Pengalaman Baby Prolonged Jaundice
Assalamualaikum,
Semalam seharian di luar uruskan
Baby Airis yang sepatutnya pergi ke Paed HKL untuk ambil sampel darah untuk kes
Prolong Jaundice. Untuk bayi yang Kuning biasanya bacaan haruslah di bawah 100
untuk umur bayi 15 hari dan ke atas.
Sudah rezeki Airis dia disahkan
oleh doctor Prolong Jaundice. Sampel darah harus di ambil untuk memastikan yang
Airis bebas penyakit berbahaya yang melibatkan Hati, Thyroid dan lain-lain. Lengkap
doctor tu explain semalam dan minta kami tidak terus panik. Oh bukan setakat
darah je yang di ambil, sampel air kencing juga turut di uji. Kelakar bila
fikirkan cara nak ‘tangkap’ kencing anak sendiri.
Ujian akan di ketahui selepas dua
minggu dan seterusnya tunggu tarikh untuk follow up. Di doakan semoga semuanya
baik sahaja. Semalam ada beberapa kejadian kelakar sebelum kami betul-betul
sampai di bangunan Pediatrik HKL. Check-up di KKGS semasa baby Airis berusia 15
hari, dan ke esokkan harinya baru kami refer ke HKL.
SALAH TEMPAT
![]() |
ini KKKL tempat kami salah pergi |
Masa doctor KK Gombak Setia
explain suruh refer Paed HKL, masa tu dah confirmkan dengan doctor yang bukan
perlu ke KKKL (Klinik Kesihatan Kuala Lumpur) yang terletak di belakang Istana Budaya,
tapi doctor ada sebut Jabatan Pesakit Luar. Yang aku faham, HKL dah tak ada
Jabatan Pesakit Luar so any case refer to KKKL. Setelah tanya beberapa kenalan
pun ramai suggest ke KKKL.
Pagi tu pun masa tanya bahagian
registration pun dia kata ini lah tempatnya. Atau dia tak dengar aku ada cakap
pasal surat rujukan dari KKGS agaknya. Proses berjalan lancar, dengan ambil
darah, hantar ke lab dan berjumpa doctor. Masa ni la baru tahu kebenarannya.
KAMI TERSALAH TEMPAT. Betul lah kena pergi ke HKL bangunan Pediatrik.
Masa ni dah hentak-hentak kaki
menyesal, geram dan sedih on behalf baby Airis. Kesiannya baby tadi dah melalak
kena ambil darah kat tumit sekarang kat tangan pula. Doctor baik sangat dan dia
sempat minta maaf. Dalam hati cuba bersabar sebanyak mungkin. Hikmahnya kami
dapat tahu bacaan darah pada pagi tu. turun dari 212 ke 177. Alhamdulillah.
PENDAFTARAN DI PEDIATRIK HKL
Oleh sebab waktu dah hampir ke
lunch hour jadi kami terus ke HKL dan ambil no giliran awal sebab registration
bermula pada pukul 1.30 petang. Alhamdulillah walau pening cari bangunan Pediatrik ni tapi urusan pendaftaran, timbang baby dan dipanggil doctor berjalan lancar. Berat
semasa adalah 3.9kg. baby tak perlu buka pampers dan baju masa di timbang. I like.
Orang super ramai tapi semua under control. Staff pun semua friendly. Free stress
agaknya.
Masa Doktor check Baby Airis, dia
picit satu badan, pegang kepala dan cuba lepaskan. Tak reti nak explain tapi
tak bahaya la Cuma nak check baby response atau tak dan aku pun tak tahu nak
explain detail. Doctor tahu la kan buat kerja dia. Doktor explain kuning akan
start dari kepala, dada, perut ke hujung kaki (paling kritikal), lepas tu bila
nak recover dia akan naik ke dada, muka dan last kat mata putih. Kami angguk
tanda paham.
Doctor ada explain yang Prolong
ni ada dua sebab; Breastmilk Jaundice atau masalah serius berkaitan Hati, buah
pinggang, Thyroid dan lain-lain. Breastmilk
Jaundice pula adalah tindakbalas hormone baby (tak tahu nama specific) terhadap
susu ibu dan akan hilang kuning after one or two months. Normal sahaja. Untuk sebab
yang ke dua la sampel darah di ambil untuk memastikan baby bebas penyakit
bahaya tu.
SAMPEL DARAH DAN AIR KENCING
Lepas tu ke bilik rawatan lain
pula untuk cucuk ambil sampel darah. Dalam 3 tabung uji suami kata. Tak terlalu
banyak dan tak terlalu sikit. Oleh sebab mak hati tisu suami yang masuk dalam
bilik, mak pergi kaunter ambil tabung untuk tadah kencing. Tapi nurse kat
kaunter pula insist kena tunjuk baby dahulu baru dapat bekas. Keluar je bilik,
basah mata baby Airis melalak. Terus pujuk bagi susu dan tukar pampers dan
bermula lah episode suruh dia kencing. Lama weh aku tunggu dalam setengah jam
juga.
Aku cakap-cakap dengan dia then
aku gosok-gosok perut nak bagi geli. Secara logik kalau dia sejuk biasanya baby
akan terkencing. Lepas aku bercakap-cakap dengan dia baru kencing nak keluar. Itu
pun mak hegeh-hegeh nak ambil bekas tadah. Mak terkesima nak. Dapat la sikit dan
nurse tu puas hati. Kira ok la. Sakit perut mak gelak nak.
Ramai juga anak yang Prolong Jaundice.
Rezeki kita dapat siapkan awal. Tapi nurse and doctor ada advise, andai tak dapat
air kencing hari tu boleh balik dan cuba di rumah dalam masa 14 hari. Dengan
syarat, sampel harus di hantar dalam masa 1 jam (doctor cakap) atau 4 jam
(nurse cakap). Or else nanti air kencing akan tercemar dan kena ambil semula.
Alhamdulillah semua selesai pukul 3 petang. Kami balik dengan muka bersinar-sinar dengan harapan Baby Airis sihat sejahtera. Mak masih sedih nak kau di cucuk.
3 comments
anak gee yang ke 4 baruni proponged jaundice jugak..sebulan gi check up baru okey..adeh dugaan sungguh.
ReplyDeletegood info for me
ReplyDeletePart cucuk amik darah tu memang mak kena jiwa kental.. Sha part tu yang paling nak tertewas rasanya.. Sedihkan sis bila tengok baby kena cucuk.. Semiga baby sis semakin sihat dan kuat. Aamiin.
ReplyDeleteKata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.