Bila waktu sesuai mohon cuti sebelum bersalin.
As Salam,
Kalau ikut tarikh jangkaan bersalin adalah pada 20 May
2016. Memang aku pon pening bila la patut aku mula bercuti.
Aku dah la gunakan
pengangkutan awam pergi kerja plus aku memang kena banyak berjalan dari train
ke rumah pengasuh. Buatnya aku bersalin kat tengah jalan kan naya.
Kang keluar
nama siti jalan or mat jalan kang hahahhaha.
Kalau ikut pengalaman anak pertama, aku bersalin lepas
masuk minggu ke 39. Anak kedua ni tak boleh nak jangka pulak, sebab tanda-tanda
nak bersalin pon agak lain.
Fikir punya fikir, dan setelah mendapat nasihat
daripada doctor maka aku decided nak bercuti 3 minggu awal.
Memang kebetulan
cuti umum banyak kalau tolak-tolak dalam 2 minggu kerja je.
Masuk je 36 minggu
aku jumpa Doc Zana. Since anak kedua. Doc kata jalan tu dah mudah so
kebarangkalian bersalin awal tu tinggi.
Tak elok bahayakan kesihatan ibu dan
anak aku dapat surat pengesahan doctor.
Jadi nasihat aku untuk siapa yang masih buntu tu, selain
dari dengar pendapat doctor, factor macam; kesenangan nak pergi ke hospital
dari office/ tahap kesihatan/ dan toleransi kerja di pejabat perlu la di ambil
kira.
Kalau boleh kerja dari rumah lagi bagus. Tapi dalam keadaan sarat rasanya
selera bekerja tu merudum dah kot.
Bila dah bercuti mula la bosan sebab anak tak bagi
tanda pon nak keluar. Sehari bagai setahun hahahhaha.
Dan akhirnya anak aku selamat keluar ke dunia selepas 39 minggu di dalam perut.
Alhamdulillah.
0 comments
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.