Berpuasa Semasa Hamil

Akak nak berkongsi hasil penulisan prof Dr Imelda Balchin yang akak follow di Facebook tentang berpuasa semasa hamil. 

Prof Dr Imelda Balchin adalah merupakan Pakar Perunding Maternal & Fetal Medicine di Pusat Perubatan Universiti Malaya,Kuala Lumpur. Dr ada terangkan berpuasa semasa hamil dari sudut Sains kesihatan.

Dr juga sebelum ni banyak berkongsi tentang pemakanan seimbang, cara hidup sihat, dan dia juga banyak terlibat dengan perang melawan mitos seperti ais mengakibatkan buncit. 

Berpuasa Semasa Hamil

Senang hati dan lapang dada dengan nasihat tu yang buat akak jatuh hati dengan perkongsian ilmu di laman Facebook Dr. Yang mana baik akak ikutkan. Yang mana payah nak ikut akak cuba-cuba mudahkan.

Berpuasa Semasa Hamil oleh Dr Imelda Balchin

Adakah Wanita Hamil Perlu Puasa? 

Ada sebabnya kenapa Allah tidak mewajibkan ibu yang hamil ataupun ibu menyusu berpuasa, dan Allah juga tidak mengharamkan jika hendak berpuasa. 

Ini terpulang kepada ibu masing-masing, tetapi saya galakkan ibu hamil yang hendak berpuasa bertanya dahulu kepada pegawai/pakar perubatan sebelum berpuasa.

Apakah perubahan physiology badan wanita apabila hamil?

1) Pertama sekali, pengaliran darah daripada jantung ibu kepada rahim dan uri akan meningkat 10 kali ganda untuk membekalkan oxygen dan khasiat kepada janin. 

Bermula dari hanya 80ml setiap minit sebelum hamil ke 600-800ml setiap minit bila sampai ke akhir peringkat kehamilan. 

Pada masa ini, sebanyak 20% darah yang dipamkan keluar daripada jantung ibu akan sampai ke rahim ibu, dibandingkan dengan hanya 2% sebelum hamil. Ini menunjukkan betapa kuat badan ibu berkerja bila hamil.


2) Untuk membenarkan darah sampai ke rahim dan uri tanpa sebarang halangan, tekanan darah ibu menjadi lebih rendah semasa hamil. 

Tekanan darah yang rendah ini boleh menyebabkan setengah ibu hamil merasa nak pitam-pitam sedikit bila tiba-tiba berdiri atau bila berdiri dengan lama. 
Selain daripada itu, jumlah darah ibu meningkat lebih dari 1.5 Litre semasa hamil.


3) Jantung berkerja dengan lebih kuat lagi daripada wanita yang tidak hamil, walaupun semasa rehat, dan ini menyebabkan kadar degupan jantung yang lebih tinggi (increased heart rate) daripada wanita yang tidak hamil. 

Kadar degupan jantung naik sebanyak 10-25%, dan darah yang dipam keluar daripada jantung (cardiac output) naik sebanyak 50% jika dibandingkan dengan sebelum hamil. 

Kadar degupan jantung akan naik lebih tinggi lagi jika badan ibu kegersangan akibat kurang meminum air. Secara tidak langsung kadar degupan jantung janin juga akan naik lebih tinggi lagi jika kadar ibu juga tinggi.


4) Untuk mengelakkan pendarahan yang berlebihan selepas uri lekang daripada dinding rahim selepas bersalin, darah ibu semasa hamil adalah lebih pekat daripada sebelum hamil. 

Hormon ibu semasa hamil menyebabkan hati membuat lebih protin yang memekatkan darah, dan inilah caranya Allah melindungi ibu bersalin daripada pertumpahan darah yang berlebihan.

Tetapi, kepekatan darah yang lebih tinggi semasa hamil ini juga meninggikan risiko mendapat darah beku (venous thromboembolism, atau VTE) sebanyak 6 kali ganda. 

VTE berlaku kepada 1-2 per 1000 ibu hamil dan boleh membahayakan nyawa ibu. Risiko ini bertambah tinggi lagi jika badan mengalami kegersangan akibat tidak minum atau muntah-muntah yang berterusan. 

Jika pernah mendapat masalah VTE,  jika mempunyai berat badan yang berlebihan, jika menaiki kapalterbang perjalanan jauh selama lebih daripada 4 jam. 

Jika usia lebih daripada 35 tahun, jika demam disebabkan jangkitan kuman yang memerlukan antibiotik, dan selepas baru bersalin 42 hari.


5) Darah ibu sentiasa membekalkan gula glukos kepada janin, dan bila berpuasa, kandungan gula di dalam darah ibu yang hamil adalah lebih rendah daripada kandungan gula wanita berpuasa yang tidak hamil. 

Ibu yang hamil lebih cepat letih, dan bila kandungan gula menjadi sangat rendah akan lebih cenderung merasa loya dan muntah-muntah, terutama sekali pada peringkat awal kehamilan.


6) Apabila rahim semakin membesar, terdapat tekanan dari bawah yang menolak perut ibu ke atas. Tekanan ini menyebabkan ibu hamil tidak boleh makan banyak-banyak. 

Ramai yang mendapat kepedihan ulu hati (heartburn) terutama selepas makan, dan muntah kembali. Ibu yang mengalami masalah ini hanya boleh makan sedikit-sedikit tetapi hendaklah makan dengan lebih kerap untuk mendapat kalori yang cukup.


7) Untuk membekalkan khasiat kepada janin, hormon progesterone yang dikeluarkan daripada uri akan memperlahankan pergerakan makanan yang hadam di dalam usus (reduced motility). 

Ini supaya lebih banyak khasiat dan air boleh diserap dari usus ke dalam darah ibu, sebelum yang baki itu keluar sebagai najis. 

Bila dibandingkan dengan wanita yang tidak hamil, pergerakan di dalam usus mengambil masa yang lebih lama, dan itulah yang menyebabkan najis yang lebih keras dan masalah sembelit yang lebih kerap dihadapi oleh ibu yang hamil. Masalah ini boleh bertambah lagi jika tidak minum secukupnya.


Sebab Kenapa Ibu Hamil Tidak Digalakkan Berpuasa 

Disebabkan 7 perkara di atas, saya selalu menggalakkan ibu yang hamil supaya minum secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari (terutamanya jika masalah sembelit atau ada risiko VTE seperti di atas). 

Kurangkan pemakanan setiap kali makan tetapi memakan dengan lebih kerap, dan jangan makan sebelum tidur untuk mengelakkan heartburn.

Tidak ada banyak kajian perubatan yang menilai kesihatan ibu hamil dan janin selepas sebulan berpuasa dengan lengkap.

Kebanyakan ibu yang hamil tidak berpuasa. Ada kajian dari luar negara (USA dan UK) yang hanya menggunakan maklumat banci negara. 

Ia menunjukkan jika Ibu hamil itu seorang Islam, hamil ketika bulan puasa, ia mendapati anak yang dilahirkan adalah lebih kecil dan mempunyai lebih masalah persekolahan apabila besar. 

Kajian ini bukanlah yang berpiawai tinggi sebab ia hanya mengira bilakah anak yang Islam itu dilahirkan dan membuat andaian yang semua ibu hamil yang Islam itu berpuasa. 

Sedangkan ibu Islam di negara barat, kebanyakannya berasal dari Pakistan dan Bangladesh, dan anak mereka memanglah selalunya lebih kecil lagi daripada orang Puteh kerana sifat keturunan mereka. 

Lagipun, ramai anak mereka tidak fasih berbahasa Inggeris di sekolah dan akan ada lebih masalah persekolahan dan masalah pencapaian akademik di peringkat permulaan. 

Kajian yang berat sebelah macam ini boleh kita abaikan keputusannya. Tidak ada kajian yang berpiawai tinggi. Tidak ada randomized controlled trial.

Kajian yang berkualiti sederhana pula menunjukkan tidak ada kesan negative terhadap kesihatan bila ibu hamil berpuasa bila dinilai saiz anak ketika lahir. 

Tetapi bila dikaji saiz uri ibu yang berpuasa, ia lebih kecil daripada sepatutnya bila dibandingkan dengan uri ibu yang tidak berpuasa. 

Jika ibu hamil berpuasa pada musim panas di negara barat, yang waktu siang lebih panjang dan masa puasa yang lebih lama, kita mula melihat bukti yang pembesaran janin terganggu.


