Semak Kelajuan Blog Guna Pagespeed Insights

Rodiah Amir
5
Entri kali ni Diah berkongsi tentang page speed atau kelajuan blog sebab lepas semak prestasi blog sendiri dekat https://website.grader.com/ rasa geram sebab skor page speed cam hampes. 

Skor untuk Page size dan page requests masih boleh dimaafkan lagi tapi skor untuk Page Speed amatlah mendukacitakan.

Ok sebelum pening apa itu Website Grader dan kegunaannya boleh baca entri yang Diah pernah kongsi sebelum ni tutorial-semak-seo-performance-blog.html

Semak Kelajuan Blog Guna Pagespeed Insights 

Walaupun Diah bukan lah orang yang arif dalam dunia blogging tak kira dari aspek apa pun (terutama SEO) tapi izinkan Diah nak berkongsi serba sedikit ilmu yang Diah ada. Mana tahu bermanfaat untuk yang membaca.

Rujuk Pakar SEO Blogspot 


Maafkan Diah kalau sepanjang perkongsian ini Diah tidak menggunakan kata kunci yang tepat atau salah label atau gagal menjawab persoalan anda. 

Untuk ketahui tips nak jadi kan blog power SEO Diah selalu rujuk Pakar SEO Malaysia yang amatlah ramah dan tak kedekut ilmu iaitu Saudara Hasrulhassan.com

Dah jadi rutin biasa setiap bulan, bila dah sayangkan blog memang setiap minggu akan dimanfaatkan masa untuk semak prestasi dan kelajuan blog. 

Banyak online tools percuma yang ada dan diakui memang sangat membantu. nak subscribe yang berbayar masih belum mampu.

Berbalik kepada Website Grader, blog yang bagus mestilah berkelajuan tinggi apabila dibuka. Mesti dalam tempoh masa bawah 3 saat, blog kita dah terpampang sepenuhnya. Itu dah kategori super hebat. Banyak benda kena ambil tahu kalau nak laju dan ringankan blog.


Kenapa Blog Perlu Laju? 


Kenapa nak kena ada blog yang bersaiz kecil dan berkelajuan tinggi? Secara mudahnya supaya blog mesra SEO dan mudah sangkut di carian Google. 

Baru la meningkat earning adsense dan dapat pikat pihak pengiklan. Itu kefahaman Diah sendiri. Kak Maria Firdz ada kongsi tips tentang blog saiz dan format gambar terbaik untuk blog

Diah follow blog Kak Maria sebab suka baca perkongsian dia dan cara penulisan yang kena dengan hati. 

Bila kita dah tahu berapa skor yang Website Grader beri untuk blog awak, maka rajin kan lah diri nak faham bahagian mana yang harus dibaiki. 

Kalau awak ada masalah seperti Diah, page speed yang hazab maka boleh teruskan membaca. Kita faham sama-sama ya. 

Diah gunakan PageSpeed Insights iaitu tools dari Google yang boleh anda guna secara PERCUMA bila nak semak masalah blog anda berkaitan kelajuan blog. 

Mudah je nak semak, masukkan URL laman web anda dan tekan analisis. Hasilnya PageSpeed Insights akan mencadangkan cara nak tingkatkan kelajuan blog. 

PageSpeed Insights melaporkan performa nyata halaman untuk perangkat seluler dan desktop serta memberikan saran tentang cara meningkatkan performa halaman tersebut. Boleh baca lebih tentang PageSpeed Insights dekat sini

Macam gambar dekat bawah ni, ini adalah skor page speed blog Diah selepas Diah ikut saranan yang diberikan oleh PageSpeed Insights. Skor bila view blog melalui mobile dan juga desktop. 

Skor kelajuan blog Diah ialah 58 (mobile) termasuk dalam kategori sederhana dan 98 untuk view dari desktop. Sebelum tu skor Diah dalam kategori merah tau. 

Apa Diah buat adalah pergi edit HTML blog dan buang apa yang patut. Skor sebelum adalah berwarna merah ya, dan selepas di buang dah improve jadi moderate (warna kuning). Lepas tu Diah semak semula performance blog di Website Blogger, skor blog meningkat dan Page Speed berubah lebih baik. Alhamdulillah. 

Semak Kelajuan Blog Guna Pagespeed Insights
Speed Score Blog Melalui Mobile


Semak Kelajuan blog
Speed Score Blog Melalui Desktop

Berbalik kepada PageSpeed Insights, setelah blog berjaya di analisis sepenuhnya, nanti dia akan cadangkan Opportunities, Diagnostics dan juga Audit report. 

Boleh tekan pada opportunities dan ikut sahaja cadangan yang diberikan. Sebagai contoh Diah tekan Opportunities, No 1 tu nanti keluar detail. 

Diah copy dan cari di HTML blog (dashboard – theme – edit HTML) dan buang apa yang patut. Sebelum buat apa-apa sila buat back up template blog. 

Sebelum save preview dulu. Kalau elok baru tekan save ye kawan-kawan. Nanti menyesal tak berguna. Apa yang Diah buat adalah try and error.

Salah satu punca blog jadi berat adalah sebab saiz imej dan juga widget yang di pasang dekat blog. kadang-kadang bila kita tukar template, kita tak sedar masih ada widget yang terselindung jadi sampah dalam tu. 

Jadi ni antara penyebab blog jadi berat. Kalau ikut saranan otai, widget Google Follower, Chat Box dan lain-lain akan buat blog jadi berat. Jadi terpulang pada pilihan masing-masing.


PageSpeed Insights Score



Lepas selesai buang kod yang berkaitan, dan semak semula performance blog dekat Website Grader skor dah pun menaik. Page speed yang awal nya tadi berwarna merah dan bertukar jadi hijau. Suka hati. 

Web Grader Score
Cara Semak Kelajuan Blog
Page Performance
Penutup

Kalau nak performance blog sentiasa cantik kena la rajinkan diri buat semakan sekurangnya dua kali sebulan. Skor pun sentiasa berubah-ubah setiap hari. 

Semoga perkongsian kali ni bermanfaat untuk yang membaca. Kalau ada perkongsian ilmu lain berkaitan blog, sudi-sudi lah berkongsi nanti Diah baca. 

Selamat mencuba. 

Tags

Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan