Tiga Beradik Lemas Di Terengganu
Terbaca kisah kematian tiga
beradik perempuan yang dipercayai lemas di Dungun Terengganu. Dilaporkan tiga
beradik ni mengikut makcik mereka bercuti ke Terengganu dan mereka berkelah di
pantai petang semalam.
Difahamkan yang pada awalnya dua daripada mangsa telah
ditarik oleh ombak besar ke laut dan kemudian kakaknya cuba menyelamatkan
adik-adiknya.
Malang sekali cubaan itu gagal dan kakaknya juga ditarik ombak yang begitu besar. Ketiga-tiga mangsa dihanyutkan ombak ke tengah laut. Ombak pantai memang menakutkan. Fobia.
Malang sekali cubaan itu gagal dan kakaknya juga ditarik ombak yang begitu besar. Ketiga-tiga mangsa dihanyutkan ombak ke tengah laut. Ombak pantai memang menakutkan. Fobia.
Ibu bapa mereka tidak turut serta
kerana menguruskan urusan persekolahan yang bakal bermula tak lama lagi.
Kebetulan mereka sekeluarga masih lagi keletihan kerana baru balik bercuti dari
Thailand.
Ajal menjemput dan sekaligus si ibu dan bapa kehilangan anak-anak
mereka. Sungguh mereka insan terpilih. Diuji dengan musibah seberat ini.
Rasulullah SAW bersabda:
“Tidaklah seorang Muslim tertimpa sesuatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah
akan menggugurkan bersamanya dosanya seperti pohon menggugurkan daun-daunnya.”
[HR Bukhari dan Muslim]
Kenangan Lemas di Pantai Teluk
Cempedak
Teringat berpuluh tahun dahulu ada satu peristiwa hitam berlaku dalam keluarga kami juga dikaitkan dengan laut dan peristiwa orang mati lemas ni. Paling tepat yang menjadi mangsa lemas adalah jiran Diah di kampung. Arwah sangat rapat dengan Diah.
Kiranya dia
pangkat abang. Arwah seorang yang kelakar, periang dan bijak. Nama yang selalu
dipanggil di sekolah untuk terima anugerah kecemerlangan.
Banyak buku-buku arwah diberikan pada Diah, sebab mak dia kata dia berniat nak hadiahkan pada Diah. Allahu. Walaupun pun dah berpuluh tahun perkara tu berlaku namun kenangan manis dan ingatan pada arwah tak pernah pudar. Orang yang baik memang akan dikenang sampai bila-bila.
Masih ingat waktu tu orang masih sibuk berhari raya. Masing-masing tengah bercuti jadi kesempatan tu abang Diah dan rakan-rakan dia ambil kesempatan untuk makan angin di Teluk Cempedak di Kuantan Pahang. Hajatnya nak mandi pantai.
Mereka bertolak dengan menaiki van,
pagi tu arwah ceria. Sebelum bertolak sempat dia dukung anak saudara Diah yang
berusia setahun. Anak saudara gembira bila didukung arwah dan menangis teruk ketika
arwah mahu bertolak pergi. Seperti tak merelakan arwah pergi.
Kami sedar ianya seakan satu petanda bila petang tu dapat panggilan diberitahu yang arwah lemas dan masih belum dijumpai. Berita arwah lemas kami terima dengan sukar sekali.
Lepas
beberapa jam operasi menyelamat diadakan arwah dijumpai tersepit di celahan
batu besar. Kepalanya cedera akibat terhempas dengan batu akibat dipukul ombak.
Sayunya hati Allah sahaja yang tahu.
Sampai sekarang tiap kali ada berita orang mati lemas, kenangan dengan arwah pasti menjelma. Peritnya kehilangan tu. Diah hanya jiran tapi amat terasa sekali pemergian arwah. Apatah lagi ahli keluarga.
Langkah-langkah Pencegahan Ketika Musim Banjir
Baru Diah tahu yang sesetengah kawasan laut mempunyai arus deras yang boleh menarik mangsa ke kawasan air dalam. Selama ni mandi laut tapi kurang kesedaran tentang bahaya yang boleh menimpa.
Untuk
kita yang masih hidup ambil iktibar setiap apa yang berlaku. Antara
langkah-langkah pencegahan yang boleh di ambil bila kita berada di kawasan
perkelahan pantai, air terjun dan sebagainya ialah:
- Ketahui ramalan cuaca
- Berenang dan menyelam dengan selamat. Berjaga-jaga jika berenang di dalam arus dna banyak kejadian lemas berlaku di sungai bila berenang dalam arus.
- Jangan memasuki air dengan terjun kepala dahulu melainkan dasar dan kedalaman dasar diketahui. Kecederaan tengkuk dan leher boleh mengakibatkan lemas. Elakkan pengambilan alcohol sebelum berenang dan jangan berenang berseorangan.
- Anak kecil yang berenang perlu ditemani orang dewasa. Pakai jaket keselamatan bila berada di air.
- Belajar berenang dapat membantu bila berada dalam keadaan sukar dan atasi panik.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.