Business Talk 20 Tabiat Jutawan

Rodiah Amir
0

Ini sharing pasal pengalaman berbusiness online secara kecil-kecilan. Dalam erti kata lain ini adalah jurnal aku menuju impian nak berbusiness. 

Sila doakan aku berjaya ya. Kali ni nak share tentang apa perlu buat kalau tabung positive dalam diri dah nak kosong.

Aku pun tak terkecuali hadap benda ni jugak. Bila tangki positive habis kena la isi. Ok baca lah dengan hati yang terbuka ya.

Business Talk 20 Tabiat Jutawan


Pernah jumpa orang yang asyik nampak salah kau? Yang nampak kau emosi terlajak. Yang selalu rasa kau tak berpijak di bumi nyata? 

Or lagi sedap mereka cakap, kau cakap memang pandai. Bila nak buat? sekurangnya aku ada impian and ada idea nak buat. ye dak?





Aku nasihatkan korang yang berada dalam situasi macam ni korang kena make a move OR back off dari circle mereka. Percayalah bila kita jauh dari sumber negative kita lebih berjaya. Rapatkan diri dengan Allah dan cari orang yang positive je. Hasil dia mesti kabom.

Biasanya situasi ni berlaku kepada mereka yang baru nak naik tangga business and tengah dalam dilemma kenapa circle semasa tidak menyokong apa yang mereka buat. lagi perit diperlekehkan atau senyap je.

Kenapa aku cakap macam ni sebab aku dah rasa.

Aku tak marah sebab aku pon kena paham sesuatu. Kejayaan tu bukan datang bergolek. Bukan senang-senang nak capai. Ambil masa.

Nasihat kedua, cari ilmu. Cari guru. ikut orang yang suka berkongsi. Biar Semangat bekongsi tu melekat kat kau. Semangat positive tu.  itu yang korang kena pegang. Bukan senang nak senang ya.

Sekurangnya aku bersyukur rezeki aku ditemukan dengan pasangan yang Alhamdulillah support je apa aku buat walau kadang-kadang apa yang dia nasihat tu ibarat pisau menghiris hati. Yelah, dia yang paling dekat so kadang-kadang teguran tu tak ada pun tapi aku over sensitive. 

Begitu ya.

Untuk tahun pertama aku start berbusiness ni aku rasa aku masih belum mampu nak on track. Masih tercari-cari platform sesuai. Masih lagi dalam proses membina team aku sendiri. hoi itu lagi satu takut. Nak percaya kat orang bukan senang. Tapi In sha Allah. 

Slowly but surely.

Rasanya setakat tu dulu la aku kongsi pengalaman yang tak seberapa sepanjang aku berbusiness dan mana yang baik korang ambil okei. Yang buruk campak jauh-jauh. Ok tengok gambar bawah ni, baca, hadam okei. 

Tabiat Jutawan - ada 20 kesemuanya. Jangan baca je. 



Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)