Cara Semak JomPAY Biller Code PTPTN

Rodiah Amir
0

Hai korang, entri kali ni khas untuk peminjam PTPTN yang dah mula buat pembayaran balik pinjaman korang menggunakan JomPAY. 

Tahu kan banyak  saluran bayaran balik telah disediakan antaranya adalah secara online seperti melalui kaedah Perbankan Internet, JomPAY, myPay PTPTN dan juga melalui Portal Rasmi PTPTN. 

Tapi berapa ramai yang tahu, setiap kaedah yang disediakan tu dikenakan caj transaksi kecuali JomPAY. 

Sebelum dapat kesedaran tentang caj ni, Diah buat bayaran balik PTPTN melalui Perbankan Internet melalui bank-bank yang tersedia dan rupa-rupanya caj dikenakan bermula dari 0.50 sen ke RM1 per transaksi. 

Tak pasti berapa baki pinjaman PTPTN? Boleh semak di sini. 

Cara Semak JomPAY Biller Code PTPTN  

Dah lebih setahun kot kena caj buta-buta begitu. Adeh. Tepuk dahi. Bayangkan kalau dalam tempoh bayaran balik ialah sebanyak 15 tahun dan Diah buat bayaran setiap bulan dah berapa banyak caj dibayar?


Bayaran Balik PTPTN Semak Biller Code PTPTN


Untuk mereka yang buat bayaran balik melalui myPay PTPTN (aplikasi mobile web), caj yang dikenakan ialah RM0.50 per transaksi. 

Jika membuat bayaran balik melalui portal rasmi PTPTN pula, walaupun tiada caj dikenakan tetapi pemilihan bank adalah terhad kepada 12 bank dan 3 kredit kad sahaja yang diterima. 


Cara semak Biller Code JomPAY PTPTN


Pilihan terbaik setakat sekarang adalah membuat bayaran balik PTPTN adalah dengan menggunakan JomPAY sebab ianya TANPA CAJ. Terdapat 40 bank yang terlibat dan cara bayaran pun sama je dengan perbankan Internet cuma anda kena dapatkan Biller Code JomPAY sahaja. 

Macamana nak semak dan dapatkan biller code tu? Mudah je.
  1. Pergi ke website PTPTN  www.ptptn.gov.my
  2. Pilih tab e-PERKHIDMATAN dan pilih Bayaran Balik
  3. Tekan semakan JomPAY
  4. Masukkan 12 digit kad pengenalan
  5. Tekan Cari dan siap


JomPAY Biller Code PTPTN



Biller Code PTPTN JomPAY


Masukkan Kad Pengenalan PTPTN
Masukkan No Kad Pengenalan 
Setel!

Bila dah dapat biller code dan juga Ref no boleh lah log in online banking bank masing-masing. Ada 40 bank yang menyediakan JomPAY seperti Maybank, CIMB, Bank Islam dan banyak lagi. 

Caranya mudah sahaja, pilih bayararan menggunakann JomPAY dan masukkan biller code tadi dan juga reference no yang diberi. 

Reference no yang kedua ialah no telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan PTPTN. Kalau yakin maklumat yang di isi adalah betul bolehlah klik teruskan untuk buat pembayaran. 

Selesai!

 Selamat mencuba dan semoga info ni berguna untuk korang. 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)