Ada juga dua kajian yang menunjukkan ada kesan terhadap pembesaran janin jika ibu berpuasa pada tiga bulan pertama kehamilan.

Justeru itu,

Dari segi kesihatan, walaupun tidak digalakkan, ibu hamil yang sihat dengan janin yang sihat selepas tiga bulan pertama (selepas first trimester) boleh berpuasa jika hendak berpuasa. 

Jika berasa lemah, atau loya, hendaklah berbuka puasa. Jika pergerakan janin berkurangan (selepas 28 minggu kehamilan), hendaklah berbuka puasa dan terus ke hospital untuk penilaian CTG dan ultrasound untuk menilai pembesaran janin.
 
Perbandingan paras gula semasa hamil
Perbandingan kandungan Gula dalam darah 


Sila lihat gambar di atas, Ini menunjukkan perbandingan kandungan gula dalam darah bagi mereka yang berpuasa dan tidak berpuasa dan mereka yang mempunyai penyakit kencing manis.

Paras gula yang naik turun tak terkawal ini untuk sebulan jika hamil boleh menjejaskan kesihatan janin, meningkatkan risiko pre-eclampsia, kelahiran pramatang dan pembedahan Caesar.

Bagi ibu yang mempunyai GDM (penyakit kencing manis semasa hamil sahaja) yang boleh dikawal melalui penjagaan pemakanan dan bersenam, tanpa memerlukan rawatan metformin atau insulin. 

Boleh berpuasa jika boleh terus mengawal bacaan gula di dalam darah pada bulan puasa. Masalahnya bukanlah bacaan gula semasa berpuasa tetapi bacaan gula yang tinggi melambung selepas berbuka, sebelum sahur dan selepas sahur. 

Saya syorkan mengambil bacaan gula 2 jam selepas berbuka puasa, sebelum sahur, dan dua jam selepas sahur. 

Jika dua jam selepas makan, bacaannya melebihi 6.7, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubat metformin. 

Tetapi jika bacaan masih tinggi juga selepas menerima rawatan metformin, lebih baik tidak berpuasa dan kawal semula pemakanan seperti sebelum bulan puasa.

Selamat menyambut bulan Ramadan. Yang tak boleh berpuasa pun boleh beribadah seperti yang berpuasa. Allah yang maha mengasihi. 

Ada sebabnya ibu yang hamil atau menyusu tidak diwajibkan berpuasa. Tiada kesalahan kalau tak berpuasa bagi ibu hamil atau ibu menyusu.


5 Resipi Frosting Yang Tak Rasa Bergula

Salam. Nak kongsi 5 Resipi Frosting Yang Tak Rasa Bergula, Kurang Manis & sumpah sedap yang telah dikongsikan oleh BrownButterBakes di Facebook. 

Terima kasih tuan punya resepi. Memang ini lah yang akak cari. Mengidam nak buat kek cantik siap ada frosting hebat.  

Memang dah lama teringin nak buat tapi tak jumpa resepi, dah ada ni boleh la cuba untuk raya nanti. itu kalau rajin, kalau tak rajin kita tunggu semangat tu sampai.




5 Resipi Frosting Yang Tak Rasa Bergula


Kalau buat kek kena tahu mana satu frosting yang sesuai. Baru sedap makan. BrownButterBakes bakery yang terletak di Shah Alam dan terkenal dengan kek yang #sumpahsedap katanya ada share dekat bawah ni.



resepi frosting by brownbutterbakes.com




5 Resepi Frosting by brownbutterbakes.com

Dah tak payah buang masa, Jom tengok apa yang diperlukan.  Selamat Mencuba!




Krimwell Frosting resepi




Krimwell Frosting [Sesuai untuk Kek Mentega, piping for cake deco]
Sesuai untuk newbie macam akak la. Practise sampai terer baru buat frosting lain. 

Kebaikkan
✔ Murah!
✔ Senang handle untuk newbies.
✔ Sangat Stable untuk cuaca Malaysia, tak mudah cair

Kekurangan: 
❌ Bahan utamanya adalah lemak sayuran. Tiada langsung bahan dairy dlm ni. 
❌ Rasa biasa-biasa je. 

