Mengidam semasa mengandung anak ketiga

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kandungan dan mencecah 6 bulan.
Sekarang dah start debaran dan pergerakkan baby semakinn kerap.
Semakin takut pun ye jugak. Morning sickness pun kadang-kadang je dating.
tapi sekarang mudah betul bloating dan pedih ulu hati.
minum je caffeine memang sengsara sepanjang hari.

untuk kandungan kali ni tak banyak ragam untuk tabiat pemakanan.
Raudah dulu mengidam nak makan ikan sungai.
Masa tu tak tertunai pun, Alhamdulillah air liur anak aku tak meleleh
macam orang cakap kalau tak dapat nanti air liur anak meleleh. J
untuk kandungan ketiga mengidam ikan sungai diteruskan.
boelh teringat dan sambung ok.
ikan sungai yang aku nak nama dia Lais/Laih
ikan ni isi lembut je tak banyak tulang.
tak perlu masak beria cukup goreng garing makan dengan nasi panas.
Berselera la aku.
Alhamdulillah hari tu dapat.
Ikan fresh Pahang
Siap goreng garing makan dengan nasi panas sambal kicap mahu makan 3 pingan



Punya payah nak dapat, itu pun kirim siap-siap kat jiran kampong.
Mak dan abang Ha lahtolong carikan.
Gigih. Terima kasih Allah. terima kasih semua.
perasaan tu tak dapat di huraikan.

Corak pemakanan untuk ketiga-tiga kandungan pun berbeza.
Kalau Ikhwan dulu aku berselera gajah.
Paling kuat makan Anggur dan Rambutan. Sekilo hadap ke aku je.
Makanan lain semua aku selera. Tak pernah tolak makanan.

Raudah pulak aku suka ulam-ulaman. Sayur hijau fresh la pendek kata.
Lepas tu suka air soya padahal aku benci soya sebab tasteless.

Yang ketiga ni pulak aku suka betul kuih-kuih Melayu.
Kalau waktu tak mengandung tak selera sangat tengok kuih.
tapi kali ni tiap kali breakfast mesti ada dessert 3 jetul kuih pedas/manis.

Yelah setiap anak tu berbeza la pembawakkannya.
Alhamdulillah anak semua ok.
Harap yang coming soon ni pun selamat keluar dengan sihat dan sempurna.

Aamin.

Pernah dengar jugak la mengidam yang macam-macam ni.
Kalau yang masih mampu dibeli dan di cari ok la
buatnya Teringin nak yang rare, unik, dan tak mampu orang telan.

Naya je.

Ada yang suka bau petrol, bau sabun la. Hai memacam.
Cuma kandungan kali ni kalah betul dengan bau.
Bau lelaki. Suami selalu jadi mangsa suh duk jauh.

Lepastu kalau kat office atau dalam public transport bau perfume lelaki.
Atau bau badan diaorang.

Geram je.

Korang pulak ada mengidam yang rare ke? Alahan ke?
Harap ok-ok aje semua.