Cara Meningkatkan Traffic Blog

Rodiah Amir
Hai semua. Pagi ni sibuk google cara nak nak naikkan rating blog. Yelah tahu kan bila rating naik baru la ada peluang nak buat income melalui blog. 

Part income nanti bebel kemudian. Sekarang kita focus macamana nak naikkan rating kat blog ni.
Untuk beginner macam aku ni, ha eloklah study dan paham kan betul-betul. 

Aku start blogging dah lama masa 2009/2010 tapi baru setahun ni nak aktif. Lambat sungguh.

Cara Meningkatkan Traffic Blog

Sebelum ni yang aku paham, kalau nak banyak pageview atau pun umpan trafik ke blog kita kena buat entry setiap hari. 

Sebenarnya ada betul ada salahnya, kalau up entry setiap hari tapi tak berkualiti tak berguna juga. Silap hari bulan kita penat lepas tu bosan nak berblog. Lagi bahaya.

Ok meh tengok tips aku nak share, mana yang berguna boleh take note ya:


Entry blog kena berkualiti dan bermanfaat

Kena la buat entry yang boleh mendatangkan manfaat kepada orang lain. Ni sekadar entry syok sendiri bosan la orang nak baca. boleh share pasal tempat makan, tempat melancong best atau resepi. 


Kena tahu target reader

Ha yang ni penting. Bak kata orang kalau tak tahu target ibarat menembak dengan tutup mata. Cara nak tahu salah satunya tengok la entry mana paling banyak orang view. Baru boleh describe umur berapa reader yang melawat blog kita.  


Tulis topik viral

Kena la alert dengan apa yang viral sekarang ni. Dengan kemudahan teknologi berita semua hanya di hujung jari. Awak boleh buat ulasan berdasarkan apa awak tahu atau just repost berita dengan syarat bagi la credit kat blog asal.


Tajuk entry

Aku pun selalu ada masalah nak fikir tajuk yang sesuai. Pilih tajuk yang menarik, catchy, dan buat orang tak sabar nak baca entry tu. contoh cara mudah hilangkan lemak kat peha. Tu contoh. 


Rajin lawat blog orang

Berblog walking adalah salah satu cara kita merapatkan ukhwah sesame blogger. Selain tanda support kita juga boleh luaskan pengetahuan sedia ada. Idea selalu muncul kalau selalu jenguk jiran-jiran. 


Minat dan Seikhlas hati

Ini pesanan kepada diri sendiri jugak. Janganlah buat entry semata-mata nak kejar traffic sahaja. Buat kerana minat kita berblog. Ingat semula apa tujuan kita ber blog. in Sha Allah ada ganjarannya. 


Tips semua ni aku tengah cuba. Banyak lagi tips yang lebih teknikal tapi aku tak berani kupas sebab masih belum cukup ilmu di dada. nak kata blog aku hebat pun tak juga. So mari kita sama-sama mencuba ok. 

Selamat mencuba & jangan putus asa!


Tags