4 Cara Mudah Siapkan Bekal Makanan Anak Ke Sekolah

By Rodiah Amir - January 29, 2019


4 Cara Mudah Siapkan Bekal Makanan Anak Ke Sekolah | Antara rutin harian bila dah jadi seorang ibu adalah nak siapkan bekal anak ke sekolah. Untuk pastikan anak dapat makanan yang terjamin kebersihan dan juga khasiat yang diperlukan memang perlu bangun awal pagi untuk memasak. Kadang-kadang kalau keadaan tak mengizinkan atau tidak sihat baru lah Diah benarkan anak untuk beli di kantin sekolah.

Kebiasaan Diah akan bangun pada pukul 6 pagi dan mula memasak. Segala persiapan akan disiapkan dahulu pada malam sebelumnya sebab pergerakkan pada awal pagi amatlah perlahan. Kalah siput. Jadi bila bahan-bahan semuanya dah di potong dan dibasuh, hanya tinggal perlu memasak sahaja.

Anak Bawa Bekal Makanan Ke Sekolah
Cara Mudah Siapkan Bekal Anak Ke Sekolah
Diah kongsikan 5 cara mudah nak siapkan bekal anak untuk dibawa ke sekolah. Oleh sebab Diah ada anak kecil jadi tugas memasak lebih mencabar. Bila praktik kan cara yang Diah kongsikan ini ianya amat membantu. Alhamdulillah sebulan persekolahan, perjalanan siapkan bekal berjalan lancar walau ada hari anak terpaksa beli di kantin. Maaf ye anak. Jom semak empat cara mudah nak siapkan bekal anak ke sekolah.

#1 Pilih Menu Untuk Satu Minggu

Diah memang galakkan untuk ibu-ibu menetapkan menu bekal untuk satu minggu. Senang kerja. Jadi bila dah ada menu, boleh lah ibu shopping bahan-bahan untuk memasak. Bukan sahaja mudahkan proses memasak malah dapat berjimat dan elak beli yang berlebihan. Kalau kehabisan idea Diah selalu tanya anak apa yang dia suka makan. Contoh jadual yang biasa Diah sediakan dan tukar bila bosan.

Menu Bekal anak ke sekolah
Cadangan Menu untuk 1 Minggu
#2 Pilih Menu Yang Mudah Dimasak

Tak perlu bekalkan anak dengan menu yang terlalu sukar untuk dimasak. Sebaiknya pilih menu yang mudah dan menarik minat dan selera anak-anak untuk makan. Pastikan juga menu yang dibekalkan dapat buat anak kenyang dan bertahan sehingga waktu makan seterusnya. Biasanya anak-anak suka kalau makanan mereka berwarna warni jadi cuba masukkan warna-warna dari pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan dalam bekal mereka.

 #3 Sediakan Bahan-Bahan Lebih Awal

Untuk mudahkan urusan memasak, Diah akan pastikan segala bahan tumis macam bawang, dan rencah dah siap dikupas dan dibersihkan. Lagi bagus kalau memang ada pes yang dah siap di blend tu. Sayur juga kena basuh dan dipotong awal. Kerja-kerja persiapan tu memang agak leceh dan memakan masa. Silap haribulan boleh buat kita hilang semangat nak memasak.

#4 Beli Bekas Bekal Yang Cantik

Cari bekas yang cantik dan mempunyai penutup kedap udara untuk elak makanan dari tumpah. Diah akan cari bekas bekal yang ada portion supaya lebih senang nak asingkan makanan. Tengok konsep “Bento” yang selalu di hidangkan di restoran makanan Jepun, menarik kan? Jadi kita tiru dan improvise sahaja. Jangan lupa sertakan sekali sudu dan garpu. Tips: beli banyak bekas sebab ada kemungkinan anak-anak akan tertinggal atau hilangkan bekas. Menangis mak di bucu meja bila ada Tupperware yang hilang. lol.

Bekas Bento Cantik
Contoh Bento Box Cantik * google image

Diah percaya setiap ibu bapa akan cuba buat yang terbaik untuk anak-anak mereka. Paling utama pastikan anak dapat khasiat secukupnya melalui pemakanan. Nak masak di rumah atau beli sahaja di kantin sekolah tidak menjadi masalah, asalkan anak-anak makan. Baru bertenaga nak tumpukan perhatian di sekolah.

Harus bersyukur juga bila anak-anak tidak memilih makanan dan tak menolak jika disuruh bawa bekal. Untuk ibu yang mempunyai anak Picky Eater atau ada alahan lagi lah mencabar kan? Jangan putus asa. Teruskan perjuangan dan kongsi la apa menu korang selalu bekalkan anak bila ke sekolah.

Note: Selalu ingatkan anak supaya makan dan jangan terlalu pemurah beri bekal makanan pada kawan-kawan sampai dia sendiri tak makan. Kawan-kawan lebih teruja dengan bekal Ikhwan. Hahaha.

  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. tabik kepada ibu2 yang bangun awal pagi sediakan makanan.. =D

    ReplyDelete
  2. Pilih menu tu mesti part mencabar kan.. Pening duk mikir menu yang sesuai untuk anak anak. Senang sedap cepat

    ReplyDelete
  3. cik ash xde anak bangun pagi pukul 6 gak buat sarapan dan bekal dekat suami hihihi

    ReplyDelete
  4. weih bagusnya. ak belum sampai seru lagi ni nk buat bekal. tapi ak rase macam nk save je gmbor menu tu. nk try buat bekal diri sndiri dlu.

    ReplyDelete
  5. nice sharing. boleh cedok idea bento.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Saya dah plan nak beli bento set untuk Auni tahun depan. Semoga mak rajin..haip!

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.