Resepi Ikan Tongkol Masak Kari

ikan tongkol masak kari

Assalamualaikum, 

Dulu masa usia masih muda memang liat sikit akak nak makan ikan. Sebab ikan tu ada bau tersendiri so memang layan ayam je la pagi, petang dan malam. Dah jadi surirumah ni bosanlah hari-hari asyik menu ayam. So ku buka kan pintu hati supaya jatuh cinta pula dekat ikan. Lepas cuba baru la suka, mula jatuh cinta dengan ikan bawal emas, ikan tongkol, dan ikan sardin. 

Kali ni nak share resepi Ikan Tongkol Masak Kari sebab tengah rajin, kalau malas atau tak sihat badan akak masak Singgang aje ikan ni. Resepi bergantung kepada bahan-bahan yang ada dekat dalam peti ais. Hari tu ada terung telunjuk memang itu jela akak campakkan. 

Oh resepi akak ni simple aje ya, asal sedap di tekak sudahla.

Bahan-bahan: 

Bawang merah + putih 
Hirisan halia
Bunga Cengkih, Kulit kayu manis, dan bunga lawang
Ikan Tongkol
Serbuk Kari
Santan 
Cili Boh
Terung
Garam

Cara-cara:

Tumis Bawang merah + putih, Hirisan halia, Bunga Cengkih, Kulit kayu manis, dan bunga lawing sehingga garing. kemudian masukkan serbuk kari dan juga cili boh (ikut pedas yang korang nak). Serbuk kari akak bancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak. 

Kemudian masukkan santan, biar menggelegak kemudian masukkan Ikan Tongkol dan juga Terung. Perasakan dengan garam dan biarkan sehingga empuk dan kari masak. 

Cadangan makan dengan nasi panas atau lempeng. 
Selamat mencuba. 

2 comments:

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.