Admitted di minggu 34 Mengandung di Rampai Putri Medical Centre



Assalamualaikum,

Live update dari Rampai Putri Medical Centre!

Akhirnya perkara yang menakutkan terjadi jugak. Di minggu 34, 3 hari aku telah dimasukkan ke Rampai Putri Medical Centre. Sebelum aku berleter panjang meh nak share background & current situation  supaya lebih clear.

Aku mengandung anak ketiga dengan jarak kehamilan kurang 2tahun dengan anak kedua. Mula-mula memang super stress dengan sindiran kelakar nurse di KK dan juga cakap-cakap orang sekeliling. Lama kelamaan aku jadi biasa, positivekan diri yang ini adalah rezeki Allah kirimkan.



Check up semua berjalan lancar. Cuma masuk bulan ke 7 berat badan mendadak naik. Doctor takut diabetes so minum air gula buat kali kedua. Disyaki aku baru hilang morning sickness dan selera kalah gajah. Alhamdulillah, dua-dua test air gula aku pass.

Dua-dua anak bersalin normal dan lahir pada minggu 39. Tapi untuk anak ketiga ni mengandung cepat sangat penat dan perut agak besar. Masa ni scan baby 2.3kg. Penat sebab anak kedua tengah ligat dapat kaki and manja asyik berkepit. Selain faktor stress kat office.

Bermula bila heart burn teruk menjengah minggu 33/34. Bila tak selesa aku mula stress dan kurang rehat. Sehari sebelum appoinment dengan Doc Zana aku rasa baby floating semacam. Whatsapp dan doc suruh buat ctg masa hari appoinment. Rupanya yang aku sangka braxton hicks tu adalah contraction yang real. Buat ctg pukul 10.30am.

Dibuktikan dengan graph ctg yang menunjukkan contraction terlalu kerap. Doc Zana bimbang dan suruh aku admitted untuk diperhatikan. Doc suggest di cucuk ubat matangkan paru-paru baby in case baby nak keluar jugak. Masa ni memang sedih, gabra dan gelojak emosi berlaku. Paling takut kena caeser. Kedua rasa bersalah pada baby sebab tak jaga elok-elok.

Alhamdulillah suami masih tenang dan sentiasa ada support aku. Bermula lah treatment

16 December 2017
Bilik single room no 205
Admitted at 3.30pm. Start at 4.10pm. 
Cucuk ubat matangkan paru-paru di punggung sebelah kiri. Sakit selama 10 minit, sakit macam cucuk kancing gigi atau lebih sikit. 
Cucuk antibiotik 3 dos -4pm, 10pm, esok pagi jika perlu. 

Ubat makan setiap 20minit, kurangkan contraction, ada gap dr 4pm dan 10mlm baru makan semula 2biji(total as at 4 biji) 

Malam at 10pm tambah lagi mkn ubat mcm eno nama Ural - effervescent granules. Yang aku paham dia tulis urinary alkalinizer. 

Next cucuk Ubat matangkn paru2 - next pukul 4.10 pagi(12hour gap) tapi doc zana kata subuh pun ok sebab tak nak kacau aku rehat. Di datang melawat tadi dalam pukul 10.30pm. Tak sangka doctor datang. Terharu. 


Nurse in charge : Nur haidatul

So far contraction dah stop cuma baby memang aktif. Aku cuba rest sebanyak mungkin dan jaga pergerakkan. Berdoa semoga semuanya baik sahaja. Esok kena tunggu apa pula kata Doc. Masih tak bagitahu asik beradik sebab tak mahu mereka risau dan aku perlu focus rehat. 

Doakan aku dan baby selamat ya. Terima kasih.
B

0 comments:

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.