Pengalaman Berada Di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur

by - October 10, 2018


Kali ni Diah nak kongsikan pengalaman Diah berada di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur pada bulan lepas. Kisahnya Diah ke sana untuk bawa anak bongsu kami yang berusia 8 bulan tu untuk pemeriksaan kepala. Pagi tu Airis Safiya jatuh katil masa orang sibuk bangun untuk solat Subuh. Terleka beberapa saat saja sedar-sedar dia dah meraung tertiarap dekat lantai. Ngeri betul kalau nak imbas kenangan tu semula.

Tengahari tu Diah bawa Airis ke Klinik swasta berhampiran rumah untuk dapatkan pemeriksaan lanjut. Sebelum tu memang dah call tanyakan tentang doktor. Memandangkan hari tu hari Jumaat memang nak elak pergi yang sia-sia. Alhamdulillah bersiap dan terus ke klinik. Sampai je di klinik jururawat beritahu yang Doktor ada hal kecemasan. Masa tu memang rasa nak marah tapi bertahan je.
Ceritakan serba ringkas apa yang berlaku dan jururawat nasihatkan Diah terus rujuk ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur memandangkan Airis ada muntah selepas terjatuh. Dia tak galakkan untuk menunggu doktor. Masa ni masih lagi zero knowledge tentang kecederaan kepala akibat jatuh. Jadi memang di akui sedikit panik dan ikut sahaja cadangan jururawat tu.

Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur
Kaunter Pendaftaran & Ruang Menunggu Jabatan Kecemasan HKL

Prosedur Pendaftaran Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur

Oleh sebab umur Airis dan situasi dia yang jatuh dan ter muntah jadi kes kami di kategori kan sebagai kes kecemasan. Bukan semua sakit boleh di klasifikasi kan sebagai kes kecemasan. Kes yang benar-benar meragut nyawa sahaja boleh mendaftar dan layak diberi rawatan kecemasan. Selepas sampai di Jabatan Kecemasan perkara pertama kena buat ialah mendaftar diri di kaunter hadapan. Kakitangan berkaitan akan tanya serba sedikit dan minta kita isi borang. Kemudian tunggu di ruangan menunggu sehingga nama di panggil.

Laluan ke Zon Hijau
Alhamdulillah kakitangan Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur sangat cekap dan juga mesra senyuman. Lepas nama dipanggil masa ni berjumpa dengan jururawat bertugas. Diah ceritakan kembali apa yang berlaku dan jururawat yang melayan akan rekod kan segala maklumat di dalam borang. Ada beberapa orang lagi MA yang bertugas. Walau berdepan hal kecemasan mereka masih tenang dan mesra memberi layanan kepada pesakit.

Selesai soal jawab pertama kemudian Diah dikehendaki merujuk ke Zon Hijau untuk berjumpa dengan doktor. Apa yang Diah perasan ada dua Zon. Zon Hijau dan juga Zon Kuning. Rasanya Zon Kuning untuk mereka yang lebih parah tahap kecederaan dan lebih teruk keadaan mereka. Sekali lagi kena mendaftar di kaunter dan membayar bil RM1. Dapat no giliran dan tunggu giliran utnuk berjumpa dengan doktor. Masa di Zon Hijau terjumpa pelakon dan pelawak AR Badul tapi bukan dia yang menerima rawatan. Dia nampak sihat. Mungkin tempat ahli keluarga lain yang berjumpa doktor.

Zone Hijau Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur
Zon Hijau Jabatan kecemasan HKL

Sesi soal jawab bersama doktor

Lepas beberapa minit, tak sampai setengah jam pun rasanya nombor kami dipanggil. Sekali lagi Diah terpaksa cerita semula kejadian yang berlaku. Alhamdulillah penerangan doktor mudah difahami dan doktor sangat-sangat mesra pesakit. Walau muka penat tapi layanan tetap terbaik. Doktor tenang je lakukan pemeriksaan. Alhamdulillah Airis tidak mengalami kecederaan teruk akibat jatuh katil.

Doktor nasihat kan supaya terus pantau tahap kesihatan Airis dan jika ada tanda-tanda yang menunjuk kan peningkatan kecederaan serius memang kena datang semula ke Jabatan Kecemasan. Lepas selesai sesi soal jawab kami dibenarkan balik. Pesan doktor, jika berlaku sawan, bayi resah dan muntah, tiba-tiba berlaku pendarahan daripada hidung atau telinga yang berterusan dan banyak kena cepat-cepat rujuk ke hospital.
Berjumpa doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur
Tunggu Giliran berjumpa Doktor
Pengalaman dan Pengajaran

Sepanjang berada di Jabatan Kecemasan kuala Lumpur mulut tak henti-henti ucap syukur dan kasihan kepada mereka yang datang untuk terima rawatan. Jika dibandingkan dengan apa yang terjadi dekat Airis kesakitan mereka lebih teruk. Ada pelajar lelaki (sekolah rendah) yang berdarah dahi, pelajar perempuan sekolah menengah yang duduk di kerusi roda sebab kaki berdarah akibat kemalangan, ada yang demam muka pucat dan tangan di cucuk dengan jarum untuk masuk air. Ada yang berbalut kaki dan tangan. Eh macam-macam. Sesungguhnya mereka yang bekerja di Jabatan Kecemasan memang cekal hatinya. Tahniah dan besar ganjaran nya kerana anda melakukan tugas dengan baik sekali.

Apa yang Diah kongsikan dekat blog sekadar ingatan untuk diri di masa hadapan. Juga untuk yang tak pernah mengalami pengalaman di Jabatan Kecemasan boleh la baca sebagai pengetahuan. 

You May Also Like

3 comments

  1. tu lah kadang kadang nak marah kalau terlambat ke apa pun tak ajdi bila fikir susah apa yang dorang kat hosp tu lalui tiap hari kan

    ReplyDelete
  2. Allahu akbar, nasib baik anak awak tak alami kecederaan serius, kena lebih berhati-hati lepas nie.. Dulu, jabatan kecemasan HKL adalah tempat yang paling sibuk tapi kini dah pindah kat klinik kesihatan Kuala Lumpur taman tasik titiwangsa.

    ReplyDelete
  3. Syukur xde pape. Alhamdulillah.
    Aida pernah few times di kecemasan spital. Utk abah. Suami. Yg paling debar ialah anta suami lah. Dia di zon merah! Pedih buah pinggang :-(
    Semlman dgn kakak-kakak yg masih kecik masa tu. Aida pregnantkan Izzat 8 bulan. Gabra nyer lah.
    Menyaksikan la mcm2 kes kecemasan jugak. Yg accident. Yg nak bersalin. ... Pengalaman, kan.

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Entri Popular Bulan ini

SUBSCRIBE NEWLETTER