Sinopsis Pengantin Musim Salju

Rodiah Amir
0

Sinopsis Drama Pengantin Musim Salju

Siapa peminat Alif Satar dan Siti Nordiana mesti dah tengok dan follow drama adaptasi novel Drama Klik! Pengantin Musim Salju kan? Akak suka. Memang kena gandingan Nana dengan Alif ni. Kali ni rasanya Nana lebih matang dalam lakonan dia.

Start minat gandingan Nana dan Alif ni dalam cerita Dia Semanis Honey lagi. Sweet dan tak over. Tak la nampak di buat-buat. Watak lain dalam cerita ni akak suka Dafi. Dalam drama Pengantin Musim Salju, Dafi bekerjasama dengan Nana kerja dekat studio pengambaran, kalau dalam semanis honey dia jadi assistant dekat butik Nana. Hidup sangat lakonan dia.

sinopsis Drama Klik! Pengantin Musim Salju
Hari Pernikahan K dan Adam

Sinopsis Drama Pengantin Musim Salju

Watak pelakon tambahan pun ok dah akak rasa sebab dia tinggalkan kesan kat hati penonton macam akak la. Rasanya kalau tak ada pelakon tambahan kejung agaknya drama tu. Pelakon tambahan di ibaratkan seperti rencah didalam makanan. Ha begitu. Watak lain yang akak perasan mak kepada hero heroin cerita ni.
Drama Klik! Pengantin Musim Salju pelakon
Drama adaptasi Novel
Sinopsis

Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.
Sinopsis Drama Klik! Pengantin Musim Salju oleh Suri Ryana viral
Novel Klik! Pengantin Musim Salju oleh Suri Ryana

Barisan Pelakon Pengantin Musim Salju


Drama adaptasi novel 'Klik! Pengantin Musim Salju' karya Suri Ryana yang mengandingkan Alif Satar dan Siti Nordiana sebagai teraju utama. Turut dijayakan oleh Atikah Suhaime, Adam Lee, Cik Manggis, Dafi, Ardell Aryana, Lan Solo dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh sutradara Hadith Omar. Telah bermula pada 14 Mei, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di Astro Ria (104), Astro Ria HD (123) dan Astro Ramadan HD (122).

Judul : Klik! Pengantin Musim Salju
Jumlah Episod : 20 Episod
Tarikh Tayangan : 14 Mei 2018
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 7:00 Malam
Siaran Ulangan: 1:00petang
Siaran Tv : Astro Ria (104), Astro Ria Hd (123), Astro Ramadan Hd (122)
Penulis Novel : Suri Ryana
Pengarah : Hadith Omar
Terbitan : Filmscape Sdn Bhd

Barisan Pelakon :

Alif Satar sebagai Adam Putra
Siti Nordiana sebagai Kasih Lateefa
Adam Lee sebagai Hud Mikael
Atikah Suhaime sebagai Karlisha Zandra
Norlia Ghani sebagai Tengku Maryam
Nina Juren sebagai Tengku Alawiyah
Aleza Shadan sebagai Aisyah
Lan Solo sebagai Irham
Cik Manggis sebagai Nana
Dafi sebagai Sam
Ardell Aryana sebagai Layla
Jasmine Ashraff sebagai Aryana Putri

Tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Cerita ni agak laju la sebab sekarang dah masuk bab Adam tak jadi nikah dan K lari waktu bertunang. So harapnya drama ni kekal momentum begini dan tak meleret. Apa pun memang sweet cuma waktu tayangan je agak kurang berkenan. Tapi tak jadi masalah sangat untuk suri rumah seperti akak sebab boleh repeat ulangan next day. 

Selamat menonton. 

 *sumber gambar Google Image

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)