Tutorial daftar Google Analytics

Rodiah Amir
3

Tutorial daftar Google Analytics

Pernah dengar tentang PV? Apa tu?

Hasil ber blog walking dan bercampur gaul dengan team Blogger Pantai Timur dalam group whatsapp akhirnya aku paham bila blogger lain tanya pasal PV. Apa benda la PV ni? Nak tanya malu tapi mahu tahu. Tapi masa tu diam je tak sampuk pun. Lepas tu mula la sibuk google mencari apa PV yang dibualkan.

Rupa-rupanya PV yang dimaksudkan adalah PAGEVIEW. Jumlah PV menunjukkan berapa ramai yang singgah menjenguk blog kita. Semakin tinggi PV semakin bagus la kiranya. Kiranya blog kita ni menarik orang untuk membaca dan content yang dikongsi memberi manfaat.

Memang niat di hati salah satu perkara yang aku nak buat untuk 2018 adalah nak tinggalkan dunia dengan perkara yang baik-baik. Nak penuhkan bakul pahala dengan apa yang aku ada. Baik di FB, blog, Instagram mahupun di alam reality.

Selain dari tu, PV yang tinggi juga dapat menarik pengiklan untuk mengiklankan produk mereka di blog kita. Banyak lagi factor tarikan lain tapi aku focus pada PV dulu kali ni.

Cara Semak Pageview Blog
Untuk memahami pembaca blog rodiahamir, aku menggunakan Google Analytics (GA) sebagai tool untuk mengutip data. Syaratnya kena sign up dan kemudian pasangkan code GA ni di blog. Lepas tu barulah GA akan dapat kumpul data untuk Pageview, bounce rate, user dan banyak lagi.

Cara daftar Google Analytics
Tiga langkah mudah nak dapatkan data tentang pembaca blog anda adalah sign up GA – pasang tracking code – pahamkan data yang dikumpul.


 Google Analytics register



Cara pasang Tracking code Google Analytics


Selepas selesai sign up, boleh lah copy tracking code dan pastekan di blogspot anda. Caranya ialah
Log in Google Analytics – admin – Property – tracking info – tracking Code
 Google Analytics register

Cara pasang Google Analytics code di blogspot
Dah copy code tadi log in ke blogspot, dashboard – settings – other – google analytics – pastekan code tadi di column Analytics Web Property ID – tekan SAVE settings sebelum perkara buruk berlaku.

Tunggu lah selepas beberapa jam in sha Allah data akan diperoleh.
So selamat mencuba memahami pembaca anda. Lepas ni dah boleh tahu pageview blog sendiri okei.
Mudah kan?
Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan