Just Seafood Sunway Giza | Food Review - www.rodiahamir.com

Love to talk about my Life, Food, Recipe, Parenting, Beauty, Entertainment , & Travel

Breaking

Home Top Ad

Apr 19, 2018

Just Seafood Sunway Giza | Food Review

Just Seafood Review

Assalamualaikum, 

Sabtu lepas Kak Diah berkesempatan merasai keenakkan makanan laut bersama rakan Blogger dan turut disertai oleh otai rancangan makanan yang fofular di TV3 tu tak lain tak bukan Maria Tunku Sabri. Maria tengah shoot untuk program online dia “Bila Maria Jalan-Jalan Cari Makan”. 

shell out seafood
Untuk edisi makan-makan kali ni, Kak Diah telah mencuba menu Seafood Shell Out di Restoren Just Seafood yang terletak di Sunway Giza Kota Damansara. Yang naik public transport boleh stop di hentian MRT Surian. Sangat dekat dan mudah nak cari Sunway Giza Mall ni ya. 

Pemilik Just Seafood, Mr Terence ingin membawa Konsep Amerika tapi di dihidangkan dengan cara Malaysia dan dipersembahkan dalam hidangan di restorennya. 

Trend Shell Out ni mula viral pada tahun lepas bila ramai selebriti tempatan yang memuatnaik gambar mereka makan bersama keluarga dan rakan-rakan. Lepas tu banyaklah restoren yang tawarkan menu shell out sebab orang Malaysia suka kan makan comot-comot macam ni. 

"Seafood Shell out merupakan menu makanan laut yang terdiri dari kerang, ketam, udang, pelbagai jenis siput yang dimasak kering bersama pes cili dan dimakan bersama sayur sayuran yang direbus seperti brokoli, jagung, kentang, lobak merah. Nasi putih juga disediakan tetapi dalam kuantiti yang sedikit"

Kak Diah berkenan dengan restoren ni sebab dia ‘open air’ so selesa nak makan kalau bawa anak kecik. Sangat sesuai untuk mereka yang nak bawak kawan dan keluarga untuk sambutan hari jadi atau majlis perjumpaan rakan-rakan lama. Selesa habak hang. 
seafood viral
decoration yang simple
Order air orange juice so tak ada la muak sangat bila makan seafood. 
shell out viral
ketam dia isi banyak & fresh
Style makan memang lambak atas meja je. Lepas tu dinasihatkan guna la tangan. Baru nikmat nak makan. Sos paling aku suka semestinya Butter Cream Milk. Aku bagi 5 bintang. Creamy yakmat. Paling win ada sos durian woi, Creamy Durian. Peminat durian mesti suka la. Memang kaw rasa durian tu. Memang patut cuba. Selain tu ada Original Cajun, dan Golden Salted Egg. 
sebelum food depan mata tenang je..dah dapat memang huru hara

Just Seafood Sunway Giza
sos pilihan
Kat sini seafood dia semua fresh dan manis. Udang pun besar dan senang nak makan. Tak menyesal datang. Kepah, semua ada juga tau. 

Dekat sini ada pilihan samaada nak makan Seafood dengan Deep Fried Man Tou atau nasi Lemak Cajun. Untuk akak semestinya tekak melayu harus pilih nasi. 
Seafood sedap
ikan bilis tu memang penambah rasa rangup
Lepas habis makan, cuci mulut dengan Coconut Ice Cream. Sejuk dan tak terlalu manis. Aku habiskan sorang. Memang sedap. Aku bagi semua bintang yang ada. Wajib order. 
seafood viral
uih sedapnya makan masa cuaca panas-panas
Ni senarai harga kalau yang nak datang

Oleh sebab nak menarik lebih ramai pengunjung yang beragama Islam, Mr Terence sentiasa memastikan bahan yang digunakan adalah segar dan sentiasa mengutamakan aspek kebersihan & HALAL. 

Peminat Seafood kena datang sini ok, selesa, makan sedap dan berbaloi. Ni alamat dia. 

Just Seafood
A-9-G, Sunway Giza Mall, 
Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway, 
Kota Damansara, 47810, 
Petaling Jaya, Malaysia.

Waktu operasi: 12PM-10.30PM setiap hari
Tel: 012-229 0855 / 03-6144 6366 (reservation)


12 comments:

  1. Bestnya..cepat2 SA scroll laju- laju sebab dah start terliur..SA dah la tengah diet nasi..hahaha...apa pun iolls nyesal x dapat join masa ni...next time kena la terjah ni..nampak sedpa semua tu haaa

    ReplyDelete
  2. saya paling suka nasi lemak cajun...sedap giler...klu makan dengan nasi ataupun man tau dua2 pun sedap hehehe

    ReplyDelete
  3. wah. Creamy Durian. Tak tau nak test ke tak tu. haha. Tapi ada mussels, my favourite!

    ReplyDelete
  4. Astaga. Pagi-pagi tengok juadah nie terus Rawlins rasa nak pergi Sunway Giza makan kat sana hahaha. Makan dengan nasi panas - memang terbaik!

    ReplyDelete
  5. wow sos durian tu macam mana rasa dia makan dengan seafood hehe. Dulu selalu pergi sunway giza ni. Kedai ni belum cuba lagi.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya..masih teringat-ingat pulak rasanya. Paling kak min suka ialah salted egg sauce tu. memang terangkat!

    ReplyDelete
  7. I love shell out concept of seafood eating, although I have to make sure I avoid crabs cos I can't take it. Wan to try lah one day at Just Seafood.

    ReplyDelete
  8. Food looks delicious! That creamy durian I love :) I will add this to my food adventure!

    ReplyDelete
  9. I get the invitation as well. But didn’t manage to make it due to otherarrangement. It looks yummy

    ReplyDelete
  10. Well can't deny their seafood really good. And I like about this is they server in a boss instead of playing which is much more healthier

    ReplyDelete
  11. Feel hungry la when I look at the yummy and fresh seafood!! I really enjoy and love seafood alot, don't mind eat it every weekend. Thanks for intro this great dining place!

    ReplyDelete
  12. Wah tErliur Ika tengok Seafood ni! Dah la Ika peminat seafood. Sedapnya.

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.