Rezeki Menang Hadiah Giveaway Tudung Bawal By Cik Puan Rrai

Rezeki Menang Hadiah Giveaway Tudung Bawal By Cik Puan Rrai | Assalamualaikum. Hi korang. Yeayyy Diah bersyukur dan gembira sangat bila nama Diah tersenarai sebagai pemenang hadiah Giveaway Tudung Bawal By Cik Puan Rrai. Blog bajuwarnacoklat.com merupakan blog kepunyaan Cik Puan Rrai dan dia buat giveaway pada bulan September lepas. Baru-baru ni dia telah umumkan para pemenang bertuah (semestinya iols) dan hadiah telah pun selamat sampai ke tangan Diah. Alhamdulillah. 

Perasaan gembira tak habis lagi jadi izinkan Diah berkongsi kegembiraan dengan korang semua. Memang wajar la Islam amat menggalakkan memberi hadiah dan bersedekah. Memang terbaik la amalan ni. Semoga Cik Puan Rrai dimurahkan rezeki, dilapangkan fikiran dan berjaya dunia akhirat. Aamiin. 
Pemenang Hadiah Giveaway Tudung Bawal By Cik Puan Rrai
Saya menang  Hadiah Giveaway Tudung Bawal By Cik Puan Rrai
Diah sertai Giveaway Tudung Bawal By Cik Puan Rrai sebab tertarik dengan cara Cik Puan Rrai pilih pemenang. Diah terpilih untuk memenangi kategori Kreatif. Ada dua kategori iaitu Random dan Kreatif. Antara syarat dia juga kena kongsi tips atau nasihat kepada ibu yang sedang mengandung. 

Pemilihan Pemenang 
6 Tips Legakan Pedih Ulu Hati Ketika Mengandung

Almaklumlah dah merasa lahirkan dan alahan masa mengandung amat mencabar jadi berbesar hati sangat kalau dapat kongsi dan bantu ibu mengandung dekat luar sana. Diah pernah kongsi 6 tips pedih ulu hati semasa mengandung sebab itu antara cabaran utama masa tengah mengandung. 

Memang dah jadi kemestian, asal mengandung je akan pedih ulu hati. Masa mengandung anak ketiga segala tips pernah cuba tapi kurang berkesan juga akhirnya Diah cuba tips tambahan ni Diah ada cerita dalam entri ni  Lagi satu Diah selalu rujuk website Baby Centre untuk baca tips dan juga ilmu pasal mengandung ni bagus untuk yang bergelar ibu dan juga bakal ibu. 

Pengumuman Pemenang Giveaway Tudung Bawal By Cik Puan Rrai

Pengumuman Pemenang Giveaway Tudung Bawal By Cik Puan Rrai di umumkan pada Cuti Deepavali yang lepas. Alhamdulillah lepas di umumkan terus bagi detail yang diperlukan pada Cik Puan Rrai. Bertambah seronok Cik Puan Rrai ada bagi hadiah tambahan iaitu diberikan 1 pcs Face Mask Canola Honey. Lagi melompat kegembiraan. Rezeki. Nanti Diah kongsi hadiah tu dengan korang ok. Kongsi gambar la bukan kongsi tudung lol. 


Apa pun terima kasih wahai pemilik blog Bajuwarnacoklat. Korang pun sila la follow blog Cik Puan Rrai sebab dia banyak kongsi benda best. Semoga maju jaya dan kalau ada giveaway confirm Diah nak join lagi. 

Selamat berblogwalking. 

8 comments:

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.