Kesan Minum Susu Tiruan

credit google image
Assalamualaikum, 

Kecoh dalam berita bila tular tentang kes susu mahal tiruan yang berleluasa. Masa baca dekat FB dan tengok dekat online newspaper dah seram sejuk sebab sebijik macam susu Raudah minum sekarang. 

Tidak syak lagi bila baca punya baca susu yang ditiru ni ialah Susu Mead Johnson - Enfalac A+ Langkah 1 yang ni khas untuk baby 6M above. Raudah pulak minum susu up sikit Enfagrow 1-3 tahun tu. 

Mesti ibu bapa frust terbeli yang tiruan. Kantoi start di Johor kemudian timbul report di Melaka dan latest di Selangor. Susu ni seriuosly mahal ok. Aku beli pun sebab Raudah ada eczema dan masa baby lagi dia agak memilih susu. 

Tapi bila cuba je susu ni terus dia suka. High maintenance betul. Abang kau dulu minum Dugro je nak oi. Cuba susu ni pun sebab ada sales person dia promote masa shopping groceries dekat Aeon Big Wangsamaju lama dulu. 

Part paling sedih adalah kesan bila anak minum susu tiruan ni, ada yang muntah-muntah dan kulit melepuh. Naik bintat-bintat merah tu. Ada yang teruk kena admit to hospital sebab sekali pakej muntah-muntah. Alahai takut betul bila libatkan nyawa ni. 

credit google image
Siapa la yang tak berhati perut tu, sanggup pilih duit dan melihat nyawa melayang. Memang kerja gila. Pengeluar susu ni, Mead Johnson ambil langkah selamat dengan educate pengguna untuk kenal pasti susu tiruan dan dia kongsi tips-tips di website mereka.

Boleh lawat website dan facebook mereka. Pengguna juga boleh membuat aduan dekat sana.


Untuk ibu bapa yang ada anak minum susu ni kena berhati-hati dan monitor tahap kesihatan anak. Kementerian Kesihatan pun nasihatkan kalau gagal nak kenal pasti susu tiruan atau asli, baik tukar je susu terus. 

0 comments:

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.