Cooking Right Looking Good 2019

Rodiah Amir
5
Buat pertama kali nya Diah berpeluang menyertai pertandingan memasak anjuran 100comments dan Alce Nero yang bertempat di Berjaya Universtiy College Berjaya Times Square

Bila sertai pertandingan macam ni baru lah faham perasaan sebenar memasak macam dalam televisyen tu. 

Acara Cooking Right, Looking Good 2019 turut ditaja bersama oleh Oilum, Nutriva dan juga EUBOS. 

Terasa macam dalam mimpi pula, sambil bertanding secara tak langsung dapat peluang belajar memasak dibawah bimbingan Chef Professional.


Pertandingan Memasak  Cooking Right, Looking Good 2019 

Acara ini telah disertai oleh blogger dan juga influencer Malaysia yang bertujuan untuk mempromosikan cara hidup sihat melalui pemilihan makanan organik dan selamat. 

Kami dibahagikan kepada 8 kumpulan dan kemudian diberi tugasan untuk menyiapkan tiga hidangan dalam masa 3 jam (pembuka selera, menu utama dan juga pencuci mulut). 

Diah berganding bahu dengan blogger hebat Dboy Studio dan juga Mommy Blogger Kathy Wui untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. 


Cooking Right, Looking Good 2019 Berjaya University College




Cooking Right, Looking Good 2019



Demo Masakan Oleh Chef Professional

Sebelum dibenarkan memasak, Chef Athira terlebih dahulu menunjukkan cara-cara memasak dan berkongsi tips-tips berguna untuk kami ikut jika nak dapatkan masakan yang sedap. 

Nampak mudah pada awalnya tapi cabaran sebenar bermula bila berada di dapur untuk memasak. Cabaran utama adalah untuk memasak dalam waktu yang ditetapkan. Memang tertekan. 


Chef Athira at Cooking Right, Looking Good 2019 event

Chef Athira merupakan tenaga pengajar di Berjaya University College dan merupakan lulusan Culinary Arts & Food Service Managements (Hons) dari Université Toulouse Jean Jaurès, Le Mirail, France. 

Beliau seorang yang berpengalaman dalam bidang memasak dan seorang yang tegas bila berada di dapur. 

Setiap kumpulan dibekalkan dengan bahan-bahan untuk memasak dan diberikan resepi untuk kami ikut. Semestinya pemilihan bahan-bahan yang digunakan dalam setiap resepi menggunakan bahan berkualiti dan organik dari Alce Nero dan juga Ayam Brand.


Cooking Right, Looking Good 2019

Memasak Bersama Alce Nero

Alce Nero merupakan jenama makanan organik yang terkemuka di Itali dengan misi untuk membawa makanan yang sihat dari ladang terus ke pinggan anda dan kini anda boleh dapatkan produk Alce Nero di Malaysia. 

Semua produk Alce Nero telah disahkan organik mengikut peraturan EU oleh badan pensijilan Itali CCPB. Antara produk Alce Nero yang kami sempat cuba ialah seperti sos tomato, Pasta, Minyak zaitun tambahan, Cuka Balsamic, Epal sider cuka, Madu dan juga Jam. Produk pilihan Diah semestinya pasta dan juga madu.

Walaupun kami terpaksa berdiri selama lebih dari 3 jam tetapi terasa masa berlalu begitu pantas. Diah gembira kerana kumpulan kami dapat bahagikan tugas, dan masing-masing berjaya bekerjasama dengan baik di dapur. 


Cooking Right, Looking Good 2019


Setelah berhempas pulas selama hampir lebih 3 jam di dapur, Mr Nathan Deverre, Penasihat Pemasaran Strategik , Ayam Brand Malaysia dan juga Chef Athira mengadili masakan setiap kumpulan. 

Diah menjadi wakil untuk kumpulan kami untuk menerangkan hidangan yang telah kami sediakan kepada juri. Proses penilaian diadakan di bilik khas dan setiap wakil diminta untuk berkongsi pengalaman dan juga kelainan yang ditonjolkan dalam sajian yang kami siapkan. 


Menang Hidangan Laksa Seafood Terbaik

Alhamdulillah kumpulan kami berjaya memikat hati juri dan menang hidangan utama terbaik iaitu Laksa Seafood. Semasa sesi penilaian Chef Athira juga memberi pujian kerana kami berjaya masak pasta ‘Al Dente”. 

Kalau ikut selera Orang Itali, mereka biasanya lebih suka pasta dan beras yang mempunyai tekstur sedikit teras kekal di tengah-tengah ketika anda memakannya. Al dente adalah tekstur yang segar.

