Resepi Donut GebuTanpa Uli - www.rodiahamir.com

Lifestyle & Food Blogger. Sharing about Parenting, tutorial, Beauty Tips, Entertainment &; Nice place

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Feb 28, 2018

Resepi Donut GebuTanpa Uli

donut viral fluffy

Antara kuih yang paling aku takut nak buat ialah donut. Kalau buat mesti keras, liat, dan mengecewakan. Tapi lepas guna resepi donut tanpa uli ni donut aku menjadi. 

terus excited dan confident nak buat lagi. Idea asal aku nak buat donut yang ada filing custard tu, tapi masih belum sempat. nanti ada masa kena repeat. 

Untuk adunan ni dapat dalam 18 donut besar perut tapak tangan. tak habis aku goreng separuh masak dah frozenkan. Dan donut masih lembut dan kembang bila di goreng. 

Tips lain ialah goreng semasa minayk betul-betul panas dan minyak kena banyak supaya donut masak sekata. kalau minyak kurang donut tak kembang. 

Jangan risau kalau terlebih rehatkan doh sebab masa aku buat dugaan banyak sungguh. Baby asyik panggil nak susu. Bayangkan aku buat pukul 7 petang pukul 10 baru dapat makan. 

Bahan-Bahan yang diperlukan adalah:

1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1setengah cawan air suam
2 sudu gula
- campurkan bahan ni dan biarkan kembang selama 10-15 minit

4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

-ramaskan bahan-bahan ni hingga jadi macam serbuk roti.
-Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata.
-Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup 
-Adunan memang sedikit tapi jangan pedulikan dia. 

-Lepas satu jam tumbuk2 doh tadi tuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.. Masa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan
-Biarkan selama 30 minit.. Lepas tu boleh goreng dan gaul dengan gula, or buat la apa yang korang suka. 

2 comments:

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.