Pengharaman Alat Mainan Shock Chewing Gum



Assalamualaikum,

Masa menonton berita malam tadi, terpampang satu berita mengenai alat mainan yang telah diharamkan di Georgetown, Malaysia. Alat mainan yang dimaksudkan adalah Shock Chewing Gum.

Apa sebenarnya Shock Chewing Gum ni?

~ Alat mainan ini berbentuk seperti gula-gula getah dan mempunyai kepingan getah menjulur keluar untuk ditarik.

Dipercayai, apabila kepingan getah itu ditarik, ia akan mengalirkan arus elektrik melalui tapak tangan individu terbabit. Kesan akibat renjatan elektrik masih tidak dapat lagi dipastikan seteruk mana kesannya.  Jadi elok la mencegah dari terjadi perkara yang buruk-buruk.

Harga pun dijual sekitar RM6 di kedai runcit dan boleh dibeli lebih murah di dalam talian. Selain daripada Chewing Gum, alat permainan ini ada juga dalam bentuk pen dan pistol.

Pesanan terhadap ibu bapa kat luar sana, sila pantau apa yang anak anda beli. Pesanan untuk kami sebagai penjaga juga ni. Anak-anak akal mereka masih cetek. Mereka hanya fikirkan keseronokkan mengenakan kawan-kawan je. Jangan biar Nasi menjadi bubur ya. 

1 comment:

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.