Duck Scarves vs Donut scarves

Rodiah Amir
Assalamualaikum.

Ada baca satu isu penjual tudung menjual tudung yang seakan-akan sama dengan tudung yang sedia ada yang memang popular. 

Tudung yang popular ni memang sah-sah la mahal tapi si penciplak ni jual tudung design sama tapi jauh lagi murah.

Mestilah orang pilih yang murah? Kan? Ke setia dengan yang mahal? Hahahha tak tahu.

Kisahnya bukan design je sama, presentation, marketing dan produk 90% ke 99% sama. Ramai la netizen berkongsi rasa, meluahkan pendapat yang kebanyakkan tak membina. 

Orang kita kuat kutuk je. Tak semua tapi majority.

Aku tak nak comment betul ke salah atau pun pasal prinsip/etika cuma aku salute gile si peniru ni dia SUPER BERANI. Kenapa aku salute dia??

Sebab utamanya, kebolehan dia handle segala tekanan selepas apa dia buat. hoi bukan mudah nak terima cacian, kritikan, pendapat orang pasal diri sendiri hoi. 

Gila macamana dia boleh handle semua tu. walau duit berkepuk tapi kalau hari-hari orang kutuk sakit jugak la.

Personally aku rasa dia salah bila tiru bulat-bulat. Kesian kot kat Duck scarves tu tapi itu lah kenyataan dekat dunia ni. Kau bijak kau kaya. 

Aku tak tahu la kalau si Tudung mahal ni dah paternkan ke belum design tudung dia. kalau ye boleh je sue si penciplak ni.

Ini salah satu comment aku dapat kat youtube bila ada yang buat review pasal Donut ni. Boleh check kat link ni review youtuber

Thank you for your review on Donutscarves. In my opinion, Donutscarves is using the popularity earned by Duckscarves by mimicking the logo, the hem, the charms, the way they address their fans (dUCkies -- donuters) and even the naming of the scarves also almost similar. 

I know they didn't copy it exactly, but the mimicking in my opinion is a bit unethical. Besides that, I think Donutscarves provide more affordable option and based on your review, I may try their inner tie back :)

Lagi sorang yang betul-betul aku rasa berani gile ialah si King Coco. Dengar cerita dah jadi pengacara. Wah rezeki. Gila tak gila, sebab viral rezeki mencurah-curah. 
Yang masih kutuk dia masih la duduk di takuk lama. Dan King Coco semakin kaya.

Dunia nak akhir zaman ni macam-macam kan benda pelik keluar. Pelik. Eh jangan pelik sangat. Allah dah cerita dalam AlQuran.

Pendek kata tak salah kau nak berniaga. Tapi atleast pegang lah prinsip jangan naik dengan cara kotor. Kita bukan hidup kat dunia je. Para peniaga semua bertabahlah. 


Tags