9 Cara Hindari Sihir Mengikut Ilmu Perubatan Islam

Rodiah Amir
0
Amalan sihir memang dah wujud sejak dari zaman Nabi lagi. Sihir ditafsirkan sebagai amalan yang mendekatkan manusia dengan syaitan dengan meminta bantuannya. 

Dalam AlQuran juga ada diceritakan tentang perihal kisah Nabi Musa AS menentang tukang sihir Firaun. 

Rujuk  Mufti Wilayah Persekutuan

Islam menolak sihir dan mengingatkan umatnya supaya memohon pertolongan dan perlindungan hanya dari Allah. 

Walaupun kita berada di zaman moden yang serba canggih dengan kemajuan sains dan teknologi tetapi masih ada lagi yang menggunakan cara yang salah untuk mendapat apa yang dihajati.


Cara Hindari Sihir Mengikut Ilmu Perubatan Islam

Bagi aku sendiri memang pernah jadi depan mata dan aku bersyukur sangat aku belum pernah rasa dan aku tak mahu kena pon. Nauzubillah. 

Minta dengan Allah lah ye berlindung diri dan ahli keluarga. Kalau nak huraikan ada banyak sihir yang wujud dan diantara jenis-jenis sihir ialah seperti:

  • Sihir meminta pertolongan Jin dengan cara penyihir meminta pertolongan jin utk menyihir musuh.
  • Sihir melalui ilusi seperti yang sering digunakan oleh ahli silap mata. Bukan semua tapi memang wujud ahli silap mata yang menggunakan sihir.
  • Sihir dalam makanan atau ubat-ubatan.
  • Sihir pukau.

 



9 Cara Menghindar Diri Dari Terkena Sihir

Perkara penting untuk menghindari diri dari terkena sihir mengikut ahli perubatan Islam adalah dengan mengenali tukang sihir itu sendiri dan asal usul kejadian sihir tersebut.

Tiba-tiba kita jatuh sakit tanpa sebab nyata walaupun dan dirawat oleh doktor, tiba-tiba terkena santau angin. Asalnya bukan ada orang nak kenakan dia pun tapi rezeki dia di uji terkena sihir. 

Ah banyak lagi lah. Aku kongsikan cara-cara untuk kita menghindari sihir yang aku dengar dalam tazkirah di radio Nasional FM.


#1 Minta Barang Peribadi

Biasanya tukang sihir akan minta bekas makanan, gambar, pakaian seperti kain, baju, sapu tangan dan lain-lain barang yang pernah dipakai oleh pesakit. 

Jangan bagi barang-barang peribadi sebarangan ya. Elak daripada mudah percaya dan menjadi mangsa.


#2 Minta Haiwan Berwarna Hitam

Salah satu perkara tanpa sedar kita bakal menjadi pesakit yang terkena sihir adalah apabila kita pergi berubat dengan ahli sihir. 

Tukang sihir akan suruh pesakit untuk bawa haiwan dengan sifat-sifat tertentu seperti berwarna hitam, atau haiwan yang mempunyai taring untuk tujuan perubatan.

Berubat untuk sembuh tu tak salah tapi jangan salah pilih ahli perubatan. Once kita dah tahu cara yang digunakan itu salah jangan teruskan ya.


#3 Tukang sihir akan sembelih haiwan yang diminta tanpa menyebut nama Allah dan mencampakkan haiwan tersebut ke tempat yang sunyi dan tiada penghuni seperti rumah lama yang ditinggalkan atau bangunan tersadai.




#4 Tukang Sihir akan memberi azimat tertentu seperti bunjut yang dijampi dan menyuruh untuk meletakkan di tempat tertentu seperti tiang seri atau empat penjuru di dalam rumah.


#5 Menjadi amalan tukang sihir menggunakan kain berbentuk segi dan didalamnya ada huruf atau nombor semasa merawat.  


#6 Setelah selesai proses rawatan, tukang sihir melarang pesakit untuk menyentuh air dalam tempoh tertentu. Sebagai contoh; pesakit tidak boleh menyentuh air selama 7 hari atau selama 40 hari. Ustaz terangkan itu adalah tanda Jin yang berkhidmat kepada tukang sihir tersebut adalah Jin Kristian.


#7 Tukang sihir juga berpesan kepada pesakit untuk mengasingkan diri di dalam bilik. Pesakit biasanya tak boleh bergaul dengan orang ramai, termasuk ahli keluarga, jiran tetangga kerana desakan daripada Jin yang berada di dalam badan pesakit.


#8 Tukang sihir menggunakan serbuk / tulisan berwarna putih dan kemudian menyuruh pesakit untuk melarutkan ke dalam air dan meminumnya.


#9 Terdapat juga situasi Tukang Sihir menyuruh pesakit untuk menanam barang di dalam tanah atau membakar atau memperasap.

 



Amalan Untuk Menghindari Gangguan Jin, Syaitan & Tukang Sihir

Selain daripada cara-cara yang aku kongsikan di atas, antara amalan untuk menghindari gangguan jin, syaitan dan juga tukang sihir ialah seperti berikut: islamituindah.com

1. Membaca Surah Al Fatihah 7 Kali setiap kali selepas solat fardu dengan niat meminta Allah membantu dan melindungi diri dari gangguan Jin & Syaitan.


2. Membaca Tiga Qul iaitu surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sebelum tidur.


3. Membaca Ayat Kursi selepas solat Subuh dan Solat Asar, sebagai pendinding diri dan juga perlindungan harta benda.


4. Membaca Surah Yasin, ayat satu hingga ayat Sembilan. Ia boleh dibaca sebagai benteng dan pendinding untuk kediaman.

 

Semoga dengan kesedaran dan juga amalan-amalan yang kita amalkan dapat menjadi benteng dan terlindung dari gangguan Jin, Syaitan & Tukang Sihir. 

Kepada Allah jua lah kita memohon perlindungan. Untuk yang di uji sesungguhnya anda adalah mereka yang terpilih. Jangan putus asa untuk sihat dan semoga terus kuat melawan gangguan.

 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)