Cara Merawat Anak Prolong Jaundice
Bagi ibu bapa yang first time menghadapi anak Prolong Jaundice ni antara perkara paling kritikal dan menyebabkan ibu bapa berada dalam tekanan adalah untuk buat keputusan yang terbaik untuk anak. Salah langkah nyawa anak jadi taruhan.
Masa genting ini lah kewarasan ibu bapa menjadi taruhan. Kenapa aku calap macam tu? Sebab aku dan suami baru je lalui pengalaman menakutkan tu. Hati akan berbelah bahagi apabila terdapatnya tekanan dari orang sekeliling yang asyik sarankan pelbagai cara untuk dicuba dan kita risau akan memudaratkan kesihatan bayi tapi dalam masa yang sama nak bayi kita segera sembuh.
Pengalaman Anak Prolong Jaundice
Kena fikir dari sudut positive yang mereka mengambil berat dan sayangkan kita.
Bermula saat ibu mengandung
dengan ujian alahan, check-up kesihatan
sehinggalah saat bayi dilahirkan masih ada lagi yang perlu ibu bapa siapkan
diri iaitu tahap kesihatan anak dan biasanya bayi dikaitkan dengan Jaundice
ataupun kuning.
Berkongsi pengalaman aku sendiri
untuk anak ketiga, pertama kalinya aku mengenal apa itu Prolong Jaundice. Anak
pertama dan kedua kena juga Jaundice tapi tak dikategori sebagai Prolong.
Perkara baru dan pengalaman baru. jadi aku nak kongsikan apa perlu di buat kalau
hadapi masalah yang sama.
Apa perlu buat bila anak prolong Jaundice?
1. Rujuk di Klinik Kesihatan dan
ikut cakap doctor yang merawat. Banyakkan membaca mengenai Prolong Jaundice.
Aku tahu lebih banyak pasal kuning bila baca blog Doctor ni. http://prettyvrach.blogspot.my
2. Susukan anak sekerap mungkin (sejam
sekali, dan paling lewat ialah dua jam) dan pastikan anak kerap buang air
besar. Semakin kerap membuang semakin cepat kuning hilang.
3. Elakkan makan Lada hitam,
kunyit, halia, jamu, air akar kayu dan sebagainya sehingga anak betul-betul
bebas kuning.
4. Jangan berikan bayi makanan
lain selain dari susu ibu. Ada berlaku kes yang membahayakan kesihatan bayi
apabila diberi makanan selain dari susu ibu. Susu ibu adalah yang terbaik. Kalau nak juga
ikhtiar menggunakan kaedah alternatif seeloknya hanya ibu yang minum atau
makan. Aku hanya amalkan susu kambing yang aku minum dan kerapkan susukan baby.
5. Mandikan anak dengan air
rebusan daun kucai, ubat kuning (serbuk herba) yang dibeli dari kedai ubat
cina, air rebusan kundur, air rendaman agar-agar. Aku cuba serbuk herba Cina
tapi tak serasi jadi aku mandikan dengan air rebusan Kucai. Alhamdulillah turun
kuningnya.
6. Selepas usia bayi 14 hari dan
bacaan kuning masih lagi di atas 100 bayi akan di rujuk ke hospital besar untuk
pemeriksaan darah dan air kencing untuk memastikan hato, buah pinggang dan
lain-lain bebas dari penyakit berbahaya. Sila ikut cakap doctor dan jangan
teragak-agak supaya apa jua penyakit dapat dikawal dari awal.
7. Tabahkan hati dan kuat demi
bayi. Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Sayur, buah, susu kena ambil
dalam setiap hidangan.
8. Jangan putus doa dan sentiasa
positif. Dapatkan sokongan suami dan ahli keluarga terdekat.
Itu sahaja yang dapat aku
kongsikan. Semoga perkongsian yang tak seberapa ni membantu ibu bapa kat luar
sana.
Masa ini memang tak boleh panik.. Paling penting dapatkan nasihat nurse dan doktor.. Sha masa anak kena jaundice ini, memang kerap susukan dia.. Supaya dia kerap berak dan kencing..
BalasPadamCatat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.