Makan Dan Gembirakan Hati Di Restoren Aroma Hijrah

Memang dasar kuat makan, teori mengatakan makan dapat gembirakan hati memang terbukti benar untuk aku. Aku nak kongsikan kenangan bawa mak ke Restoren  Aroma Hijrah yang terletak di Shah Alam. Kami ke sini berdasarkan cadangan rakan yang pernah makan di restoren ni. 

Kebetulan ada rezeki lebih maka gigih drive dari Kuala Lumpur ke Shah Alam dalam misi mencari nasi Arab sedap. Waze je Restoren  Aroma Hijrah boleh sampai dengan mudah. Orang paling happy semestinya anak bujang si Ikhwan Hafeez. 

Nasi Arab sedap


Teringin Makan Nasi Arab Sedap

Suami dari hari tu cakap nak lepas hajat makan nasi Arab. So tanya la rakan office mana nasi Arab sedap. Dia lah yang cadangkan Restoren Aroma Hijrah.  Kaki melangkah masuk ke restoren disambut dengan dessert dan barang-barang makanan lain yang kebanyakkan kedai Arab juga jual.

Susun atur kedai dan hiasan dalaman suami aku suka, cuma Permaisuri je kata lampu mentol kuning tu sakitkan mata. Tak buang masa, tengok menu dan order nasi set untuk 4 orang . Banyak pilihan dan harga juga berpatutan.


Masa makan nasi macam tak sedar dah banyak kali tambah. Nasi dia panjang-panjang ok. Ringan dan cepat mendarat di perut. sos, sup, salad dia semua aku suka. Aku bagi 5 bintang. Permaisuri makan bertambah maksudnya kena la selera dia. alhamdulillah.



Restoren Aroma Hijrah Menurut Tekak Aku

Hasil pembacaan ramai blogger kata air paling laris pineapple plum. Kami amik set untuk 4 orang dan tukar je air.  Dapat nasi dalam dulang dan kambing dia bagi dua jenis (Grill dan moist masak dengan nasi) Memang tak menyesal langsung.  Kena la makan kambing pastu air masam-masam. Kalau order ala carte pon tidak la mahal sangat.

Husband kata boleh jadi our favourite place untuk lepas rindu pada nasi Arab in future. Tempat ni aku recommend untuk buat reunion, makan bersama family. Staff friendly, service cepat, dan makanan sedap.

 Nak tahu detail gambar & update post boleh lawat Aroma Hijrah Facebook dan siapa nak call atau waze boleh guna address bawah ni. 

Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya, Shah Alam
+603-78321524
 Nasi Arab, Masakan Arab, Kambing
 Sun - Mon 11:00am - 10:30pm

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Lebih baharu Lebih lama