Anak Tanya Apa Itu Kiamat?
Malam semalam sebelum Ikhwan Hafeez
terlelap dia sempat cakap kat aku, kawan dia nama Qaseh umur 6 tahun cakap
Kiamat berlaku pada hari Jumaat. Terpegun sekejap. Aku tanya Ikhwan tahu ke
kiamat tu apa? Dia geleng.
Lepas tidurkan Raudah Sakinah,
aku bercerita sikit pasal kiamat. Kang cerita yang heavy panjang pulak sudahnya
tak paham.
Aku cakap kiamat ni bila Allah
suruh Malaikat letupkan bumi, matikan semua manusia, binatang dan semua yang
ada atas bumi. Mama mati, abah mati, adik, semua akan mati.
Allah tak bagitahu bila akan berlaku tapi
Kiamat berlaku pada hari Jumaat. Lepas semua mati Allah akan panggil semua
makhluk. Yang buat baik, tolong ibu bapa, solat semua duduk sebelah kanan. Yang
jahat, tak dengar kata-kata, tak solat akan duduk sebelah kiri.
Nanti Allah panggil, wahai
yang kanan marilah masuk ke syurga. Wahai yang kiri masukla ke dalam neraka.
Terus Ikhwan menangis, sedu sedan.
Aku tanya kenapa? Dia takut. Bila sebut semua akan mati dan pasal Syurga
Neraka. Aku mula explain hal syurga neraka dari dulu lagi. Pasal aurat. Dia paham
agaknya.
Maha Suci Allah, kecil je
teguran Allah bagi tapi kesan mendalam kat diri sendiri. Malu.
![]() |
Google image |
Catat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.