“Al Dente - In pasta and rice, in Italy it is generally preferred to have a firm texture such that a slight core remains in the center when you eat it. Al dente is such a crisp texture.”




Kebiasaan makanan sihat dan bersifat organik orang akan fikirkan yang ianya “tasteless” dan tak menarik selera. Jangan silap ya, sesungguhnya teori yang tasteless itu salah sama sekali. 

Dengan gandingan makanan yang tepat, menu yang kami hasilkan pada hari tersebut berjaya memikat hati juri. Bukan setakat juri, rakan-rakan memasak lain yang turut rasa pun bersetuju dengan rasanya yang sedap. 


OILUM, EUBOS & OLIFERIN

Selain dari aktiviti memasak, kami juga diperkenalkan dengan barangan kesihatan yang turun padang mempromosikan produk kesihatan mereka. Antaranya termasuklah, Olium, Eubos dan juga Nutriva. Kesemua produk yang mereka tawarkan boleh didapati di farmasi dan juga secara dalam talian. 


Oilum co sponsor Cooking Right, Looking Good 2019


Produk Oilum adalah merupakan produk yang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari. 

Produk Oilum memberi kesan yang baik kepada pesakit ekzema. Ianya dibuat daripada minyak zaitun semulajadi dan bahan-bahan kolagen yang digabungkan melalui formula unik yang menghasilkan kulit yang lebih muda dan sihat. 


Cooking Right, Looking Good 2019


Eubos merupakan produk penjagaan kulit dari Jerman yang ditubuhkan pada tahun 1930 dan mempunyai lebih 80 tahun pengalaman dalam penjagaan kulit Dermatologi. 

Produk Penjagaan Kulit EUBOS secara saintifik diformulasikan dengan bahan-bahan dermatologi yang terbukti berkesan untuk Membersihkan, Memelihara, Melindungi dan Meningkatkan kulit yang sihat.

Produk penjagaan kulit EUBSO juga telah dianugerahkan “the best known German consumer protection organization on quality and fairness” oleh  Stiftung Warentest dan Oktest, Organisasi perlindungan pengguna Jerman yang paling terkenal dan juga telah disahkan oleh Persatuan Farmasi Jerman untuk menjadi penjagaan kulit yang terbaik.

Cooking Right, Looking Good 2019



Di booth Nutriva Oliferin, terdapat dua produk yang diperkenalkan pada hari itu iaitu Nutriva® Nutritional Yeast dan Nutriva® MoriHeal Plus Rejuvenating Botanical Beverage. 

Diah berpeluang mencuba salah satu produk mereka iaitu Nutriva® Nutritional Yeast. Menurut jurucakap mereka. 

Nutriva® Nutritional Yeast merupakan makanan tambahan yang enak dan lazat bertindak sebagai makanan tambahan untuk keperluan nutrisi setiap hari. Rasa dia sedap dan rangup. Sesuai untuk semua lapisan umur dan ianya bebas MSG. 

Nutriva® MoriHeal Plus Rejuvenating Botanical Beverage pula diperbuat daripada 100% bahan semulajadi seperti soursop, noni enzyme, enzim manggis, moringa leaf dan blackcurrant dan bagus untuk pencernaan serta meningkatkan sistem imun badan. Minuman nutrisi ini tiada gula tambahan dan juga bebas pengawet.

Terima kasih 100 Comments sebab menganjurkan acara yang menarik dan bermanfaat macam ni. memang teruja sebab dapat belajar benda baru dan jumpa kawan-kawan baru. Excited to join kalau ada lagi event macam ni. 

Jangan lupa jemput tau. Nak tahu lebih lanjut boleh layari https://100comments.com/ definitely the best place to be in the know about the latest and greatest the world has to offer.


Influencer at Cooking Right, Looking Good 2019

Tags

Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. best tgk kau masak-masak. tkde ke event mcm ni kat kelantan. hahahah

    BalasPadam
  2. Pengalaman yg menarik, bukan shj dpt memasak dgn kemudahan yg lengkap, malah dpt ilmu dan resipi baru juga utk digunakan di rumah.. terbaik! :)

    BalasPadam
  3. Fuhh powernya! Teringin nak rasa Laksa Seafood tu. Hihihi :)

    BalasPadam
  4. Wahhh tahniah sebab menang tau.. 😍 😍

    Alhamdulillah rezeki tu. Syok dapat asah skills memasak dalam pertandingan macam ini.. 😍

    BalasPadam
  5. bestnya dapat join event macam ni..kumpul ilmu masakan dan have fun dfn kawan-kawan

    BalasPadam
Catat Ulasan