Cri-Ciri Kematian Yang Dicemburui Ramai

Rodiah Amir
5

Ciri-Ciri Kematian Yang Dicemburui Ramai

Assalamualaikum. Hai semua. Sedih dan seronok dalam masa yang sama bila baca perkongsian tentang Hero Negara, arwah Abdul Bari Asyraf yang mana kematiannya dicemburui oleh ramai orang. Sungguh ramai yang mendoakan syurga buatnya. Kuasa Allah, tak pernah tahu kewujudan dia sebelum ni tapi pengakhiran hidup dia begitu indah.

Wangi nya nama dia dah pun disebut-sebut kerana keberanian dan kebaikkan di dunia. Nama yang menjadi bualan selepas tamat hayatnya di dunia. Sekarang Abdul Bari dah seronok di alam sana. Nasib kita bagaimana pula?  

Memang insan terpilih kan? Abdul Bari Asyraf terkorban ketika usaha dia menyelamatkan lima sekeluarga yang mana kenderaan mereka terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan di Kuala Terengganu. Masa kejadian berlaku dia sedang memancing bersama rakan-rakan.

Dia turut serta menghulurkan bantuan bersama lima lagi lelaki lain yang turut berada di lokasi kejadian. Menurut laporan akhbar, dalam usaha menyelamat, Abdul Bari Asyraf yang dikatakan mengalami kejangan otot menyebabkan dia gagal mengawal keadaan sebelum kelibatnya hilang di permukaan air.

Abdul Bari Asyraf hero negara mati syahid


Setiap Jiwa Pasti Akan Merasakan Mati

Allah berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (ali-Imran 3: ayat 185)

Bertuahnya arwah, sehinggakan berita tentang keberanian dia menyelamatkan nyawa lain mendapat perhatian dari tokoh agama, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd. yang terkorban ketika menyelamatkan lima sekeluarga daripada lemas di muara Sungai Terengganu sebagai pengorbanan para syuhada.

“Pengorbanan Allahyarham Abdul Bari adalah mulia dan dengan izin Allah SWT termasuk dalam kategori syahid berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW bahawa ada lima kategori bagi orang yang mati syahid.

“Antaranya adalah mati kerana wabak taun, mati kerana sakit berkaitan perut, mati lemas, mati dihempap runtuhan dan mati syahid ketika berperang di jalan Allah,” – Facebook Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati. Cuma kita tak pasti bila waktunya kita akan dipanggil menghadap Ilahi. Jom sama-sama berdoa semoga pengakhiran kita dapat Khusnul Khatimah in sha Allah. Semoga kita juga berpeluang mendapat kematian yang dicemburui. 

Tags

Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. arwah ni kawan adie, laki sis gee.

    BalasPadam
  2. Allahu. Syurga tempatnya. Al-Fatihah.

    BalasPadam
  3. sangat banyak kisah pengajaran di sebalik nama arwah...nanti ada sedikit kekuatan dan izin keluarga, aku cuba share di blog...Al-Fatihah.

    BalasPadam
  4. alfatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat...

    BalasPadam
  5. Bagus arwah tak fikir panjang nak membantu.. Syahid buatnya

    BalasPadam
Catat Ulasan