat untuk mendapatkan kulit bersih dan cantik. 

Perfect Balanced Foaming Cleanser dicipta sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Ianya bebas paraben, fragrance, SLS / SLES dan artifial colorant.

Bagus untuk membersihkan kulit muka dari kotoran dan cela secara mendalam, dan mampu mengurangkan penghasilan minyak berlebihan di muka, mengurangkan kemerahan seterusnya meningkatkan fungsi kulit untuk menyerap segala nutrien.


Cara guna:


Basahkan muka kemudian picitkan sedikit pencuci muka ke tapak tangan dan gosok dengan perlahan di seluruh muka. Sambil gosok tu sambil urut muka. Rasa relax je. Seronok membayangkan kotoran nyah dari muka.


Harga Asal: RM 29.90 Beli di Shopee dapat potongan dapat banyak discount



 

Step 2:  Perfect Balanced Toning Losyen

Lepas cuci muka sila rajin sapukan toning lotion. Kegunaan toner ni ialah untuk pastikan segala sisa make up atau pun kotoran dan minyak berlebih yang masih ada pada kulit muka walaupun setelah kau orang mencuci muka.

Cosmoderm toning lotion membantu membaiki dan melembapkan kulit, meredakan kemerahan kulit dan bantu mengimbangkan level pH kulit.

Cara guna: Tak perlu guna tisu muka. Goncangkan toner kemudian letakkan ke tapak tangan dalam jumlah yang bersesuaian dan kemudian tepuk lembut ke kulit muka.  


Harga Asal: RM 45.90 Beli di Shopee dapat potongan dapat discount. 

 



Step 3:  Perfect Balanced Soothing WOW Cream

WOW tu membawa maksud Water-in Oil-in Water (WOW). Krim di diformulasikan dengan calamine dan juga prebiotik untuk melembap dan membaiki kulit. 

Dengan tiga kali ganda peningkatan kelembapan, ia membantu mengembalikan kelembapan kulit serta menghalang cela pada permukaan kulit.

Cara guna: Sapukan ke seluruh muka termasuk leher, boleh digunakan sebagai rutin di waktu siang hari dan malam.

Harga Asal: RM 65.00 Beli di Shopee dapat potongan dapat discount 


 



Step 4:  Perfect Balanced Sun Milk SPF25PA ++

Rutin yang tak boleh tinggal terutama kalau keluar rumah. Dengan cuaca panas melampau sekarang memang sangat-sangat perlu guna Sun Milk ni untuk elak muka kusam, berjeragat, dan bintik hitam muncul di muka.

Krim ni juga membantu meningkatkan ketahanan kulit, melindungi kulit daripada UVA & UVB serta bebas paraben.

Cara guna: Tuangkan jumlah yang mencukupi pada tapak tangan dan sapukan ke seluruh wajah.

Harga Asal: RM 65.00 Beli di Shopee dapat potongan dapat discount


 



Untuk kau orang yang nak tahu lebih lanjut tentang produk, promosi dan info lain boleh tengok update dekat link di bawah:

Laman web Cosmoderm  | Official Store Cosmoderm di Shopee