Bahan-bahan: 
1. Krimwell 
2. Icing Sugar - ayak 
Nisbahnya, Krimwell: Icing Sugar (2:1) 
Contoh: Krimwell 500g, Icing Sugar 250g

Cara-cara: 
1. Satukan dan pukul dengan mixer atau handmixer sampai kembang. 
2. Siap untuk digunakan.



Chocolate Ganache Frosting sedap



Chocolate Ganache [sesuai untuk Kek Chocolate, Kek Mentega, Brownies]
✔ Cara buat pun mudah. 
✔ Tahan Cuaca Malaysia. 
✔ Boleh simpan lama dlm fridge. 

Kekurangan: 
❌ Kos agak tinggi. 

Bahan-bahan: 
1. Dark Chocolate (compound boleh, ape 2 dark chocolate atau chocolate masakan boleh )
2. Dairy Whipping Cream. 
Nisbah Dark Chocolate: Whipping Cream, 3:2
Contoh: Kalau Dark Chocolate 300 gram, whipping cream 200gram. 

Cara-cara: 
1. Secara double boil, cairkan kedua-dua bahan sampai tiada ketul. ATAU
2. Secara microwave, panaskan selama 30 saat and kacau. Sambung step ni sampai tak ada ketul langsung. 

Handling tips: 
1. Masa panas, die memang cair. Jangan risau, biarkan dia sejuk, die akan memekat seperti kepekatan Peanut butter. Bile dah pekat boleh frost cake dan pipe ikut keperluan. 
2. Kalau dah simpan dlm fridge, kene keluarkan awal sebelum nak guna supaya die lembut semula. 



Cream Cheese Frosting Resepi sedap



Cream Cheese Frosting [Sesuai untuk Red Velvet, Rainbow cake, Lemon Cake]
✔ Agak stabil untuk cuaca Malaysia. 
✔ Cara Penyediaan yang agak mudah.

Kekurangan 
❌ Kurang tahan lama. 
❌ Kos yang boleh tahan tinggi.

Bahan-bahan: 
1.600g Cream Cheese / Krim keju (dibiarkan lembut)
2.250g Mentega (dibiarkan lembut)
3. 185g Icing sugar (ayak)

Cara-cara: 
1. Campurkan kesemua dlm dan pukul hingga semuanya bersatu. Jgn terlebih pukul



Swiss Meringue Buttercream Frosting Resepi senang




Swiss Meringue Buttercream [Sesuai untuk Kek pandan, Kek Victoria Sandwich, Menulis atas kek & Deco cake]

Ini sebenarnya paling favourite! Rase die lemak2 butter gitu. Mmg boleh rase nikmat pure butter dlm krim ni. Tak terlalu manis & cukup lemak berkrim!

✔ Tahan Cuaca Malaysia
✔ Boleh simpan dan tahan lama dalam fridge. 
✔ Selamat untuk Perempuan Mengandung dan Kanak-kanak. 

Kekurangan: 
❌ Mahal. Kos yang sangat tinggi!
❌ Penyediaan yang hazab.

Bahan-bahan: 
1. 4 biji telur putih
2. 370g Mentega Sejuk yang didadukan (Pure butter ya, buttercup tak main tau, frosting ni memang sedap kalau guna bahan premium)
3. 100 Caster Sugar 
4. Sedikit Vanilla Extract

Cara-cara: 
✔ Satukan telur dengan gula. Letak atas double boil. 
✔ Kacau dengan whisk sepanjang double boil. Kacau sehingga adunan agak panas and tiasa lagi kesan gula. (rase dengan jari)
✔ Alih dari double boil dan terus pukul dengan mixer sehingga mangkuk mixer sejuk. 
✔ Masukkan Butter sejuk dan pukul laju sehingga creamy. Selagi belum creamy, teruskan pukulan. 
✔ Campur Vanilla secukup rasa. 
✔ Siap untuk digunakan. Panjang ceritakan nak buat ni, tapi memang berbaloi! Kalau nak kek status #sumpahsedap, memangg kene rajin lebih sikit ya.



Creamy Hazelnut Frosting Resepi viral



Creamy Hazelnut Frosting [Sesuai untuk Chocolate cake, Brownies, Pavlova]


✔ Rasa seperti ice cream 
✔ Tahan cuaca Malaysia

Kekurangan: 
❌ Kos agak tinggi. 

