Selamat Tinggal 2018 dan Hai 2019


Selamat Tinggal 2018 dan Hai 2019 | Sebelum tarikh 1 September 2019 berlalu pergi kita tinggalkan satu jejak sebagai kenangan dan juga pembakar semangat untuk meneruskan karya sebagai penulis blog. Setahun berlalu penuh suka duka dan semoga kedatangan tahun dengan angka yang baru membawa perubahan diri dan keluarga ke arah yang lebih baik. Aamiin.

Tahun 2018 tahun menerima cahaya mata dan juga tahun kehilangan kerjaya tetapi tahun 2019 di doakan keadaan lebih baik dari segala sudut. Walaupun sedikit sedih dengan dugaan dalam kerjaya tapi Diah percaya setiap yang Allah aturkan tak pernah salah. Cuma nak kuatkan diri dan terus jalan ke depan tu ambil masa.

Welcome 2019
2019 Please Be Good

Kenangan Tahun 2018

Rasanya tahun 2018 adalah tahun pembelajaran dan cari kawan. Antara tahun-tahun yang berpeluang kenal kawan baru. Kawan blogger. Berkesempatan turun padang untuk hadiri event dan tengok dunia luar. Memang lain. Turun sebagai seorang blogger.  

Tahun lepas juga kami dianugerahkan cahaya mata. Alhamdulillah dia lahir di kala diri memang memerlukan kekuatan dan juga waktu rehat. Diah selindungkan kedukaan dan fokuskan membesarkan dia. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Tahun sudah juga tahun untuk memerhati, belajar dan cuba rasa. Maka tahun seterusnya kena berani maju melangkah setapak kehadapan. Tak mahu terus-terusan buat kesalahan dan duduk dalam kelompok yang selesa. In sha Allah.

Selamat Datang 2019

Untuk 2019 dah letak azam dan nak ajar diri supaya lebih berdisiplin capai apa yang di targetkan. Dari segi penulisan semoga segala perkongsian akan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Rasanya nak kekalkan rentak berkongsi benda yang baik kepada semua. Moga Allah beri keizinan.

Tak lupa untuk semua kawan-kawan blogger, silent reader, pembaca yang suka lontarkan komen, yang tegur di alam nyata, terima kasih sangat-sangat atas sokongan anda semua. Semoga ukhwah kita akan berkekalan dan menjadi asbab nama Diah dipanggil untuk ke syurga. Mahal sungguh pengajaran dan kenangan Diah dapat dengan menjadi seorang blogger.
Akhir kalam, semoga kita semua dipermudahkan segala urusan, tercapai segala cita-cita, tak mudah putus asa dan berjaya dunia akhirat. Salam sayang dari www.rodiahamir.com.



Post a Comment

3 Comments

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga tercapai segala hajat :) keep strongg

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru Diah. Semoga tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya,

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru diah.. tak terlewat lagi nak ucap.. semoga dipermudahkan urusan diah untuk tahun 2019 ya

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.