Pengalaman Minum Air Gula Waktu Mengandung
Last week Friday, 5 Feb genap kandungan 24weeks so aku dengan jayanya gagahkan diri minum air gula. Sebelum tu hari-hari set kat otak air gula is not a bad thing. Untuk bayi jugak. Tapi selalunya kata-kata Semangat tu diakhiri dengan jeritan batinku. Hahahahha.
Setelah puas baca pengalaman orang yang rata-rata berjaya harungi ujian getir ni so dapat la bayangkan proses dan rasa tu macamana. Bayangkan ok belum rasa lagi.
Pengalaman aku pulak, apa yang penting sebagai persediaan untuk minum air gula adalah memahami diri sendiri. chewah kau dah macam apa kan? Sebagai contoh: aku orang yang tak kuat manis..tak suka manis-manis so memang la Semangat tu kena gila meninggi. Peperangan minda berlaku tiap saat selama dua minggu selepas dapat tarikh untuk minum air gula.
![]() |
manis dia 5 kali ganda air Tropicana Twister atau lebih lagi |
Kenapa perlu minum air gula?
nurse
cakap ibu mengandung berusia 25 tahun ke atas klinik dah wajibkan untuk minum
air gula sebagai langkah persediaan mencegah diabetes. Kalau ada sejarah ahli
keluarga (mak/ayah) ada penyakit kencing manis maka kena amik dua kali ujian
air gula (kandungan 4 bulan dan 6 bulan). Kalau sejarah clean and clear maka
kena la macam aku sekali je.
Air
gula aku dapat segelas/ secawan besar air pasar malam orang jual tu. dalam 5
kali teguk baru berjaya habiskan. Sebelum minum kena amik darah bukan kat jari
tapi kat lengan tu (benci L),
pastu lepas dua jam sekali lagi amik darah. Result diberitahu dalam masa seminggu
bergantung kepada klinik.
Nurse
pesan kalau kandungan gula aku tinggi dia akan call. Kalau tak call maksudnya kandungan
gula aku ok.
Tips Minum Air Gula
- Ada orang kata elok minum air gula masa suam supaya kurang mual. Air gula aku dapat kurang suam. Tapi kalau suam pon aku rasa tak banyak beza.
- Sekali teguk cuba telan banyak-banyak so cepat habis. Banyak jangan sampai termuntah pulak. Hati-hati. Bila rasa nak muntah terus stop sekejap ok.
- Lepas telan gerak-gerakkan kaki/badan. Aku duduk dan hentak-hentak kaki seolah-olah mendengar muzik paling best.
- Aku minum di tempat yang kurang orang dan menghadap dinding. So aku kurang pressure dan bebas nak buat mimik muka.
- Lepas berjaya telan bagitahu nurse supaya nurse dapat catat masa so dua jam bermula dari saat kita habiskan air gula. Sepanjang 2 jam tak boleh makan atau minum.
- Aku ingat part telan je yang mencabar, rupanya part menahan selama dua jam selepas minum air gula lagi mencabar. Tak boleh muntah. Kalau muntah merasa la appointment lain kena minum sekali lagi. Tak sanggup.
- Bawak minyak angin. Tonyoh la belakang kepala..hidung semua bagi berangin.
Itu
je kot aku dapat kongsi pengalaman. Semangat kena kuat. Fikir baby. Apa-apa
selawat..zikir..doa Allah mudahkan urusan.
Catat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.