Bahan-bahan: 
1. 300g Non-dairy whipping cream (jenama richgold) 
2. 2 sudu besar Hazelnut Spread (adjust ikut rasa sendiri) 

Cara-cara: 
1. Pukul Whipping cream sejuk sehingga kembang 
2. Campurkan dengan hazelnut spread dan pukul sehingga bersatu. 

Semoga apa yang di kongsi bermanfaat untuk yang nak mencuba. Kita belajar sama-sama ok. Terima kasih sekali lagi kepada BrownButterBakes bakery sebab berkongsi ilmu. Kalau pergi kelas kat luar nak belajar ni dah memang sah la mahal. Di doakan perniagaan anda berkembang maju. Aamiin. 


Ibu Hamil Perlu Puasa Atau Tidak?

Akak nak berkongsi hasil penulisan prof Dr Imelda Balchin yang akak follow di Facebook tentang ibu hamil perlu berpuasa atau tidak? 

Prof Dr Imelda Balchin adalah merupakan Pakar Perunding Maternal &Fetal Medicine di Pusat Perubatan Universiti Malaya,Kuala Lumpur. 

Ibu Hamil Perlu Puasa Atau Tidak?

Dr ada terangkan berpuasa semasa hamil dari sudut Sains kesihatan dalam artikel lain tapi untuk kali ni Dr terangkan pula golongan Ibu hamil yang tak sepatutnya berpuasa:

Perlu ke Puasa Bagi Wanita Hamil


*gambar google Image



Ibu hamil yang tidak sepatutnya berpuasa:


1) Tiga bulan pertama kehamilan (first trimester)

2) Ada risiko VTE yang sederhana atau tinggi 

3) Ibu yang demam, tidak sihat atau muntah-muntah 

4) Ibu yang mempunyai risiko tinggi pre-eclampsia, atau penyakit autoimmune, atau penyakit jantung. 

5) Ibu yang mempunyai penyakit kencing manis (type 1 diabetes, type 2 diabetes, atau GDM yang memerlukan rawatan metformin/ insulin)

6) Ibu yang janinnya dikenalpasti mempunyai masalah pembesaran

7) Ibu menyusu (ataupun tidak menyusu) di dalam masa berpantang. Kadangkala darah nifas hanya dua minggu, tetapi kepekatan darah adalah masih tinggi pada 6 minggu selepas bersalin. 

8)Berpuasa pada musim panas dengan waktu siang yang lebih panjang di negara barat. 


Ha untuk ibu yang hamil kat luar sana, akak faham keinginan nak berpuasa tu. Excited kan nak puasa penuh. Tapi sesungguhnya Islam tidak kejam. 

Fahami diri dan kandungan anda. Dapatkan nasihat terbaik dan tahu kesihatan anda. In sha Allah semua selamat. 

Ibnu Abbas ra. mengatakan:

“Wanita hamil dan menyusui, jika takut terhadap anak-anaknya, maka mereka berbuka dan memberi makan seorang miskin.” (HR. Abu Dawud, dishahihkan oleh Syaikh Al Bani dalam Irwa’ul Ghalil).

Begitu pula jawaban Ibnu ‘Umar ra.ketika ditanya tentang wanita hamil yang khawatir terhadap anaknya, ia menjawab, “Hendaklah berbuka dan memberi makan seorang miskin setiap hari yang ditinggalkan.”

Selamat Berpuasa. 

Sinopsis Pengantin Musim Salju

Sinopsis Drama Pengantin Musim Salju

Siapa peminat Alif Satar dan Siti Nordiana mesti dah tengok dan follow drama adaptasi novel Drama Klik! Pengantin Musim Salju kan? Akak suka. Memang kena gandingan Nana dengan Alif ni. Kali ni rasanya Nana lebih matang dalam lakonan dia.

Start minat gandingan Nana dan Alif ni dalam cerita Dia Semanis Honey lagi. Sweet dan tak over. Tak la nampak di buat-buat. Watak lain dalam cerita ni akak suka Dafi. Dalam drama Pengantin Musim Salju, Dafi bekerjasama dengan Nana kerja dekat studio pengambaran, kalau dalam semanis honey dia jadi assistant dekat butik Nana. Hidup sangat lakonan dia.

sinopsis Drama Klik! Pengantin Musim Salju
Hari Pernikahan K dan Adam