5 Resipi Frosting Yang Tak Rasa Bergula, Kurang Manis & Sumpah sedap - www.rodiahamir.com

Love to talk about my Life, Food, Recipe, Parenting, Beauty, Entertainment , & Travel

Breaking

Home Top Ad

May 17, 2018

5 Resipi Frosting Yang Tak Rasa Bergula, Kurang Manis & Sumpah sedap

Salam. Nak kongsi 5 Resipi Frosting Yang Tak Rasa Bergula, Kurang Manis & sumpah sedap yang telah dikongsikan oleh BrownButterBakes di Facebook. Terima kasih tuan punya resepi. Memang ini lah yang akak cari. Mengidam nak buat kek cantik siap ada frosting hebat.  

Memang dah lama teringin nak buat tapi tak jumpa resepi, dah ada ni boleh la cuba untuk raya nanti. itu kalau rajin, kalau tak rajin kita tunggu semangat tu sampai. Kalau buat kek kena tahu mana satu frosting yang sesuai. Baru sedap makan. BrownButterBakes bakery yang terletak di Shah Alam dan terkenal dengan kek yang #sumpahsedap katanya ada share dekat bawah ni. 
resepi frosting by brownbutterbakes.com
5 resepi frosting by brownbutterbakes.com
Dah tak payah buang masa, Jom tengok apa yang diperlukan. 

Selamat Mencuba!
Krimwell Frosting resepi
Krimwell Frosting khas untuk beginner
Krimwell Frosting [Sesuai untuk Kek Mentega, piping for cake deco]
Sesuai untuk newbie macam akak la. Practise sampai terer baru buat frosting lain. 

Kebaikkan
✔ Murah!
✔ Senang handle untuk newbies.
✔ Sangat Stable untuk cuaca Malaysia, tak mudah cair

Kekurangan: 
❌ Bahan utamanya adalah lemak sayuran. Tiada langsung bahan dairy dlm ni. 
❌ Rasa biasa-biasa je. 

Bahan-bahan: 
1. Krimwell 
2. Icing Sugar - ayak 
Nisbahnya, Krimwell: Icing Sugar (2:1) 
Contoh: Krimwell 500g, Icing Sugar 250g

Cara-cara: 
1. Satukan dan pukul dengan mixer atau handmixer sampai kembang. 
2. Siap untuk digunakan.
Chocolate Ganache Frosting sedap
Chocolate Ganache Frosting
Chocolate Ganache [sesuai untuk Kek Chocolate, Kek Mentega, Brownies]
✔ Cara buat pun mudah. 
✔ Tahan Cuaca Malaysia. 
✔ Boleh simpan lama dlm fridge. 

Kekurangan: 
❌ Kos agak tinggi. 

Bahan-bahan: 
1. Dark Chocolate (compound boleh, ape 2 dark chocolate atau chocolate masakan boleh )
2. Dairy Whipping Cream. 
Nisbah Dark Chocolate: Whipping Cream, 3:2
Contoh: Kalau Dark Chocolate 300 gram, whipping cream 200gram. 

Cara-cara: 
1. Secara double boil, cairkan kedua-dua bahan sampai tiada ketul. ATAU
2. Secara microwave, panaskan selama 30 saat and kacau. Sambung step ni sampai tak ada ketul langsung. 

Handling tips: 
1. Masa panas, die memang cair. Jangan risau, biarkan dia sejuk, die akan memekat seperti kepekatan Peanut butter. Bile dah pekat boleh frost cake dan pipe ikut keperluan. 
2. Kalau dah simpan dlm fridge, kene keluarkan awal sebelum nak guna supaya die lembut semula. 
Cream Cheese Frosting Resepi sedap
Cream Cheese Frosting
Cream Cheese Frosting [Sesuai untuk Red Velvet, Rainbow cake, Lemon Cake]
✔ Agak stabil untuk cuaca Malaysia. 
✔ Cara Penyediaan yang agak mudah.

Kekurangan 
❌ Kurang tahan lama. 
❌ Kos yang boleh tahan tinggi.

Bahan-bahan: 
1.600g Cream Cheese / Krim keju (dibiarkan lembut)
2.250g Mentega (dibiarkan lembut)
3. 185g Icing sugar (ayak)

Cara-cara: 
1. Campurkan kesemua dlm dan pukul hingga semuanya bersatu. Jgn terlebih pukul
Swiss Meringue Buttercream Frosting Resepi senang
Swiss Meringue Buttercream Frosting 
Swiss Meringue Buttercream [Sesuai untuk Kek pandan, Kek Victoria Sandwich, Menulis atas kek & Deco cake]

Ini sebenarnya paling favourite! Rase die lemak2 butter gitu. Mmg boleh rase nikmat pure butter dlm krim ni. Tak terlalu manis & cukup lemak berkrim!

✔ Tahan Cuaca Malaysia
✔ Boleh simpan dan tahan lama dalam fridge. 
✔ Selamat untuk Perempuan Mengandung dan Kanak-kanak. 

Kekurangan: 
❌ Mahal. Kos yang sangat tinggi!
❌ Penyediaan yang hazab.

Bahan-bahan: 
1. 4 biji telur putih
2. 370g Mentega Sejuk yang didadukan (Pure butter ya, buttercup tak main tau, frosting ni memang sedap kalau guna bahan premium)
3. 100 Caster Sugar 
4. Sedikit Vanilla Extract

Cara-cara: 
✔ Satukan telur dengan gula. Letak atas double boil. 
✔ Kacau dengan whisk sepanjang double boil. Kacau sehingga adunan agak panas and tiasa lagi kesan gula. (rase dengan jari)
✔ Alih dari double boil dan terus pukul dengan mixer sehingga mangkuk mixer sejuk. 
✔ Masukkan Butter sejuk dan pukul laju sehingga creamy. Selagi belum creamy, teruskan pukulan. 
✔ Campur Vanilla secukup rasa. 
✔ Siap untuk digunakan. Panjang ceritakan nak buat ni, tapi memang berbaloi! Kalau nak kek status #sumpahsedap, memangg kene rajin lebih sikit ya.
Creamy Hazelnut Frosting Resepi viral
Creamy Hazelnut Frosting 
Creamy Hazelnut Frosting [Sesuai untuk Chocolate cake, Brownies, Pavlova]
✔ Rasa seperti ice cream 
✔ Tahan cuaca Malaysia

Kekurangan: 
❌ Kos agak tinggi. 

Bahan-bahan: 
1. 300g Non-dairy whipping cream (jenama richgold) 
2. 2 sudu besar Hazelnut Spread (adjust ikut rasa sendiri) 

Cara-cara: 
1. Pukul Whipping cream sejuk sehingga kembang 
2. Campurkan dengan hazelnut spread dan pukul sehingga bersatu. 

Semoga apa yang di kongsi bermanfaat untuk yang nak mencuba. Kita belajar sama-sama ok. Terima kasih sekali lagi kepada BrownButterBakes bakery sebab berkongsi ilmu. Kalau pergi kelas kat luar nak belajar ni dah memang sah la mahal. Di doakan perniagaan anda berkembang maju. Aamiin. 


No comments:

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.