9 Cara Mudah Mendidik Anak

Perkongsian 9 cara mudah mendidik anak ini terhasil selepas menghadiri sesi bicara akademik 2018 beberapa minggu lepas. Diah berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri dan masih lagi menimba ilmu. Tak banyak mana pun pengalaman tapi seronok nak berkongsi. Oleh sebab sekolah bagi surat di saat akhir memang suami sedikit sukar nak mohon cuti. Jadi Diah sahaja yang menghadap cikgu kali ni. Alhamdulillah untuk sesi bicara akademik kali ni ibu bapa diberi keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2018. Mama yang berdebar nak tahu perkembangan akademik dia, Ikhwan pula selamba macam biasa la dia. Masa dekat rumah dia dah berangan nak dapat no satu. Mama dah nasihat kan supaya dia tak terlajak yakin. Risau nanti keputusan tak seperti yang dia nak dia kecewa. 

Mendidik anak dari kecil
Sesi bicara akademik 2018
Sesi berjumpa guru kelas memang sekejap sangat. Memandangkan dah keluar awal dan sampai ketika ibu bapa lain masih belum tiba jadi proses jadi mudah dan tak menunggu lama. Masa sesi bicara dengan guru kelas, memang Diah tanya habis-habisan. Apa kelemahan, apa perkembangan, macamana dia di sekolah. Cuak la kan, dekat rumah dia lembik je habis tenaga dah. Dekat sekolah kemain ligat ke sana sini. 

Cikgu terangkan Ikhwan tak banyak masalah di sekolah. Dia boleh bergaul dengan rakan sebaya, rasanya bab komunikasi atau takut tu dah kurang rasanya. Alhamdulillah dia juga fokus bila waktu belajar. Kalau ikut keputusan, cikgu kata Ikhwan ber otak matematik. Sah ikut abah dia. Ikut mama otak seni. Ok gelakkan diri sendiri. Untuk penambah baikkan cuma kena banyakkan latihan matematik di rumah. 

Sebenarnya masa cikgu bagi keputusan mama dah senyum lebar. Mama hampir nak menangis depan cikgu. Ok memang over tapi itu la perasaan mak-mak agaknya. Hasil didikan cikgu dan berkat garangnya mama serta sokongan padu abah Ikhwan dapat keputusan cemerlang. Kongsi di sini agar nanti di masa hadapan dapat ingat kenangan manis macam ni. Cikgu kata kalau ikut kan keputusan UPSR (andaikan peperiksaan kali ni UPSR) Ikhwan dapat 5A. Ya Allah bersyukur sangat. Ikut kedudukan dalam kelas dia dapat tempat kedua, kedudukan dalam darjah dapat tempat ke tiga. Doa mama supaya keputusan dia meningkat lebih baik dan dia dapat kekalkan prestasi.  

Nak kongsi apa kami buat untuk Ikhwan supaya dia tenang hati dan mudah nak terima ilmu. Ini 9 cara mudah mendidik anak versi Rodiah Amir.

  1. Ajar dia berdoa minta pada Allah. Sejak kecil ajar dia doa tak kira waktu. Bila dia mahu sesuatu dia akan berdoa. 
  2. Paksa dan ajar dia tidur awal supaya senang nak bangun subuh. Sebelum pukul 10 malam dah tutup tv dan semua tidur. Tanamkan dalam otak dia yang malam adalah waktu istirehat bersama keluarga, untuk beribadah kepada Allah untuk elak dia keluar malam bila dia besar nanti. ni persediaan awal ni. 
  3. Hormat ibu bapa, hormat guru, hormat orang tua dan hormat ilmu. Kena jaga dan sayang kan buku. Hargai alat tulis. 
  4. Setiap hari pesan pada dia supaya fokus bila cikgu mengajar. Jangan leka dan jangan terlalu gembira.  
  5. Limitkan dia dengan gajet. Kami tak ada gajet lain kecuali handphone. Kadang-kadang je beri peluang dia nak main game atau tengok youTube. 
  6. Berikan dia ganjaran dan puji sambil usap kepala bila dia berjaya buat sesuatu walau hanya tolong susun kasut. Peluk sambil beri nasihat sebab masa tu hati dia tengah lembut. 
  7. Suami kerap bacakan AlFatihah dan tiup ke ubun-ubun anak-anak.  
  8. Selalu ingatkan Ikhwan yang dia abang sulong. Bila abah tiada dia lah akan jadi pengganti. Dia akan jadi ketua. Bila mama dan abah dah tiada dia bertanggungjawab ke atas adik-adik perempuan dia. 
  9. Bila ajar, atau bercakap atau beri arahan pada Ikhwan selalu akan minta dia pandang mata. Supaya dia fokus dan faham apa yang di suruh. 


Orang luar akan nampak mama kejam dan macam ibu singa. Tapi mama tak kisah pun asalkan anak-anak mama behave dan berjaya. Jujurnya kami suami isteri masih lagi belajar dan terus belajar untuk didik anak-anak supaya pandai berdikari dan dekat dengan Allah. Semoga kelak bila mama dan abah tiada di sisi mereka akan ingat setiap ajaran dan ikut jalan menuju Allah. Semoga mama dan abah akan jadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak. sesungguhnya pengharapan dan sandaran hanyalah pada Allah yang Maha Berkuasa. 

Semoga perkongsian kali ni bermanfaat dan dijauhkan dari sifat riak dan takbur. Ibu bapa yang se kapal dengan Diah mari la kongsi apa cara awak pula. Boleh la kita bertukar-tukar pandangan. Yang masih bujang belum berkahwin pun boleh kongsi ilmu juga. Jumpa lagi di lain entry. Wassalam. 

1 comment:

  1. Limit dengan gadget tu, kadang ibu bapa dah buat yang terbaik tapi pengaruh kawan-kawan pula yang gagalkan

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.